Saturday, June 25, 2016

hello!!! *lambai

Assalamualaikum wbt.

selamat berpuasa semua!

betapa tak aktifnya aku berblog sejak kebelakangan ini. ada fungsi lagi ke blog?

plus, rindu jugak. so tulis balik.

plus, sangat bizi this few months. juggle with things, study and work.

yes, study tak habis lagi.

yes, keje juga. jadi partition dalam kepala hotak ku agak banyak. kalau nak buat keje keje, bukak laci lain. kalau nak buat keje belajar, bukak laci lain.

the rest alhamdulillah. nak masuk syawal dah kita.

almost three weeks dah kita berpuasa. my ramadhan is so so je. berkecamuk jugak bergaduh dengan jiwa sendiri. sorang nak berubah jadi baik, nak awalkan solat, nak mengaji selalu, nak qiamullail, nak teraweh. sorang lagi ada penyakit malas. malas nak solat awal, malas nak teraweh, malas nak mengaji. kadang-kadang berbunyik juga jiwa yang lagi satu ni, ni sebab syaitan ke diri aku sendiri yang malas ni?

but still trying lah. harapnya istiqomah. mana yang mampu aku jalankan. mana yang tak mampu aku maafkan diri aku dan boleh cuba lagi. plus, ramadhan is bulan latihan, untuk kita jadi lebih baik. tu sebab Allah bagi ganjaran macam-macam so that boleh jadi as a kick-starter untuk kita buat baik dan istiqomah sehingga ke bulan-bulan lain sampai ke bulan ramadhan yang seterusnya.

so hopefully this month's ramadhan is fruitful lah hendaknya. ada hasil, tak banyak pun sikit lah. dan semoga kita boleh jumpa lagi ramadhan yang berikutnya untuk tingkatkan latihan iman dan skill hati kita yerh!

salam ramadhan..

2 comments:

  1. Zuraaaa... Lama x baca celoteh u... May Allah beri kekuatan utk kita istiqamah n perbanyakkn ibadah... Amin...

    ReplyDelete
  2. aminn.. tulaaa bloghoping pon dah tak sempat dah sekarang huhuu...

    ReplyDelete