Monday, December 7, 2015

jalan jalan jepun - kyoto arashiyama, nishiki market and kyoto tower

assalamualaikum wbt.

hari ke empat, arashiayama!

arashiyama terletak di utara kyoto, so untuk jalan sini mungkin boleh ambil masa sehari suntuk dan jangan lupa..

pergi naik sagano romantic train di sini!

selalunya orang akan pergi sini untuk tengok the iconic bamboo groove yang sangat cantik, memang banyaaaaaak bamboo kat sini, jalan-jalan kat sini pun seronok sebab sepanjang perjalanan tu memang ada kedai untuk tarikan tourists, arah tuju untuk ke sagano romantic train (kalau naik trem) dan banyak lagi tempat yang boleh pergi kat sini.

so pagi pagi - ke arashiyama kita!

macam biasa, masa hari kedua tu kami dah pergi kat stesyen yang sama iaitu stesyen saii tu yang nak ke kinkakugi tu. so kami dah tahu jalan. cumanya this time, kami tak perlu tukar trem, trem tu akan straight sampai hujung stesyen. sampai-sampai je dah excited sebab sangat cultural! sekeliling stesyen tu meriah dengan orang-orang jual makanan, banyak pelancong berkimono, dengan cuaca yang sejuk, ya Allah perfect sangat!

pagi yang sujuk! kat sini terjumpa van sekolah sinchan. seriously ada telinga, lukisan kucing and all. so kawaiiii!

nama station ni adalah: Banpaku Kinen Koen. haaa panjang tak nama dia. and it is actually a park. a nice park to wander around sebab ada mall baru bukak sini - yours truly tak sempat pergi. 

masih pagi, kedai tak banyak bukak lagi

we meet again Saii station!

trademark station keretapi ni

pintu depan saga torokko station

harga tiket sehala: 620 yen, waktu 11.07 minit, train no 5, platform 2. customer ke 80 i think. 

sementara tunggu train, kita jalan jalan kat muzium keretapi dia dulu!

sanggup berdiri untuk pemandangan ini! tips: lebih baik berdiri sebab ada dua sides and we can look at both sides. kalau duduk boleh tengok satu side jeerr..

cantik gila! kalau nak merentasi sungai ini naik bot juga boleh. sila sediakan 3000 yen. and the ride will take around 3 hours kot. i is on budget, kita naik train sajor..

they (malaysian bloggers) call him as 'pak lawak jepun' so kita capture gambar ngan dia sedas

luckily got seats for 4 of us on the way back. lagi sekali - cantiknyaaaaa sungai tu!!

untuk naik keretapi ni, boleh pilih sama ada nak pergi balik atau one way sahaja. masa aku naik ni aku tak tau pulak yang kita boleh turun di stesen berikutnya. kat situ pun view menarik. ada banyak orang memancing dan jalan-jalan. tapi sebab aku tak tahu, aku terus beli tiket pergi balik which is bila turun train, kena naik balik train yang sama untuk patah balik.. mungkin next time boleh pergi lagi? ada sesiapa nak sponsor? pleaseeeeee... pretty pleaseeee....

on the way balik, boleh nampak banyak beca yang ditarik orang (bukan naik basikal) which is a typical view kat tempat-tempat macam ni. sempat lagi kami bergambar sakan dengan jejaka-jejaka macho pakai pakaian seragam tarik beca. siap pakai tights macam nak pergi bersukan pun adooo...

tunggu pelanggan untuk tarik beca, kita tangkap dia untuk tangkap gambar dengan kitaaa....

Jizou: maksudnya wakil tuhan yang volunteer untuk melindungi manusia. everything in japan is cute, i tell you. no joke. 

and semua benda ni cute aku rasa nak nangis. T_T

typical pictures of the bamboo forest. memang cantik! officially this is my favourite place in kyoto. setakat ni.

wandering around, jalan-jalan sampai jumpa jalan mati. kena lintas landasan keretapi. olskul to the max. 

and balik singgah makan MATCHA ice cream. best!

tips untuk mintak tangkap gambar dengar the real japanese girls. 1. make sure both cakap jepun and kalau boleh duduk sebelah dia sambil makan aiskrim. 2. terus kata "sumimasen, picture?" 3. If they say yes, proceed. 4. after taking pictures, says "arigato gozaimasss." 5. kalau nak lebih friendly, sebelum belah say "sayonara!!!". ok?

kedai cantik di sepanjang jalan, orang ramai, japanese pon ramai, cuaca sejuk, jalan 10 batu pun tara papa punyee....

lepas bergumbira tanpa mengetahui banyak lagi tempat best yang boleh dilawati di sekitar arashiyama (monkey park, jambatan cantik, shrine - aargh i should come again), kami naik train tanpa arah tuju. last-last sampai ke Nishiki market. haha, macam mana boleh tembus sini pun tak tahu. aku rasa memang berbaloi sesat di kyoto sebab mesti ada tempat tempat menarik disekitaran. tapi janganlah sesat barat sampai masuk nara pulak. actually, kalau sesat sampai nara pun ada tempat menarik. hehe. 

