Sunday, January 3, 2016

entri post japan. aku boleh explain 2 pass yang bagi aku berbaloi untuk guna di kansai..

assalamualaikum wbt.

this time, dah balik mesia, jom kita cerita sikit pasal pas.. sebab nak stadi pas dalam masa 3 hari adalah sangat horror!!!!

gila tak horror. line train ada seratus lapan belas, tak termasuk line bas, line jr, line monorail, line teksi, line itu line ini.. okay kat seratus lapan belas adalah sangat ezajerit..

mula-mula ingat sempoi je macam kat korea main terjah redah dan menyerah. tapi bila member yang nak pergi seminggu selepasnya tiba tiba beli kansai through pas terus aku macam, kena ada pas-pas ni? haaaaaa i pun noob. sangat noob..

so, aku pun memulakan kajian lanjutan mengenai pas-pas ni. benda yang perlu di consider ialah;

1. berapa lama nak pergi?
2. kawasan mana nak cover?

that is why aku kata itenerary tu penting gila.

kansai through pass

kansai through ni cover hanya 3 hari. harganya adalah 4000 yen untuk 2 hari dan 5200 yen untuk 3 hari (lebih kurang rm200 untuk 3 hari). 3 hari boleh selang-seli, contoh guna hari jumaat, isnin, sabtu.  dalam masa 14 hari tak salah aku.

rupa bentuk kansai through pass.


berbaloi ke? 

kawasan yang di'cover' oleh kansai through pass. agak banyak kawasan yang dicover di situ - sumber kansai through pass website.

sangat berbaloi kalau keje kita asyik sesat je. that's why pass ni berguna untuk tourist macam kita. takdelah terasa sangat kalau sesat, sebab kira all in. kalau tersalah naik bas, boleh turun tukar bas lain.  kalau pakai duit, salah arah duit lagi, betul arah pun duit lagi kan..

sangat berbaloi kalau kita duduk jauh, contoh aku duduk osaka, nak ulang-alik ke kyoto selama 3 hari. kyoto dan osaka adalah hampir dua jam perjalanan. sangat berbaloi kalau tempat tinggal adalah fix. boleh merayau ke seluruh kansai (termasuk nara, wakayama, shiga, hyogo).

sangat berbaloi kalau nak pergi tempat jauh. contoh dari nara terus nak ke osaka, terus nak ke wakayama dalam masa satu hari. kesimpulannya, kalau travel jauh jauh antara kansai area tu, memang berbaloilah.

sangat berbaloi kalau pakai public transport yang disediakan. hampir semua line pass ni cover termasuklah perjalanan dari KIX (airport) ke namba (centre of osaka) kecuali jr line. paham tak? dalam kepala otak kami, asal dia bukan jr line, boleh naik. kebanyakan bas dan line selain jr boleh naik. kira macam yang public selalu guna, boleh naik.

sangat berbaloi kalau ikut course yang dia dah cadangkan kat sini, sebab tempat yang telah dicadangkan ada discount coupon yang boleh guna. once dah beli pass ni, boleh tengok tempat mana nak pergi, dan tandakan mana-mana tempat yang boleh guna discount coupon. contohya untuk masuk kinkakuji, boleh dapat diskaun 50 yen kalau tunjukkan pass dan kupon.

tak berbaloi kalau duduk kyoto dan travel around kyoto (contoh). selalunya kalau duduk kyoto, dan niat hanya nak travel around kyoto, tak payah bas and train pun tak apa. kalau ikut course kat website ni, memang hanya boleh jalan kaki sahaja untuk pergi ke setiap tempat menarik di kyoto. Website Japan-guide.com memang sangat berguna untuk informasi tambahan kalau nak round kyoto. kalau duduk hostel, selalunya hostel akan bagi pinjam basikal untuk round area kyoto. kalau tak ada basikal and nak naik public transport jugak, boleh pakai kyoto sightseeing pass (1 hari atau 2 hari untuk 1200 yen and 200 yen respectively). tapi bagi aku kalau duduk kyoto, dan nak jalan-jalan area kyoto, tak payahlah pakai kansai through pass ni. tapi kalauu duduk kyoto, tapi nak jalan-jalan ke nara, mungkin berbaloi.

tak berbaloi kalau kejar masa. sebab guna untuk train biasa yang akan ada banyak stop, which is akan makan banyak masa, that is why dari osaka ke kyoto sampai almost 2 jam.

osaka amazing pass 

osaka amazing pass cover maksimum 2 hari dengan harga 2300 yen untuk sehari dan 3000 yen untuk 2 hari. kena guna 2 hari berturut-turut kalau ambil untuk 2 hari. cover train biasa (termasuk monorail kecuali jr) di seluruh osaka. kebanyakan tempat menarik memang walking distance dengan stesen. boleh follow course ni jugak kalau blur.

