Thursday, November 30, 2017

hai! *lambai

I'm back alls! yeksited tak?

kalau kamu semua tak yeksited, biar aku yeksited sorang-sorang.

aku tulis balik ni pun sebab -


  1. tiba-tiba nak pergi jepun (lagi) and tertengok post sendiri pasal trip to japan 2 tahun yang lalu.. (wow!)
  2. melalut sampai post-post lain..lepas tu tengok tag 'kerja buruh' dan baca pulak post pasal 'kerja buruh'
  3. aku dah viva
  4. mungkin aku ada sikit masa untuk tulis balik isi tersurat dan tersirat dalam kepala otak aku yang aku tak larat simpan dah. 


sebab nombor 3 tu paling obvious lah. tujuan utama buka balik page ni dan sign in sebab nak coretkan perihal aku viva hari tu. hari tu bermaksud 17 nov hari tu. jadi segala rambling aku mengenai kerja buruh, rambling pasal aku bodoh, rambling pasal PhD tak habis-habis tu kan - kira not-officially habis on 17th tu lah.

not officially sebab aku kena buat pembetulan yang agak banyak jugak. macam- restructure balik tesis tu. i don't mind really. asalkan lulus babe!

LULUS dengan bersyarat. syaratnya, buat pembetulan.

takpe itu hal kecik.

By the way, talk about that day - viva aku pagi. aku pakai baju biru navy and seluar slack hitam dan tudung bawal hitam. aku dah rancang untuk pakai that particular outfit itu sejak berbulan lamanya. sebab; outfit tu aku pernah pakai masa presentation and aku tak kena bash teruk.

bash teruk tu nightmare weh. bash teruk masa viva lagi nightmare. so aku bercadang untuk mengekalkan keadaan yang sama dengan presentation yang tak kena bash tu. kira macam lucky outfit la. kira macam - aku percaya jugaklah benda benda ni walau pun tahyul. well scientifically, emosi kita je yang percaya dan buat kita rasa yakin. takde lah unsur tahyul pun sebenarnya.

btw, lepas subuh aku bersiap - aku tenang minum kopi. isi air dalam botol besar sebab hari tu aku tak berapa sihat sangat. cuaca pagi itu mendung, tapi tak hujan. aku naik kereta dan sepanjang perjalanan aku baca surah al-ikhlas berulang-ulang. sampai di tempat kejadian, examiner pertama dah ada kat situ. aku kenal jadi aku tegur. tak lama lepas tu supervisor aku datang. jadi aku beransur pergi dan biarkan mereka bersembang.

surprisingly, aku tak menggelabah sangat. sebelum-sebelum ni pun aku minta doa banyak banyak agar ditutupkan segala aib (tips ambil dari facebook, student phd yang tulis) dan ditenangkan hati. bila hati tenang, tak gelabah, bila tak gelabah soalan pun boleh jawab dengan rasional.

masa viva, aku present. lepas present banyak juga teguran yang aku dapat (mengenai cara penulisan dalam tesis, cara pemikiran dan masalah) tapi aku dapat terima dengan tenang. nasib aku sangat baik sebab examiners sangat berpengalaman dan tenang juga. boleh gurau-gurau, suasana tak tegang, tak ada rasa nak gaduh, nak marah atau defensive.

dan aku rasa supervisor aku pun lega sangat.

banyak benda aku belajar, banyak benda boleh apply. sesi viva tu dah rasa macam sesi pembelajaran yang sangat aku perlukan and i take it positively. aku pun agak kagum dengan diri sendiri sebab aku boleh setenang itu dan aku bersyukur teramat sebab ini semua Tuhan punya kuasa yang menemukan aku dengan orang-orang ini dan memberi ilmu yang sangat bermakna untuk aku.

aku balik dengan gembira. aku menangis dalam kereta sebab 6 tahun punya kerja kira habis. terus rasa macam apakah objektif hidup aku lepas ni?

haha.

aku saja tulis kat sini. sebab aku nak ingat semula detik bersejarah ni. bila baca post lama, ada satu post tu pasal seorang lecturer baru yang inspiring sangat -end up jadi internal examiner aku. and post pasal seorang lecturer/researcher lama yang menjadi idola - end up jadi external examiner aku. yang mana aku bersyukur sangat-sangat sebab kalau bukan aku tulis kat sini, mesti aku tak ingat dan tak menghargai perjalanan yang Tuhan dah talakan pada aku.

and i'd say;

ALHAMDULILLAH for every single thing happen in my life.

that's all, adios! mungkin (atau tak mungkin) akan tulis lagi.

regards,
Zurazura

2 comments:

  1. hai juga... *lambai balik*

    Congratulation Dr Azura..!

    ReplyDelete
  2. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete