Thursday, December 3, 2015

jalan-jalan jepun - kyoto ginkakuji, philosophers path, gion and fushimi inari

assalamualaikum wbt.

yeah! kyoto untuk hari kedua. ingat tak yang kami ambil kansai through pass tu? so kami pakai pass tu lagi untuk hari kedua pulak. boleh pakai selang-selang hari asalkan 3 hari. sabtu tu, kami bergerak macam biasa pukul 8 pagi, sambil dihembusi udara sejuk pagi dan kami jalan laju-laju menuju ke stesen bas di imamiya osaka. cewah.

dari imamiya ke kyoto mengambil masa almost 2 jam. jaaaaaaaauh sebenarnya, so kalau nak datang lagi, jalan-jalan kyoto, duduk kat kyoto. tapi sebab kami ambil kansai through, berbaloi duit tiket untuk berulang cuma penat sikit sebab jauh. that day, perancangan kami adalah Ginkakuji, philosophers path, Gion, fushimi inari. jom layan gambar!

sepanjang perjalanan nampak rumah nobita

dalam bas

sampai dekat kyoto station blur lagi. memang nervous sebenarnya untuk jalan area kyoto yang jauh tu lagi sebab sangat mencabar especially naik bas. sampai kat kyoto station tu, kami tak sure nak exit mana sebab banyak exit. so kami terjah a few exit jugak. last-last nampak dah signboard Ginkakuji kat bustop so kami pun tunggu bas kat situ. 

kisahnya, kami ke arah bertentangan sampai stadium apa entah! nangis. tapi kami cekal, nasib baik abang bas friendly cakap "opposite, opposite" maknanya arah bertentanganlah tu. so kami pun tunggu bas kat arah bertentagan. nasib baik sejuk. dahlah stesen bas stadium dengan ginkakuji tu dari hujung ke hujung. memang pagi tu, kami round satu kyoto. haha. 

sampai ginkakuji, kami diberi tiket masuk;

haa, cantik tak tiket masuk? i is tak faham apa benda laaaa yang ditulis tu

Ginkakuji - at first memang masuk-masuk first impression is - eh, tengok pasir je? ok jangan berlagak sangat. sila jalan-jalan dan jalan naik bukit semua. Ginkakuji and Kinkakuji adalah ji yang berbeza - means pavillion yang berbeza. just ingat - king golden. Gin of courselah selain golden iaitu silver, walaupun tak silver. Kin- dekat arah utara, dekat dengan ryoanji. Gin ni arah timur sikit sekali dengan philosophers path boleh straight sampai area Heian shrine and Gion semua tu. dah nak ke centre kyoto dah tu. waaaah studi geografi! 

so, pasir yang di sekitar ginkakuji tu mewakili gunung fuji. and kat sini famous jugak dengan lumut cantik pangkal-pangkal pokok. rasa nak bawak balik buat terrarium apesal cantik sangat ni!

macam hutan kecik!

Kogedsudai - sangat 'zen' tau.

and pemandangan Ginkakuji dari atas bukit! aku tak boleh imagine if end of autumn, time daun merah, mesti cantik sangat-sangat!

Ginkakuji disimbahi cahaya matahari

on the way keluar dari Ginkakuji akan ada banyak kedai kedai di sepanjang jalan yang boleh buat aku jadi gila! jiwa seni aku ni meronta-ronta tengok banyak sangat benda-benda comel kiut, tak masuk akal macam kat bawah ni. handmade okay!

nangis. apesal comel sangat?!

and kedai ni jual semua barang rabbit. maksud aku, kimono kain gambar rabbit, patung rabbit, saputangan rabbit. apa ni? nak membunuh aku ke? kawaiiiiiii!

nasib baik jugaklah duit aku ni untuk suvive beberapa hari lagi kat sini. haih.. tapi sepanjang perjalanan ni jugak boleh beli souvenir yang best-best. memang a bit pricey, tapi aku ada satu tips omiyage best untuk kawan-kawan mesia. 

bagi poskad!

poskad kat sini banyak sangat. macam-macam jenis, comel comel gila gila! aku beli poskad kat area sini dengan harga 350 yen ada 12 keping kat dalam (sekeping boleh jatuh harga 29 yen) dan untuk pos, setem hanya 70 yen sekeping ke luar negara. pos kat kengkawan, mereka pun happy, semua bahagia..

amacam best tak omiyage cenggini? 

sama-sama. 

ok sambung cerita. 

