Monday, December 21, 2015

jalan-jalan jepun - osaka university, imamiya

assalamualaikum wbt.

so kind of last day in Japan, and i have an intention to attend a small seminar organised by IPR. Their research are related with mine so i think why not lah kan korbankan satu hari for the sake of research (lah konon).

pintu masuk kecik


haih advance betul NMR machine kat sini

jadual program. frist time dapat join international seminar walaupun seminar kecik

mungkinkah menjadi uni untuk masa depan? we'll see.. 

the uni is nice, small but nice, macam ada banyak cawangan, near imamiya is one of them. they collaborated with universities from UK, and there are so many interesting research going on there. rasa macam nak sambung (sambung lagi?) buat kat sana pulak. tapi sekarang pun dah serabut, tak serik lagi ke?

ramai ramai kita bergambar kenangan walaupun dengan signboard je

walaupun jalan raya biasa, tapi pokok kiri kanan alahai cantiknya!

seminar tu separuh hari sahaja. one thing yang aku perasan and as told by su and shu, kat sana, dalam bangunan takkan pasang aircond. so agak panas sebab kat luar dah sejuk. here during the seminar, all the mat salleh kind of complaining about the temperature inside the hall. prof-prof jepun ni beria-ria angkat kerusi, buakak pintu bukak tingkap bukak pintu so that the cold breeze will blow in and sejukkan suasana. the thing is student buat tak tau je, why oh why prof prof ni humble sangat weh? impresive sangat. aku pulak yang jadi memalu kucing di situ without helping out. huhu..

bila break time around 15 minutes macam tu, they serve kit kat and coffee, chocolate and biscuits. yang bestnya, kopi dia tahap kaw gila gila punya! i think 5 sticks of sugar pun tak mampu nak menampung kepahitannya! as a coffee lover, i survived with just 2 sticks. can't forget about that for sure..

so after that, we went to senrichuo station just to hang out at uniqlo. curious jugak , betul ke uniqlo sini lagi murah kan (duh!). yes, memang murah berbanding kat malaysia. huhu.. senrichuo station ada macam macam. sempat duduk situ sekejap sambil makan homemmade sushi, jalan-jalan sikit kat uniqlo, dan mall yang jual banyak barang cantik-cantik dan best-best. masa ni kami spend time tulis postcards to few friends yang sempat bagi alamat and beli stamps (70 yen stamps untuk sekeping postcard). tips; masukkan postcard dalam lubang yang tertulis -international. sebelah kanan.  lepas post, jalan-jalan lagi di sekitar daiso for our last minute shopping. I sempat beli kalendar comel dengan harga 100 yen. i beli buku kertas coklat dengan harga 100 yen. yang ni kalau beli banyak berbaloi.. tapi made in chinalah. not much we can do that day sebab hari pun dah malam. balik tu, siap siap packing dengan sedih. sebab besoknya kami akan gerak awal ke station ibaraki yang ada shuttle limousine ke airport.

bye senrichuo! gonaa miss you!

besoknya, awal pagi lagi kami bergerak ke station bas. hari masih belum siang sebab according to google map bas ke ibaraki adalah pukul 6.20 pagi. rupanya pukul 6.50 pagi adalah bas pertama yang akan ke ibaraki. mungkin jadual dah bertukar. kereta mula banyak, layan perasaan sambil sedih sebab nak meninggalkan jepun kononnya. dalam hati, aku akan datang sini lagi, nak pergi banyak tempat lagi. heh.

tempat tunggu bas, sebelah sawah padi yang dah dituai

sampai sahaja bas ke ibaraki, perjalanan ambil masa agak lama, kami berdiri sepanjang perjalanan sebab waktu puncak orang pergi kerja. Ibaraki adalah station yang agak besar, dan ramai orang. tapi yang naik bas limo ke airport dari ibaraki tak ramai sangat pon. tapi bas ni bas berhenti-berhenti. so sepanjang perjalanan tu bas akan ambil penumpang untuk ke airport.


menuju ke hentian bas limo ke airport di ibaraki

bye both su and shu! jasa korang akan ku kenangi!!

pemandangan dari dalam bas yang cantik sangat. sayangnya, kebanyakan masa iolls tido. kroooh krooh..

tahu kan KIX sebenarnya atas sebuah pulau buatan? so nak pergi dan balik memang wajib lalu lautan yang terbentang luas ni..

perjalananan ke airport ambil masa agak lama lebih kurang 2 jam. aku tidur sepanjang perjalanan, tak larat nak buka mata. kadang-kadang bangun sambil tengok sama ada dah terlepas station ke sebab lama sangat. pemandangan yang cantik di persekitaran pun tak mampu aku nak layan sebab dah mengantuk sangat. sampai di KIX, kami bergerak ke kaunter tiket untuk redeem tiket flight yang kami dah check in online.

lepas check in kami singgah ke starbucks untuk tumblr yati, dan berdekatan starbucks kami jumpa halal japanese restaurant di KIX. ada dua, kami ke sanuki sejenis restoran udon, tapi both aku and kak su makan nasi. kenyang, happy..

tempat ni senang kenal sebab ramaaaaai orang melayu datang sini makan. macam kat malaysia pun ada. boleh cari restoran ni kat tingkat dua ye. 

agak kelam kabut jugak sebab kami agak terlewat kat situ. agak berlari-larian jugak bila dah masuk ke bahagian kastam tu. tak sempat nak beli barang kat dalam tu. huhu.. dalam kapal terbang aku tidur straight 6 jam tanpa henti sebab mengantuk sangat. mungkin qada' yang hari hari sebelum ni di jepun (tidur lambat bangun awal).

sampai malaysia - back to reality. besok jumaat, masuk kerja...hehe..

so itu sahajalah perjalanan kami dua ketul manusia dari malaysia berbackpack ngelat ke jepun. ngelat sebab tempat penginapan dah ada. so kalau mana-mana kawan korang yang ada kat jepun tu, pergilah mengendeng kat depa. maklumlah, memang tempat tinggal mahal kat sana.

aku ada tulis untuk share citer pass kat sini. aku pun tak sure nak compilekan terus kat sini ke hah? hmm mungkin post yang berikutnya kot. macam post korea dulu, aku akan cerita sikit lah pasal hal post japan pulak.

okay that's all for now! sayonara!

4 comments:

  1. hheheh...thanks sharing ur journey zura. dapat la org yg mcm i nih 'rasa' gi jepun ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe your welcome! st boleh pergi juga menjejakkan kaki.. mana tau ada rezeki dapat pergi percuma, lagi best!

      Delete
  2. ok entry pass pulak HAHHAHAHHAHHA

    ReplyDelete
  3. hahahaha baiklah eida! tak sabar nampaknya nak ke jepun tu! hehe..

    ReplyDelete