Sunday, January 10, 2016

jalan-jalan jepun - soalnya budget berapa?

assalamualaikum wbt.

fuuuuh bila laaaaa nak habis cerita jepun nih? dah masuk tahun baru kot? anyway selamat tahun baru alls!

so untuk post ni aku cerita sikitlah pasal bajet untuk trip jepun yang singkat tu (7 hari 6 malam).

tiket flight : rm1000 pergi dan balik (tak ada luggage, hanya hand luggage)

di jepun aku belanja;

kansai through pass: 5200 yen
osaka amazing pass: 3000 yen
locker kongsi dengan kak su: 300 yen
nijo castle entrance fee: 600 yen
ryoanji entrance fee: 450 yen
kinkakuji entrance fee: 500 yen
train dari senrichuo ke umeda (pergi balik): 720 yen
train dari umeda ke universal city (pergi balik): 360 yen
makan tempura: 490 yen
tiket masuk USJ: 7200 yen
poscard kucing: 130 yen
souvenir sepit rambut: 540 yen
ginkakuji entrance fee: 500 yen
poscard di area ginkakuji: 350 yen
fish cake: 500 yen
shrimp burger: 500 yen
green tea ice cream: 500 yen
cop and stamp (souvenir for myself): 453 yen
postcard train arashiyama: 100 yen
sagano romantic train (pergi balik): 1240 yen
beli barang di 3coins: 324 yen (beg kucing yang comel)
beli barang di 3coins: 324 yen (blok huruf)
kedai kain otsukaya: 626 yen (untuk semeter kain)
daiso: 324 yen (untuk 2 notebook dan calendar 2016)
brush pen dan pen biasa di kedai buku senrichuo: 540 yen
5 keping stamp untuk poscard: 420 yen
bandai kecil: 300 yen
okonomiyaki: 300 yen
takoyaki: 1000 yen
tiket bas ke KIX: 2050 yen
tumblr OSAKA starbucks: 1500 yen
makan di sanuki KIX: 1000 yen
duit tiket bas dari imamiya senrichuo (ulang alik beberapa kali): 2500 yen

total di jepun sahaja ialah 35,000 yen. ~rm1200

total semua sekali termasuk flight ticket: rm 2200

dan aku rasa aku banyak beli barang merepek kat sana. poscard lah, blok huruf lah. dan aku akui sangat-sangat transportation adalah perbelanjaan paling utama kat sana! memang mahal! minimum satu stesyen berharga 120 yen (rm~4). so kalau nak pergi sana, prepare mentally untuk transport yang mahal. dan entrance fee untuk setiap ji yang ada minimum 400 yen. so sebelum pergi boleh survey dulu entrance fee dan ji yang interested nak pergi. kalau masukkan duit tempat tinggal sekali, kos akan lebih kat situ. boleh survey harga kat air bnb ke, atau booking.com.

semoga bermanfaat ya.

Sunday, January 3, 2016

entri post japan. aku boleh explain 2 pass yang bagi aku berbaloi untuk guna di kansai..

assalamualaikum wbt.

this time, dah balik mesia, jom kita cerita sikit pasal pas.. sebab nak stadi pas dalam masa 3 hari adalah sangat horror!!!!

gila tak horror. line train ada seratus lapan belas, tak termasuk line bas, line jr, line monorail, line teksi, line itu line ini.. okay kat seratus lapan belas adalah sangat ezajerit..

mula-mula ingat sempoi je macam kat korea main terjah redah dan menyerah. tapi bila member yang nak pergi seminggu selepasnya tiba tiba beli kansai through pas terus aku macam, kena ada pas-pas ni? haaaaaa i pun noob. sangat noob..

so, aku pun memulakan kajian lanjutan mengenai pas-pas ni. benda yang perlu di consider ialah;

1. berapa lama nak pergi?
2. kawasan mana nak cover?

that is why aku kata itenerary tu penting gila.

kansai through pass

kansai through ni cover hanya 3 hari. harganya adalah 4000 yen untuk 2 hari dan 5200 yen untuk 3 hari (lebih kurang rm200 untuk 3 hari). 3 hari boleh selang-seli, contoh guna hari jumaat, isnin, sabtu.  dalam masa 14 hari tak salah aku.

rupa bentuk kansai through pass.


berbaloi ke? 

kawasan yang di'cover' oleh kansai through pass. agak banyak kawasan yang dicover di situ - sumber kansai through pass website.

sangat berbaloi kalau keje kita asyik sesat je. that's why pass ni berguna untuk tourist macam kita. takdelah terasa sangat kalau sesat, sebab kira all in. kalau tersalah naik bas, boleh turun tukar bas lain.  kalau pakai duit, salah arah duit lagi, betul arah pun duit lagi kan..

sangat berbaloi kalau kita duduk jauh, contoh aku duduk osaka, nak ulang-alik ke kyoto selama 3 hari. kyoto dan osaka adalah hampir dua jam perjalanan. sangat berbaloi kalau tempat tinggal adalah fix. boleh merayau ke seluruh kansai (termasuk nara, wakayama, shiga, hyogo).

sangat berbaloi kalau nak pergi tempat jauh. contoh dari nara terus nak ke osaka, terus nak ke wakayama dalam masa satu hari. kesimpulannya, kalau travel jauh jauh antara kansai area tu, memang berbaloilah.

sangat berbaloi kalau pakai public transport yang disediakan. hampir semua line pass ni cover termasuklah perjalanan dari KIX (airport) ke namba (centre of osaka) kecuali jr line. paham tak? dalam kepala otak kami, asal dia bukan jr line, boleh naik. kebanyakan bas dan line selain jr boleh naik. kira macam yang public selalu guna, boleh naik.

sangat berbaloi kalau ikut course yang dia dah cadangkan kat sini, sebab tempat yang telah dicadangkan ada discount coupon yang boleh guna. once dah beli pass ni, boleh tengok tempat mana nak pergi, dan tandakan mana-mana tempat yang boleh guna discount coupon. contohya untuk masuk kinkakuji, boleh dapat diskaun 50 yen kalau tunjukkan pass dan kupon.

tak berbaloi kalau duduk kyoto dan travel around kyoto (contoh). selalunya kalau duduk kyoto, dan niat hanya nak travel around kyoto, tak payah bas and train pun tak apa. kalau ikut course kat website ni, memang hanya boleh jalan kaki sahaja untuk pergi ke setiap tempat menarik di kyoto. Website Japan-guide.com memang sangat berguna untuk informasi tambahan kalau nak round kyoto. kalau duduk hostel, selalunya hostel akan bagi pinjam basikal untuk round area kyoto. kalau tak ada basikal and nak naik public transport jugak, boleh pakai kyoto sightseeing pass (1 hari atau 2 hari untuk 1200 yen and 200 yen respectively). tapi bagi aku kalau duduk kyoto, dan nak jalan-jalan area kyoto, tak payahlah pakai kansai through pass ni. tapi kalauu duduk kyoto, tapi nak jalan-jalan ke nara, mungkin berbaloi.

tak berbaloi kalau kejar masa. sebab guna untuk train biasa yang akan ada banyak stop, which is akan makan banyak masa, that is why dari osaka ke kyoto sampai almost 2 jam.

osaka amazing pass 

osaka amazing pass cover maksimum 2 hari dengan harga 2300 yen untuk sehari dan 3000 yen untuk 2 hari. kena guna 2 hari berturut-turut kalau ambil untuk 2 hari. cover train biasa (termasuk monorail kecuali jr) di seluruh osaka. kebanyakan tempat menarik memang walking distance dengan stesen. boleh follow course ni jugak kalau blur.

rupabentuk osaka amazing pass.


berbaloi ke?

sangat berbaloi kalau pergi semua tempat dan naik semua benda yang dicadangkan dalam course tu. contohnya tempozan ferris wheel, dotonbori river cruise, entrance fee untuk nagai botanical garden, museum, onsen, zoo. tunjuk je pass tu. tapi hanya centre of osaka je boleh guna. contoh, aku dari stesen senrichuo (which is still in osaka) tapi tak boleh guna. so kami kena bayar extra 260 yen sebab start dari esaka, baru boleh guna. camtu la kiranyaa..

and pastikan tengok kalendar dulu sebelum pergi sebab ada sesetengah tempat yang tutup pada hari hari tertentu.

sangat berbaloi untuk round osaka. haruslah tak berbaloi guna osaka amazing pass tetiba nak jalan kat nara. tu gedik namanya.

itu adalah dua pass yang aku guna so far.

kalau tengok website ni  dia akan  bagi a few pass, contohnya ICOCA. ICOCA ni macam card touch and go, tapi sefaham aku, kau akan ada minimum 500 yen dalam tu (deposit), kalau tak pulang balik card tu kira burn 500 yen tu, kalau pulang dapatlah balik duit tu (500 yen adalah almost rm18 ye.. haha).

