Wednesday, December 2, 2015

jalan-jalan jepun - Universal Studio Japan

Assalamualaikum wbt.

rancangan untuk ke USJ sebenarnya hari selasa sebab konon-konon weekdays dan bajet tak ada orang that day. sehari sebelum kami bergerak ke Jepun, su bagitahu yang selasa tu culture day mereka di sana dan hari cuti umum. untuk mengelakkan ramai orang, kami tukar ke hari jumaat.

pagi tu kami bergerak dalam pukul 8 pagi dari imamiya. naik bas ke senrichuo, dan naik train midosuji line ke umeda dan tukar train JR line ke Universal Studio. masa naik train tu, kami dah pelik sebab kenapalah ramai sangat orang. hari Jumaat kot. terjumpa budak malaysia dua orang, sembang sembang kejap and berpisah bila sampai. aku nasihatkan, beli je tiket awal-awal kat Lawson, atau online. aku beli masa ni tiket harga 7200 yen seorang (lebih kurang rm 250) . makanan setakat bento tu boleh bawak masuk. kami bawak nasi kepal yang dah dimasak siap-siap kat rumah, campur dengan sambal ikan bilis kering dan serunding daging yang budak budak ni bawak dari malaysia. kami bawak coklat juga.

caution! sebab aku malas nak cerita panjang kita cuci mata tengok gambar ayoh!

pagi pagi jalan kaki ke stesen bas. sejuk!



mula mula pelik apesal budak sekolah pun boleh pergi USJ ni? ada apa acara ni? gambar atas goyang sikit tapi kalau perasan, a group of zombies pakai baju askar tengah jalan.. 

punyelah ramai tapi hakak ni excited gilaaaaaa punyaaaaa!

gambar wajibulghunnah!

actually kitorang blur habis bila sampai sini. maklumlah, itinerary hanya cover osaka and kyoto je. sampai sini boleh blur. so aku tak studi sangat nak naik apa, nak pergi mana, ni kira kami main terjah je mana yang ada. tapi time kami pergi ni, memang ramai ya rabbi! 

salah satu 'wayang' yang kami tonton

kami cover hanya beberapa tempat hari tu. first is sesame street 3D (tunggu 20 minit), terminator 3D (almost sejam), Jaws (50 minit) and paling horror sekali....

Harry potter 3D4K kami tunggu 3jam!

gila tak gila. 

paling aku kagum is orang jepun semua rilek je tunggu tiga jam. korang ni tak penat eh? korang punya aura positip tahap apa ni? tahap kameha-meha ke? makcik ni dah tahap nak putus nyawa beratur. huhu.. 

tapi untuk aku, beratur untuk harry potter adalah sangat berbaloi. masuk hogwarts pun dah cukup gembira tahap senyum sepanjang masa hokkay! ahkak is sangat sangat sangat happy! 

memang tujuan utama datang USJ

disambut oleh hogwarts express!

lepas tu jumpa hogwarts! rasa nak nangis! T_T

lawa gila!

rasa macam dalam hogwarts yang sebenar! gambar tu bercakap ye, sekian..

at first, aku tak faham 3D4K ni apakah. aku ingat hanya beratur untuk tengok dalam hogwards, bilik tidur harry, office professor dumbledore, cermin tempat harry layan perasaan, dan tangga silang-silang yang ada gambar macam kat atas ni. yes, gambar bercakap, tapi tangga tak adalah bersilang. tapi aku sangat kagum sebab macam mana dia boleh buat gambar ni bercakaaaaaap?! tell me how?! tapi pakcik-pakcik ni semua cakap jepun lah. nasib baik takde sir nearly headless nick berkeliaran, kalau tak i pengsan. 

