Wednesday, December 9, 2015

jalan jalan jepun - Osaka tsutenkaku tower, tennoji zoo, dotonbori, hep5 ferris wheel

assalamualaikum wbt.

hari ke lima kami mula jalankan misi mengexplore osaka pula. macam orang lain cakap, osaka is totally a different world as compared to kyoto. kami stay di imamiya osaka, jadi perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

sebelum kami ke osaka, the day before aku diberitahu yang ada kedai kain 100 yen di esaka. memang dah on the way, jadi kami pun singgah di kedai kain di esaka tu dulu. memang heaven! semua jenis kain ada kat sini, malangnya tak ada pun harga kain yang 100 yen. aku beli kain cotton tebal 1m untuk buat omiyage dengan harga 600 yen (lebih kurang rm20 +) sahaja. bagi aku murah sebab aku selalu beli kain cotton tebal spesies tu online - harga online is rm50 semeter.

lepas membeli belah kain dan cuci mata (agak lama jugak kat sini), kami ke tsutenkaku tower, yang mana boleh melihat keseluruhan bandar osaka dari sini. kat sini juga ada pasar shinsekai yang meriah, tapi sebab kami pergi pagi, maka banyak kedai yang tutup. kat tower ni boleh borong pokki banyak banyak. kat sini juga ada patung bilikan yang besar dipercayai kalau letak duit dan rub kaki patung tu, dapat lah good luck sebanyak-banyak nya. honestly, aku pun tak tau itu tujuannya. so buat tak tau je. haha.. but we can enjoy the viewww!!!


pemandangan dari menara

takoyaki besaaaaaar!

dari atas tower ni, kami siap usha jalan untuk pergi ke tempat yang seterusnya iaitu tennoji zoo! okay, memang sedikit 'lame' bila pergi osaka, lepas tu pergi zoo. tapi percayalaaaaaaaaaaah, berbaloi pergi sini sebab 1 - dah termasuk dalam bayaran osaka amazing pass tu (jadi tunjuk pass boleh terus masuk). 2- haiwan kat sini sangat aktif! aku tak sangka yang aku pergi zoo pun boleh gembira macam tu. tak ada sekor pun binatang kat sini yang tidur. singa betina dua ekor siap bertepuk tampar main-main dengan each other, singa jantan mengaum tanpa henti, zirafah berlari-lari ke sana ke mari, polar bear berenang-renang dengan gembira, singa laut siap berpusing-pusing keliling kolam tanpa henti. ayam turki ke hapa entah (besar ayam), bebas berkeliaran siap terbang atas kepala aku. aku syak diorang bagi dadah - ok, gurau. 

belakang tu polar bear tau!

lepas agak lama lepak kat sini, kami pun begerak ke destinasi seterusnya Dotonbori. kat sini punyelah ramai orang, kami cari tempat untuk claim tiket cruise kami -rupanya dekat je dengan jambatan glico, dan tempat jual takoyaki. cruise ni memang menarik, tapi macam konsep naik cruise kat sungai melaka jugak. bolehlah untuk menghiburkan hati. tapi yang penting bila sampai sini adalah..

tangkap gambar dengan encik glico yang famous itu!

river cruise

kami tak masuk pun kawasan yang banyak kedai tu. kami hanya jalan jalan sekitar sini dan next destination is, HEP5 ferris wheel! aku rasa kat sini agak banyak ferris wheel dan tempat tempat tinggi. maksudnya, Osaka bagi kita tourists ni enjoy the view from the top! oh ya, satu lagi, kalau penggemar makanan tu, memang kat sini banyak street food. cuma halal tak halal tu tak tahu lah. ada website dan apps yang kita boleh pergi untuk pergi memburu makanan halal di osaka. kami runshing, makanan adalah perkara kedua dalam kehidupan bertourists, hahahahahahaha!

pergi HEP5 tak susah. dia dalam shopping complex, dan kat luar tu ada jugak deretan kedai yang membuat aku tertarik nak pergi. tapi nasib baik fulus tak cukup, kena bersabar... so terus kami ke bangunan HEP5 tu. boleh je tanya orang berseragam merah yang sedia menanti pertanyaan tourists macam kita ni, sangat helpfull.


boleh rujuk bangunan mana yang mana satu.

kebetulan hari pun dah malam. bila malam, kami pun segera pulang. sebelum pulang, round round kejap kat sekitar shopping complex HEP5 tu. kat situ aku terjumpa satu kedai best '3 coin'. kedai dalam tu semuanya berharga 300 yen, lebih kurang rm10 kita. banyak sangat barang menarik dalam tu yang memang gatal tangan nak beli. beg kucing, senduk berwarna-warni. banyak cawangan '3 coin' ni sebenarnya. lagi besar kedai '3 coin' ni, lagi banyak barang menarik ada dalam tu. 

on the way balik tu, tiba-tiba ada orang whatsapp msg. bila bukak tengok budak-budak ni (yang kat rumah kena pergi lab tu) pergi beli sotong kurita besar untuk dilapah! ceritanya; semua geli nak potong sotong ni, tapi nak makan sotong ni! so diorang tunggu aku balik untuk potong kecik-kecik sotong ni. 

bersepah sotong ni kat jepun

sampai rumah, potong sotong ni kecik-kecik, buat tom yam! makan dengan nasi jepun panas-panas, di kala sejuk... memang terbaik! 

next day is; OSAKA lagi!

4 comments:

  1. hahahha....zoo malaysia pon i lama x pi... :-) hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la.. memang lama tak pergi zoo malaysia. tapi jalan jalan kat sini seronok sebab rasa macam zoo dalam aircond gitteww...

      Delete
  2. sotong jela kita mampu makan bila kat obersi ni. ari tu pun ida dok makan sotongggggg jeee HAHAHA kecik besor kecik besor tgok ayam. hahahahha... nextttttttt kekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa.. tu pun nasib baik ada sotong. kalau tak memang nangis makan ceklat je. haha..

      Delete