Thursday, July 28, 2016

thinking about life

assalamualaikum wbt.

Salam Aidilfitri!

masih belum habis kan raya kita?

maaf zahir batin jika ada salah dan silap ye.

so hows your raya? best ke? tak best ke? baju raya banyak mana?

well for me, baju raya ada satu. this year beraya rumah mak pak mentua. seronok juga, main mercun dan bunga api, dapat makan lontong lodeh ketupat nasi.

tapi first and second raya tu panas ya Rabbi!

second raya dah balik kedah. so makan pulak laksa kedah, kerutuk, bihun sup utara. Ya Allah punyelah seronok - bab makan.

raya ke empat, pergi penang pula sebab mak abah ajak. so jalan lagi ke penang. makan lagi.

raya ke lima bertolak ke kelantan pula. raya ke enam ke terengganu, raya ke tujuh pun di terengganu, raya ke lapan ke redang, raya kesembilan balik ke senawang rumah mak, raya ke sepuluh balik rumah.

fuuuhh.. sakannya berjalan...

aku cuti dua minggu straight, lepas tu isnin selasa rabu kerja, khamis jumaat cuti balik sebab nak ke langkawi pula untuk family trip.

bagi aku bercuti bukan sebab nak gembira je. jalan-jalan buatkan kita berfikir, tengok tempat orang, makanan makanan stail orang, sebab banyak jalan-jalan di kampung kampung terus aku fikir tujuan hidup.

nak berjaya? nak banyak duit? nak hidup tenang? nak sibuk di dunia?

kalau duduk kampung, mungkin tenang. malam gelap gelita. tidur awal. kalau pakcik-pakcik, lepak kat kedai kopi.

duit pun tak banyak nak belanja sebab hidup simple.

to make life simple.

tak complicated. hidup hanya untuk hidup. lagipun kita di dunia ni pun adalah untuk akhirat. tumpu pada akhirat kita, insyaaAllah hidup pun akan lebih tenang sebab tak banyak benda lain kita fikir.

tapi i believe in what Allah has plan for me. aku kena fikir positive, redha dan hidup dengan gembira.

sepanjang ramadhan, aku cuba ubah mindset. buat semuanya kerana Allah. so that aku hidup gembira.

and it works. i feel happier now.

bukan sebelum ni aku tak gembira, tapi aku jadi lebih gembira dan positive.

wah jauh i melalut. hee.. this is what almost 3 weeks vacation did to me. so terus rasa nak cuti forever and jalan jalan lihat alam lillahita'ala.

i think that's all. jumpa lagi di lain entry.

adios! salam!

3 comments:

  1. My goal one day... Go around the world lihat keindahan alam ciptaan Allah... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

    Thanks!
    Hailey

    ReplyDelete