rupabentuk osaka amazing pass.


berbaloi ke?

sangat berbaloi kalau pergi semua tempat dan naik semua benda yang dicadangkan dalam course tu. contohnya tempozan ferris wheel, dotonbori river cruise, entrance fee untuk nagai botanical garden, museum, onsen, zoo. tunjuk je pass tu. tapi hanya centre of osaka je boleh guna. contoh, aku dari stesen senrichuo (which is still in osaka) tapi tak boleh guna. so kami kena bayar extra 260 yen sebab start dari esaka, baru boleh guna. camtu la kiranyaa..

and pastikan tengok kalendar dulu sebelum pergi sebab ada sesetengah tempat yang tutup pada hari hari tertentu.

sangat berbaloi untuk round osaka. haruslah tak berbaloi guna osaka amazing pass tetiba nak jalan kat nara. tu gedik namanya.

itu adalah dua pass yang aku guna so far.

kalau tengok website ni  dia akan  bagi a few pass, contohnya ICOCA. ICOCA ni macam card touch and go, tapi sefaham aku, kau akan ada minimum 500 yen dalam tu (deposit), kalau tak pulang balik card tu kira burn 500 yen tu, kalau pulang dapatlah balik duit tu (500 yen adalah almost rm18 ye.. haha).

ICOCA and HARUKA aku tak berapa pasti, tapi rasanya kalau nak dapat diskaun sikit untuk perjalanan dari KIX ke Tennoji, Shin-Osaka and Kyoto. konsep dia, lagi cepat kita sampai, lagi mahal tiket and pass tu dan lagi laju. untuk trip bajet, kelajuan keretapi tak penting, yang penting, berjalan laju. ok gurau. bergantung jugak. kalau rasa tak berbaloi untuk duduk lama-lama dalam train, then this is for you.

ada juga JR line pass yang boleh cover semua JR line termasuk bas and train. JR line atau Kansai Area pass (boleh tengok website ni - west japan railway company) kebaikan untuk JR line ni adalah lebih cepat dan pitstop kurang (kurang station untuk berhenti). harga sama lebih kurang kansai through pass. macam aku cakap tadi, line je yang berbeza dan boleh jugak cover banyak tempat area kansai. kansai area pass ni kebanyakan tempat boleh sampai terus ke destinasi contohnya nak pergi USJ, boleh pakai pass ni (kami bayar je pakai coin sebab tak beli pass ni), untuk ke arashiayama pun boleh sampai terus ke sagano romantic train (tapi naik sagano still kena bayar). tak banyak sangat berjalan kalau compare dengan kansai through pass.


kansai area pass - harga dan coverage area - jrline website


setiap pass tu ada website nya, so kalau aku cerita kat sini agak berbelit-belit, boleh rujuk kat website dorang bagi (google je). kira kat sini aku bagi overview lah untuk korang kalau nak cover area kansai. shinkansen, i tak dapat nak bantu. orang kata beli online lagi murah. aku beli kat tourist information centre je kat airport. datang-datang terus kata

'i nak kansai through pass and osaka amazing pass'

dia akan mintak paspot kita nak menunjukkan kita ni tourist sebenar. bayar kat situ jugak. akan dapat buku lawatan. boleh study dulu kalau mahu. kalau teringin nak naik train sagano romantic train tu katanya boleh beli siap siap kat tourist information centre tu jugak. haaa.. you decide..

sebelum pergi tu, bila dah decide nak pergi mana boleh decide nak beli pass mana, dan pass tu kebanyakan boleh beli kat tourist centre. first, boleh tanya kat toruist centre kat airport. sekarang kalau nak pergi sana senang je, dah tourist friendly. kalau tak ada kat airport, dekat website pun boleh beli siap-siap, dan kat website pass tu sendiri pun ada diberitahu kat mana nak beli pass-pass yang berkenaan.

tapi kalau ikutkan nampak sangat aku pro kansai through pass kan sebab bagi aku berbaloi lah jugak sebab aku duduk jauh. osaka amazing pass pun not bad. kenapa tak amek icoca-haruka? aku tak duduk lama kat situ and aku tak cover banyak tempat plus ada extra 500 yen. tu je. husband ada suruh beli ICOCA jugak sebab takut sesat. tapi jangan risau, kalau sesat boleh bayar pakai duit kat mesin tu. ada je bahasa inggeris kat situ. standard harga adalah 160 yen untuk sehala satu stesyen. lagi jauh, lagi mahal. shinkansen i tak naik. tunggulah aku buat trip lagi sekali naik shinkansen cover tokyo, pergi nara, pergi USJ lagi dan cover mount fuji. ewah cita-cita kena tinggi.

and kalau misalkata aku tersalah kat sini, minta tolong betulkan. maklumlah ilmu 3 hari study, duduk jepun seminggu je. tapi as basic, bolehlah ni kan?

so amacam? pening tak?

good luck!