aku memang berniat nak pergi nishiki market ni sebab konon-konon dekat dekat Gion street tu tapi tak jumpa. finally jumpa jugak the next day! 

nishiki market, actually adalah market yang sangaaat panjang. dan ada saaaangat banyak kedai. barang basah pun ada jual, kedai 100 yen pun ada. memang best jalan sini sebab boleh tengok the locals jual barang locals macam jeruk-jeruk dan sotong ikan kering.. 

jalaaaaaaaan sampai lebam kaki. 

antara barang yang dijual

after penat jalan dan hari pun dah nak maghrib, kami pun tak solat lagi, fikir punya fikir, jom kita ke kyoto tower sebab member pernah share kat facebook yang kat situ ada surau! so off we go to kyoto tower! dahla menggelabah gila sebab maghrib pukul 5.30 petang. asar+zohor pun tak lagi. berlari-lari kami macam running man. nasib baik jumpa. kyoto tower, tingkat 3 tak salah aku. dekat dengan tourist centre. kalau nak masuk situ kena pergi ke tourist centre tu dulu, isi borang sikit, berapa orang nak masuk, dapat tahu ada surau kat sini macam mana, tu je kot. lepas tu japanese girl tu akan bagi kunci surau. mesti kunci pintu. masuk is group by group. lepas keluar, pulangkan balik kunci surau tersebut ye. sila jangan cemarkan nama malaysia main pass-pass kunci. sila bersihkan juga tempat solat sebab mereka dah jaga dengan baik. yang datang surau pun banyak malaysian, bila keluar, berderet orang malaysia datang terjah kami tanya surau mana. hee. memang port malaysian ni.. 

habis solat, kita selfiee! antara surau ter 'rare' yang dijumpai di jepun


siap ada bahasa melayu lagi

habis solat, lepak-lepak kat tourist centre tu, nanti kita boleh dapat banyak brochure. boleh ambil kat situ. kami nak pergi osaka untuk dua hari so kami pun tanya banyak kat information centre tu. sini boleh tukar duit jugak, sini dapat wifi jugak, so boleh update apa yang patut. lepas lepak lama kat situ, kami jalan-jalan kat daiso kat tingkat bawah. tahu tak daiso kat sini heaven gila? dan murah berbanding kat malaysia? barangan daiso kebanyakannya berharga 100 yen. ada juga yang lebih 100 yen tapi dia akan tulis kat situ. 

habis jalan-jalan, kami ke station keretapi kyoto untuk pulang ke pangkal jalan (imamiya). makan dulu sebab dah macam nak pengsan laparnya! singgah lotteria, order shrimp burger. aku pernah baca kat satu blog ni tempat makan untuk sorang. rupanya ini lah tempat makan untuk seorang tu! takdelah rasa awkward untuk makan sorang. tapi untuk beramai-ramai macam kami ni, memang pakat baca berita lah macam ni.

jom makan secara melintang!

that day memang penat walaupun dua tiga tempat je pergi. aku cadangkan kalau time-time macam ni (matahari terbit pukul 6.30), boleh dah start jalan sebab 5.30 dah start malam. mungkin boleh buat aktiviti lainlah malam tu, lepak osaka ke, pergi jambatan yang ada glico ke.

and next is, OSAKA!

10 comments:

  1. alahhh juea... ko membuatkan hatiku melonjak2 nak ke japan niiiiiii!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pergi! sangat berbaloi! pergi lama-lama boleh cover lagi banyak tempat sebab jepun sangat banyak tempat menarik, bukan osaka and kyoto sahaja. pastu kumpul duit lebih sikit, sponsor aku skali ke sana.. weeeee!!!

      Delete
    2. haihhhhh!!! byk sgt tmpt nak pegi. acaner niiii? jommmm laaaa.... 2017 bebeh. haha.. alang2 cover Tokyo-Osaka-Kyoto lahhh :D

      Delete
    3. hahahaha kau orang yang 18 ajak aku repeat (tipu). 2017 memang ada hajat nak pergi lagi. jom!!!

      Delete
  2. wah...boleh kurus abis trip japan ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bajet makan untuk ke jepun tak ada. bajet boleh kurus. tapi kawan kawan yang dok sini semua ada banyak makanan and paksa kitorang habiskan! hahah.. memang tidaklah kurus sebab tiap malam makan sedap..

      Delete
  3. japan adala tempat yang berbaloi untuk repeat lagi.. :D

    ReplyDelete
  4. Salam. Arrived at ur page from google :)
    Nak tny, g nishiki market ni, transport apa paling senang eh? Train ke bus ke, and which station. Thanks!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for the late reply.. kami pergi naik train je. tapi kalau duduk area kyoto, memang tempat ni agak dekat dengan station Kawaramachi.

      Delete