untuk 3D4K harry potter, WAJIB masuk kalau pergi USJ. WAJIB! dia seperti roller coaster, still pakai 3D glass, kau akan tunggang terbalik, ikut harry naik broomstick lalu celah-celah naga, celah-celah hogwards, terbalik terguling semua ada. walau pun sekejap, aku rasa puas hati gila, nak beratur lagi 3 jam tak mampu. kawan aku pergi kemudian, dapat naik dua kali, i izz jelezzz.....


tengoklah selautan manusia kat Diagon Alley ni!

oh ye, husband ina cakap butterbeer yang jual kat sini boleh minum. I tak minum sebab baru tau lepas balik malaysia..nangis... so, sesiapa nak pergi sini, silalah try butterbeer mereka kat sini ye, dapat cawan dan boleh bawak balik. 

siap ada perlawanan antara dumstrang and beauxbatons school of wizardry lagi. not sure what tournament though sebab dah habis. boleh tangkap gambar. 

pergi USJ masuk sini sahaja pun dah berbaloi oi! sorrylah I peminat tegar Harry potter. seminggu sebelum bertolak ke sini kebetulan menonton part last yang dobby mati tu. haish. Wizarding world of harry potter - check!

habis merana beratur 3 jam, kami pun sambung jalan dalam tu dengan harapan untuk rasa berbaloi spend duit almost rm200 + kan. rupanya that day ada sambutan Halloween, dan almost everybody is dressing up ohkay! ada spiderman, ada chucky, minions banyak gila, harry potter pun banyak gila, zombies bersepah, and of course yang ni;

maafkanku tak berterus-terang, bukan aku tak menyayangi mu, namun sebelum ku berganti rupa, ini keajaiban alam - main taram lagu sailormoon. 

pukul 5.30 dah start gelap. kami jalan-jalan lagi sebab nak naik ride, agak penakut di situ. aku pernah baca few blogs yang kata kalau kita pakai tudung tak leh naik ride roller coaster dan sebagainya, tapiiiiiiii.....

aku rasa diorang dah longgarkan sikit kot peraturan ni sebab aku boleh je naik harry potter tu (which is tunggang terbalik kaki ke atas semua) and kawan aku pun ada naik few rides which ina sebelum ni tak boleh naik. 

so pergilah USJ, try your luck - terjah je. kalau dia tak bagi then boleh naik ride lain.. on list - jurrasic park (tak sempat naik pre-entry tiket habis), spiderman, space fantasy, jaws, banyak lagi lah korang boleh pilih and study dulu. jangan jadi macam kami yang terbangak-bangak ni. 

so that night, aku punyelah seronok tengok gelagat orang bercostume sana sini, tiba-tiba USJ gelap, lampu tutup, bunyi siren, then bunyi letupan sana-sini.. rupanya malam tu ada....

zombie menyerang!

muahahaha.. menyerang lah sangat. tapi over jugak lah sebab zombie ni kejar orang bawak penyembur daun yang bunyi macam gergaji elektrik tu. awek-awek jepun semua mencicit lari. aku dok kat belakang senyap-senyap sambil gelak-gelak sebab memang menjadi. 

ok yang n scary sikitlah. zombie kanak-kanak gayanya. 

they end up dancing to the thriller song

kalau aku tau, aku bawak labcoat aku yang jijik tu pakai kat sini. bajet mad scientist kena rasuk ngan zombie. lol!

so kami pun tamatkan hari tu dengan penuh rasa gumbira sebab first, aku dapat tengok sendiri hogwards dan isi perutnya walaupun harry potter tu cakap jepun ahkak is okay sahaja, second banyak juga perkara-perkara yang tak terjangka berlaku contoh, tetiba ada sambutan halloween and siap ada persembahan semua bagai. aku memang terhibur habis. 

so next post will be - kyoto lagi!

2 comments:

  1. huwaaa...... nak pi hogwarts gak!!! i wonder apa la rasa butterbeer tu eh... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kat office ada try, dia kata tak sedap! tapi boleh pergi lagi dan kena bawak banyak duit sebab souvenir kat sini mahal. T_T

      Delete