11 comments:

  1. pening weiii HAHHHA serius tak paham ahahhahahaha.. nnti la study balik. now baca sahaja amik mood kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. alaa, tak pandai nak explain seringkas mungkin.. niyang paling ringkas boleh pegi.. takpe nanti kalau ida study kat website dia nanti insyaaAllah paham..

    ReplyDelete
  3. Tq, fhm sikit2. Sy bakal tinggal di Osaka, jadi berbaloi pakai Kansai Thru Pass kan? Tq

    ReplyDelete
  4. kalau tinggal di osaka, nak jalan jalan kyoto, ye, berbaloi pakai kansai tru. tapi bear in mind, memang penat sikit nak travel.. jangan lupe pakai pas yang sama untuk explore kobe, wakayama dan nara, kalau sempat. :)

    ReplyDelete
  5. aduh pening...ada whatsapp tak..nk tanya detail bln 3 nk g osaka n kyoto

    ReplyDelete
  6. Kalau beli kansai 3 day pass tu boleh skip hari mcm ni tak 24, 25 and last sekali guna 28hb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, tak ada masalah. boleh sampai 14 hari. maknanya dalam dua minggu kita stay sana, boleh selang selang hari. and as indicator, kat pass tu nanti akan ada lubang, bila habis satu hari, akan ada satu lubang, dua hari dua lubang, tiga hari 3 lubang (kalau tengok kat gambar kansai tru pass saya tu -perkataan pass tu ada lubang kecik). tu indicatornya.

      Delete
  7. kalau saya stay di osaka selama 6 hari 5 mlm dan plan ke kyoto hari ke 4 tu kemudian balik ke osaka, berbaloi tak kalau beli kedua2 pas? ( Amazing Osaka Pass and Kansai Thru Pass), Plan di Kyoto nanti nak beli bas punya pass je. Mohon bantuan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya untuk kes kaypee, takpayah kot beli kansai through tu. amazing osaka pun dah cukup sebab nak amek pas bas je kan bila kat kyoto? boleh je beli pas jr line tu untuk cepat sampai (osaka-kyoto-osaka) sebab masa nampak terhad.

      Delete
  8. Salam. Hi. Sy nnt nk ke Osaka 6 hr 5 mlm (jalan2 4 hari je). Sy smpai sana 8 pagi dan hr ke-6 balik 11 pg. Sy tggl area Namba, Osaka. Dah faham skit pasal pass tu cuma,
    1)awk ada cadangan tak nk pergi mana dlu masa smpai waktu pagi tu sebelum check in? Dlm dilema lagi. Sy igt nk ke Wakayama tp FB ROAD TO JAPAN kata x sempat explore kalau setengah hari kat sana.
    2) hr ke-2 sy jalan2 di Osaka, hr ke-3 kyoto, hr ke-4 kobe, nara, hr ke-5 balik Malaysia. Osaka Amazing Pass tu sy igt nk beli tp perlu ke sy beli Kansai Thru Pass??
    3) masa beli kansai thru pass tu mmg ade sediakan kupon ke?
    4) kalau sy ke kyoto sehari berbaloi tk beli kyoto sightseeing pass?

    Awk boleh tk email sy
    khairunnazura@gmail.com
    Sy pergi bulan depan 13-18 october 2016

    ReplyDelete
  9. Salam. Hi. Sy nnt nk ke Osaka 6 hr 5 mlm (jalan2 4 hari je). Sy smpai sana 8 pagi dan hr ke-6 balik 11 pg. Sy tggl area Namba, Osaka. Dah faham skit pasal pass tu cuma,
    1)awk ada cadangan tak nk pergi mana dlu masa smpai waktu pagi tu sebelum check in? Dlm dilema lagi. Sy igt nk ke Wakayama tp FB ROAD TO JAPAN kata x sempat explore kalau setengah hari kat sana.
    2) hr ke-2 sy jalan2 di Osaka, hr ke-3 kyoto, hr ke-4 kobe, nara, hr ke-5 balik Malaysia. Osaka Amazing Pass tu sy igt nk beli tp perlu ke sy beli Kansai Thru Pass??
    3) masa beli kansai thru pass tu mmg ade sediakan kupon ke?
    4) kalau sy ke kyoto sehari berbaloi tk beli kyoto sightseeing pass?

    Awk boleh tk email sy
    khairunnazura@gmail.com
    Sy pergi bulan depan 13-18 october 2016

    ReplyDelete