ICOCA and HARUKA aku tak berapa pasti, tapi rasanya kalau nak dapat diskaun sikit untuk perjalanan dari KIX ke Tennoji, Shin-Osaka and Kyoto. konsep dia, lagi cepat kita sampai, lagi mahal tiket and pass tu dan lagi laju. untuk trip bajet, kelajuan keretapi tak penting, yang penting, berjalan laju. ok gurau. bergantung jugak. kalau rasa tak berbaloi untuk duduk lama-lama dalam train, then this is for you.

ada juga JR line pass yang boleh cover semua JR line termasuk bas and train. JR line atau Kansai Area pass (boleh tengok website ni - west japan railway company) kebaikan untuk JR line ni adalah lebih cepat dan pitstop kurang (kurang station untuk berhenti). harga sama lebih kurang kansai through pass. macam aku cakap tadi, line je yang berbeza dan boleh jugak cover banyak tempat area kansai. kansai area pass ni kebanyakan tempat boleh sampai terus ke destinasi contohnya nak pergi USJ, boleh pakai pass ni (kami bayar je pakai coin sebab tak beli pass ni), untuk ke arashiayama pun boleh sampai terus ke sagano romantic train (tapi naik sagano still kena bayar). tak banyak sangat berjalan kalau compare dengan kansai through pass.


kansai area pass - harga dan coverage area - jrline website


setiap pass tu ada website nya, so kalau aku cerita kat sini agak berbelit-belit, boleh rujuk kat website dorang bagi (google je). kira kat sini aku bagi overview lah untuk korang kalau nak cover area kansai. shinkansen, i tak dapat nak bantu. orang kata beli online lagi murah. aku beli kat tourist information centre je kat airport. datang-datang terus kata

'i nak kansai through pass and osaka amazing pass'

dia akan mintak paspot kita nak menunjukkan kita ni tourist sebenar. bayar kat situ jugak. akan dapat buku lawatan. boleh study dulu kalau mahu. kalau teringin nak naik train sagano romantic train tu katanya boleh beli siap siap kat tourist information centre tu jugak. haaa.. you decide..

sebelum pergi tu, bila dah decide nak pergi mana boleh decide nak beli pass mana, dan pass tu kebanyakan boleh beli kat tourist centre. first, boleh tanya kat toruist centre kat airport. sekarang kalau nak pergi sana senang je, dah tourist friendly. kalau tak ada kat airport, dekat website pun boleh beli siap-siap, dan kat website pass tu sendiri pun ada diberitahu kat mana nak beli pass-pass yang berkenaan.

tapi kalau ikutkan nampak sangat aku pro kansai through pass kan sebab bagi aku berbaloi lah jugak sebab aku duduk jauh. osaka amazing pass pun not bad. kenapa tak amek icoca-haruka? aku tak duduk lama kat situ and aku tak cover banyak tempat plus ada extra 500 yen. tu je. husband ada suruh beli ICOCA jugak sebab takut sesat. tapi jangan risau, kalau sesat boleh bayar pakai duit kat mesin tu. ada je bahasa inggeris kat situ. standard harga adalah 160 yen untuk sehala satu stesyen. lagi jauh, lagi mahal. shinkansen i tak naik. tunggulah aku buat trip lagi sekali naik shinkansen cover tokyo, pergi nara, pergi USJ lagi dan cover mount fuji. ewah cita-cita kena tinggi.

and kalau misalkata aku tersalah kat sini, minta tolong betulkan. maklumlah ilmu 3 hari study, duduk jepun seminggu je. tapi as basic, bolehlah ni kan?

so amacam? pening tak?

good luck!