Monday, December 14, 2015

jalan-jalan Jepun - osaka castle, nagai botanical garden, tempozan ferris wheel

assaamualaikum wbt..

aku sambung lagi cerita jepun untuk hari yang ke 6.

hari ke 6 kami sambung jalan ke Osaka lagi. untuk hari ini, rancangannya kami akan ke Osaka castle, nagai botanical garden and tempozan ferris wheel.

hari selasa tu adalah hari cuti umum untuk warga jepun, so kawan-kawan kami su and shu (imagine in this trip aku bersama kak su, su and shu) so both su and shu joined us that day. tapi mereka skip on osaka castle sebab JALAN JAUH (su and shu dah pernah pergi sini).  so rancangannya kami akan jumpa mereka balik di stesyen Dobutsen-mae. mereka akan jalan-jalan di namba sementara kami jalan jalan di osaka castle.

honestly, jalan kaki memang agak jauh. macam kata su, for the first time in life, aku guna compas untuk jalan. bila google kata head north, kami pun pakai compas untuk head north. rasa bijak pulak bila pakai compas untuk jalan jalan. hehe.

jadi perjalanan memang agak jauh dari station ke osaka castle. sepanjang perjalanan boleh enjoy the view.

salah satu jambatan yang ada view yang sangat cantik! kalau musim bunga, laaagi cantik sebab pokok kat sepanjang sungai ni akan berbunga!!

on the way, terserempak dengan pakcik ni. terus grab pakcik ni untuk tangkap gambar. samurai hait!

Osaka castle!


pemandangan dari taman osaka castle

taman on the way ke osaka castle

dari osaka castle

kami spend time agak lama di osaka castle. kami janji dengan su and shu untuk jumpa pukul 2 pm. padahal kami sampai sini around 9 lebih macam tu. kami sepnd time agak lama dalam osaka castle sebab both kami (kak su and I) rasa banyak gila maklumat and pengajaran yang kami dapat dari dalam ni. one of them is kisah perang dan rampasan kuasa yang berlaku di istana ni. boleh baca cerita the siege of Osaka di wikipedia sini. even presentation untuk penceritaan perang ni dan sejarah-sejarahnya disampaikan dengan baik. baju-baju perang untuk samurai pun banyak dipamerkan kat sini. 

lepas berjalan-jalan di sekitar taman, kami pun menuju ke Dobutsen-mae station untuk jumpa dengan su and shu. next destinantion is nagai botanical garden.

nagai botanical garden adalah tempat best untuk dijejaki especially pada musim bunga and musim luruh. unfortunately, we came a little bit early sebab daun masih belum merah dan kuning sepenuhnya kawan aku pergi minggu berikutnya, lain sangat sebab daun semua dah bertukar warna! cantik sangat! masa kami datang sini ada sambutan siap ada persembahan orang orang tua nyanyi, masing masing bawak bekal dan berkelah tengah padang. happening rupanya tempat ni.

tempat wajib bergambar!


boleh berbaring bersantai sambil makan apple. :)


belakang tu penuh dengan bunga teratai yang dah layu

kalau datang seminggu lewat, pokok kat belakng tu akan bertukar warna sepenuhnya!

lepas sakan bergambar dan menikmati pemandangan dan suasana best di nagai botanical garden kami pun ke destinasi seterusnya. oh ya, sesiapa yang nak pergi ke osaka museum of natural history boleh je singgah, dah termasuk sekali dalam Osaka amazing pass tu. dah dekat sangat boleh singgah, in fact, museum tu dalam nagai botanical garden tu. 

next pitstop adalah tempozan ferris wheel!

tempozan ferris wheel dulu pernah jadi ferris wheel yang terbesar di dunia, lepas tu dah di 'beat' oleh london eye. tapi bagi aku it is still big! kita boleh pilih sama ada nak yang see through seat maksudnya the whole car tu adalah lutsinar ye. tapi kena tunggu 45 mins, so kami naik je lah yang biasa je..

sambil jalan kita selfie!

dari jauh dah boleh nampak

pemandangan dari dalam

okonomiyaki hiroshima style

dah malam! bye ferris wheel!

tempat ni dah dekat sangat dengan kaiyukan fish aquarium tu. kami tak sempat pergi plus, kena bayar. trip bajet kan. so kami jalan jalan je di sekitar shopping mall kat sebelah ferris wheel ni. siap dinner okonomiyaki kat situ. kami nak naik santa maria cruise pun tak sempat sebab malam cepat sangat (pukul 5.30) and dah tutup around that time. 

after jalan-jalan sikit, balik tu singgah kedai groceries untuk beli sikit barang-barang. su and shu beli miso sup segera. sempat jugak aku tengok-tengok groceries yang dijual kat sini. tempat macam ni pun aku rasa menarik. 

lepas tu kami pun balik. end of day 6. untuk hari yang berikutnya kami ke Osaka uni untuk attend talk setengah hari. mungkin akan cerita jugak kot sebagai note untuk aku sendiri. 

next post: osaka uni, imamiya station, last day in kansai.

4 comments:

  1. ramahnye org jepun...ok ja ya dorang nk bergambar dgn tourist :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay je.. as long as kita mintak kebenaran.

      Delete
  2. Replies
    1. sekali sekala boleh dapat lepas kan stress stress di dunia reality. hehe

      Delete