next stop, philosophers path. 

philosophers path ni memang ala-ala on the way je, kalau tak singgah tak syok lah. so kami pun jalan-jalan sekitar sini. musim bunga, memang superb gila-gila cantik tempat ni. tak caya pi tengok blog ina. kat list sebelah - sakura mankai post dia tu. not much for autumn, tapi not bad at all!!!

pose sikit! sebenarnya Heian shrine pun tak jauh dah dari sini (signboard tu). tapi tak sempat nak jalan semua!

memang not bad at all....

kami sebenarnya tak sure betul ke jalan berlongkang ni adalah philosophers path, sebab tengok dari gambar time musim bunga cantik yang amat! how come jalan berlongkang ni boleh ada pokok berbunga? so kami tanya orang siap cakap;

"sumimasen.." kat sorang perempuan ni.. muka perempuan tu terus berubah, menggelabah. 

"err.. can you speak english?" perempuan tu cakap. aku dah gelak-gelak dah sambil kata 

"of course we can! is this philosophers path?"

"yes, yes.."

hadoilah. first time jugaklah jumpa orang suruh kita cakap english kat sini. sangat rare okeh! yeah, maybe dia pun tourist jugak. macam kami. heh. 

so berjalanlah kami sepanjang longkang yang cantik ni. tepi-tepi jalan siap ada cafe dan kedai handmade. bila rasa dah agak puas jalan kat sini, kami pun ambil keputusan untuk ke next stop - Yasaka Shrine!

pintu masuk yasaka shrine

shrine di mana-mana

muruyama park

dari yasaka shrine, kami melilau ke sana kemari sampailah jumpa satu taman yang besar and cantik! rupanya bila aku google taman tu orang jepun akan berkelah kat situ bila tiba musim bunga. autumn - ramai jugak yang datang, banyak pakcik-pakcik and makcik-makcik lepak tepi kolam dan melukis pemandangan. cantik pulak tu lukis! arrrgh! tensen lagi sebab kenapa i tak pandai lukis macam tu? *tetiba. 

kat area sini, memang boleh jalan kaki ke tempat-tempat menarik berdekatan. macam aku cakap tadi, dari yasaka shrine, boleh jalan kaki je ke Gion. kalau bernasib baik, boleh jumpa Geisha atau Meiko. banyak tourist pakai kimono jalan-jalan kat sini. Gion tu pun dah dekat jugak dengan Kiyomizudera, tapi kami tak pergi sebab - tak sempaaaaat! 

cantik-cantik dan sangat tradisional bangunan-bangunan kat sini

antara kiyomizudera dan fushimi inari - mana satu nak pilih? so kami pilih fushimi inari. kami jalan agak jauh jugak mencari stesen terdekat untuk ke fushimi inari sebab ia agak jauh ke selatan. 

haaaa nampak tu, jalan 18 minit adalah biasa kat sini

sampai fushimi inari pun dah nak malam. sempat terjah sekejap je. kiri kanan pun banyak kedai best-best (tapi mahal) macam di Ginkakuji tadi. so sebenarnya banyak masa habis pergi terjah semua kedai-kedai tu. tapi orang kata - orang katalah kan, tak sampai kyoto kalau tak pergi fushimi inari. nah gambaaaaar.....

ini kira tiang doa lah senang kata. lagi besar, lagi mahal, dan setiap tiang mewakili setiap syarikat yang membayar untuk doa tersebut

lepak sat makan kek ikan

kat sini pun ada banyak street food. takoyaki, air buah, kek ikan macam kat atas ni, kedai-kedai.. seronok jugak spend time kat sini. jumpa a group of malaysian guys siap pakai baju melayu. terus depa offer duduk "mai kak, mai duduk mai"..

takoyaki!- tapi kat area imamiya murah lagi.

malam tu kami kena balik jugak sebab perjalanan kami jaaaaauuuh. hehe. tapi memang puas hati walau pun sesat barat. malam tu, masak nasi goreng a' la osaka. haaa.. padahal nasi goreng kampung je, taruk ikan bilis siap. 

end of day 3. 

next post - kyoto lagi!

2 comments:

  1. Kalau autumn cantik ohh! Ida dpt bygkannnnn huhu... nak pegi sini time autumn laaaa hihih.. lagi lagii entry hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. silala.. masa saya pergi is early autumn. cantik belum tahap maksima lagi. terjah instagram schawal, depa pergi time macam sekarang ni memang cantik gilaaaa!

      Delete