Sunday, November 22, 2015

jalan-jalan jepun - kyoto ryoanji, kinkakuji and nijo

assalamualaikum wbt.

jom sambung cerita pasal jepun sebelum kesemua ingatan menjadi samar-samar. hehe. first, aku cerita dulu berapa yen untuk aku habis berbelanja di sana sebab kenalah buat persediaan kira kira dulu. nak tukar duit kan. so untuk ke sana, aku bawak 35,000 yen sahaja. 35,000 memang habis. betul. tak ada baki langsung. okayla, adalah baki 1 yen, 50 yen duit syiling. aku habiskan last 1500 yen aku untuk tumblr yang yatie kirim, dan 500 yen (pinjam kak su 500 yen lagi) untuk makan makanan halal di airport kix. memang sedikit sengkek di situ. tapi aku memang ingat amaun ni sebab sebelum sampai, kami kena isi borang imigresen siap tanya berapa amaun duit yang kita bawak. tapi amaun kat atas tu adalah semua sekali kecuali tempat penginapan. mungkin aku akan cuba tulis nanti bajet untuk travel ke osaka-kyoto versi aku.

seribu yen
kami rancang untuk jalan jalan ke kyoto selama 3 hari menggunakan kansai through pass (sebab boleh guna tiga hari sahaja) dan jalan-jalan osaka selama 2 hari (guna osaka amazing pass). satu hari tanpa pass sebab nak pergi USJ, dan sehari lagi kami nak kena ke Osaka University sebab ada talk di situ.

basically plan kami:

day 1: arrive, kyoto - ryoanji, ninnaji, kinkakuji, nijo castle
day 2: USJ
day 3: kyoto - ginkakuji, philosophers path, yasaka shrine (maruyama park), Gion, fushimi inari
day 4: kyoto - arashiyama, nishiki market, kyoto tower
day 5: Osaka - tsutenkaku tower, tennoji zoo, dotonbori, hep5 ferris wheel
day 6: Osaka - osaka castle, nagai botanical garden, tempozan giant ferris wheel

kalau nak jalan-jalan kyoto, aku suka tengok website ni, korang boleh pilih tempat mana yang korang nak pergi dan rancang itinerary korang. untuk osaka, aku mintak kak su yang plan.


ok jom mulakan perjalanan!

flight kami pukul 1.30 pagi hari khamis. kami sampai di Kansai international airport atau KIX pukul 9.30 am waktu tempatan. sebab tak ada luggage, boleh terus keluar, imigresen pun alhamdulillah tak lama. nerves mula menguasai diri, kami kena survive untuk 7 hari berikutnya!

memang tepat 9.30 am di Kansai International Airport
lepas keluar dari imigresen and setel everything, kami keluar, terus menuju ke tourist information counter. keluar je dari south gate, sebelah kanan, ada tulisan 'i' besar kat situ. kami dah rancang awal-awal untuk ambil dua pass, Kansai through pass (5200 yen) dan Osaka amazing pass (3000 yen). boleh beli kat situ sahaja dan kita akan diminta passport dan isi sedikit borang. kami dapat peta, informasi dan kupon diskaun. sebab kami nak ke area kyoto terus, kami rehat kejap dan stadi peta, and bergerak ke toilet untuk membersihkan diri.

kami ke tingkat 3 untuk ambil train nankai line ke namba. kalau tak tahu, boleh tanya je orang yang kat kaunter, mereka sedia membantu.

masing masing dengan beg masing masing dari airport
untuk rujukan kat sini, pass kansai through tu aku amek train yang entrance nya sebelah kanan (dari entrance station). naik train menuju ke Namba, which is the last station dari KIX. aku agak nervous jugak sebenarnya, tak berani nak tidur sebab takut terlajak. tapi mujur ada seorang aunty jepun ni, masuk, duduk sebelah aku. tak lama lepas tu aunty tu tegur,

"where you come from?"

"malaysia"

"aaaaaa, maraysiaaaa.."

aunty tu sangat peramah sampai dia macam frust sebab dia nak bersembang, tapi dia keep on cakap, "communication, communication". frust sebab tak boleh nak bersembang. comel tau. aku pulak keep on cakap, "its okay, its okay". lepas tu aunty tu keep on cakap jepun dengan aku sambil aku reply hait, hait. rasa homey sangat! haha. sempat tanya aunty tu nama apa, duduk mana, pergi mana.. aunty tu siap ajar aku macam mana nak sebut duit jepun. "sei yen" untuk 1000 yen dan nilai nilai lain sambil sebut "you study, study" sambil gelak-gelak.. sweet sangat tau. baru sampai jepun je dah rasa welcoming. haha..

sebab aunty tu pun nak pergi namba, aku pun lega boleh follow turun dengan dia. sampai namba, aku sempat cakap,

"arigato gozaimasssss, sayonara!" asah asah skill bahasa jepun sikit walaupun itu je perkataan yang aku tahu..

sampai namba, kami letak beg di locker yang disediakan. memang banyak sangat locker, sediakan wang kecik. memang ada tempat tukar syiling kat situ. harga untuk sederhana besar, 600 yen dan nilai tu boleh letak sampai malam . memang muat masuk beg kami berdua. aku tangkap gambar kedai kat depan tu sebagai peringatan sebab both kami ni agak blur. hehe.

locker yang disediakan hanya 600 yen untuk sehari
sambil tunggu train
jadi bermulalah perjalanan kami ke kyoto!

untuk hari tu, kami target Ryoanji, Kinkakuji, Ninnaji dan Nijo castle. so, kami ke area Kinkakuji dulu. Ryoanji, Kinkakuji dan Ninnaji hanya berdekatan to each other so boleh pergi sekali harung terus.

dari Namba station (Sakaisuji line) stop di Awaji station (Hankyu-Kyoto line) stop di Saiin station. Keluar dari Saiin station, belok kanan, terus sampai jumpa Sai station (sebenarnya sejenis trem). Stop di Ryoanji station (kena tukar trem bila sampai katabiranotsuji station ke arah ryoanji station).

trem yang aku maksudkan kat atas ni officially adalah trem kesukaan aku di Kyoto! stationnya diperbuat dari kayu, sangat unik, dan trem pun trem kayu tau! masa nak kena tukar train tu, mujur ada sorang wanita ni tolong kami suruh kami turun dah tukar train. bila sampai di katabiranotsuji station tu, aku siap turun nak keluar station sebab ingat ada jambatan untuk ke seberang, rupanya lintas je landasan trem tu. nasib baik pakcik jaga kaunter kat situ tahan kami, suruh kami lintas. aku mula dah gelak-gelak dah sebab tak terfikir langsung nak lintas landasan trem tu.

sempoi je station saii
trem antik di station pertukaran
untuk sampai ke ryoanji tu kena jalan agak jauh sikit. tapi ada signboard so kami tak sesat. boleh lalu rumah-rumah orang, kedai-kedai dan enjoy udara sejuk. seronoknya!

jalan jalan menuju ke Ryoanji
Ryoanji, Kinkakuji dan Ninnaji hanya berdekatan to each other, boleh naik bas untuk satu tempat ke satu tempat. kami tak sempat pergi ninnaji sebab kesuntukan masa, kebanyakan tempat tutup pukul 5, dan maghrib adalah pukul 5.30 pm lebih kurang. tapi untuk Nijo castle agak ke tengah kyoto sikit, tapi still kami naik bas cuma agak jauh. jangan risau, untuk tempat tumpuan pelancong, bas ada mention nama dan skrin dalam bahasa Inggeris. kalau terlajak, pemandu bas yang hensem dan segak bergaya sedia membantu. :D untuk jalan-jalan kyoto dengan menggunakan Kansai through pass, naik bas adalah berbaloi. jadi, kena ada peta bas, nombor bas, dan tahu station bas mana nak naik. Kansai through boleh cover kebanyakan bas yang lalu kat area kyoto.

pintu masuk ke ryoanji
ryoanji - a temple with sacred rocks
taman yang terdapat di sekitar ryoanji. yang terjuntai persimmon atau pisang kaki. memang sangat banyak kat sekitar sini
kinkakuji - the golden temple
kami agak lost bila nak ke nijo castle, sebab satu- agak jauh dari kinkakuji (lebih kurang 23 minit naik bas), dua - aku macam salah tulis nombor bas kat dalam iternerary aku. huaaaaaaaa! ala-ala nak nangis dan give up lah jugak sebab dah mula penat (padahal baru jalan dua tempat). last-last aku guna skill bahasa jepun aku tanya pada pakcik yang tengah jaga laluan lalu lintas.

"sumimasen, basu, basu.." bajet bajet aku sebut bas slang jepun, boleh?

pakcik tu pun melayan je sambil cakap-cakap jepun tunjuk terus dan tunjuk kanan.

kesian pakcik tu tau aku kacau dia kerja. sampai kereta terberhenti sebab aku tengah tanya soalan. aku serba salah sangat walau tak berapa paham, aku buat-buat paham sambil ucapkan arigato gozaimas dan berlalu pergi ke arah yang pakcik tu tunjuk. sweetnyaaaaaa orang-orang jepun ni! nak nangis rasa.

nasib baik tekaan aku betul, kami jumpa stesen bas yang kami nak tuju. kami sampai ke nijo castle pun dah nak tutup.. kami sempat jalan dalam Nijo castle tu sendiri. untuk aku, aku memang sangat suka sebab kalau korang tengok cerita the last samurai, memang korang dapat feel-feel istana tu. tempat berkumpul, tempat meeting and tumpukan perhatian pada dinding dalam istana, sangat-sangat-sangat cantik!

Nijo castle pun ada taman yang cantik. nijo castle tutup pukul 4, tapi kawasan taman tutup pada pukul 5. sejam jalan pun rasa tak puas. so bagi aku memang seronok jalan sini.

nijo castle yang cantika
kertas doa yang dijual
jalan jalan di sekitar taman
taman yang cantik
lepas keluar nijo castle, blur lagi. sebab macam aku mention kat atas tu, aku punye plan untuk bas adalah salah. tapi sebenarnya boleh je naik bas dari bus stop seberang nijo castle untuk ke kyoto station. dari kyoto station, kami naik train ke Namba station untuk kutip beg kami. siap lalu Nara! tapi tak singgah Nara bagi makan rusa pun sebab memang rancangannya untuk cover hanya dua tempat sahaja. tu la cons nya kalau pakai kansai through sebab tak boleh naik jr line. jr line cover untuk perjalanan jauh, memang boleh cepat sampai. kami penat sebab naik train biasa je, tapi boleh cuci mata tengok jejaka-jejaka jepun balik kerja pakai smart-smart naik train. hehe.

kami berjanji dengan kawan, su and shu yang duduk di osaka pukul 8pm di station senrichuo. lepas kutip beg di namba station (perjalanan dari kyoto station ke namba station osaka lebih kurang sejam setengah) kami ke senrichuo station melalui Midosuji line. sampai station blur lagi sebab budak budak tu kata kat situ ada wifi. puas cari merata-rata tak jumpa. last-last kami cari stesen bas, dan kat situ lah kami jumpa su and shu! nasib baik senang cari. Ya Allah dah hampir give up tau. rupanya ada certain tempat je yang ada wifi. nasib baik su and shu belanja 5 ketul takoyaki besar untuk alas perut. kami beli lagi 12 untuk isi perut kami yang kelaparan dan kepenatan ni. ha nampak sangat kebulur di situ ya.

syurga di jepun - takoyaki
kami berempat naik bas ke imamiya, dan dari bus stop imamiya, kami singgah beli tiket USJ di mesin tiket yang terdapat di Lawson yang sangat glemer di jepun. sampai rumah rasa lega sangat sebab finally boleh berehat!

so next day, is USJ!!!

2 comments:

  1. nampak bersih sangat persekitaran station saii tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini memang bersih.. sangat bersih.. tapi nak jumpa tong sampah memang agak susah juga. so kami buang sampah dalam beg. balik baru buang dalam tong.. hehe

      Delete