Wednesday, November 18, 2015

jalan jalan jepun - kansai and a few initial tips and preparation

assalamualaikum wbt.

guess what, yours truly had a trip in Japan! woot woot!

aku pergi sana adalah keputusan yang gila gila tiba-tiba. i went there with my friend, kak su. Lepas tension-tension dengan kursus ISO selama 4 hari (isnin-khamis), jumaat besoknya, aku and kak su beli tiket flight ke kansai untuk penerbangan hari rabu minggu berikutnya!

the thing is that we have friends there who stay in Osaka for 2 months doing attachment in Osaka U, and this month (read: november) is their final month. so nak taknak, kita kena terjah before november ends! and we have lots of meetings, courses and labworks in November, and 29/10 - 5/11 are the only days that we can go for Kansai. Last minute ticket price for Air Asia, RM900 plus returned flat rate per person. ok lah tu untuk last minute booking. we didn't bring any luggage, just backpack, and tak book seat, and tak order makanan dalam kapal terbang, and tak ambil insuran. punyalah nak jimat.

and yes, because we want to have free accommodation and free food, kami main terjah ke Kansai like RIGHT NOW.

for things to bring, kebanyakannya aku refer pada blogpost lama aku mengenai percutian ku di korea dan ia lebih kurang sama je. boleh rujuk sini. tapi untuk trip ini, sebab kami tak bawa luggage, aku senaraikan je lah benda extra/kurang yang aku bawak kat sini;

1. baju sejuk
macam biasa, sebab bila google, suhu kat sana lebih kurang 20 deg C siang, 14 deg C malam. nak senang, kalau memang merancang pergi jepun and tak sure what kind of attire should you bring, pergi je uniqlo. memang dia jual baju mengikut musim kat sana. untuk aku, aku beli baju sejuk aku kat uniqlo klia2, memang exactly sebelum aku bertolak ke sana. betapa last minutenya aku. the rest, aku bawak t-shirt lengan panjang (which aku pakai dua lapis masa berjalan kat sana) and seluar, baju tidur semua, standard toiletries yang mini pack (sebab tak bawak luggage), tissue, tissue basah, tuala kecik, seluar kecik, baju kecik, socks, socks, socks.

*and pakaian uniqlo kat sana memang sedikit murah dan kedainya bersepah.

2. kasut yang sangat sangat sangat selesa.
aku ulang perkataan sangat tu 3 kali sebab adalah sangat penting untuk pakai kasut yang sangat selesa. compare to korea, aku rasa aku berjalan sangat banyak di jepun. SANGAT banyak, no kidding. jadi, kasut kenalah sangat selesa. kaki aku melecet start hari ke 6 (nasib baik hari ke 6 dah nak balik dah). bergantung kepada ketahanan kaki jugak. make sure socks pon selesa.

3. krim mustajab
atau balm yang berangin-angin tu lah senang cerita. masa kat korea, aku tak pakai pun bila aku bawak krim mustajab tu. so bajet tak sakit kakilah bila kat jepun. tak ada maknanya! memang benda ni sangat diperlukan di waktu kaki lenguh. tapi untuk aku, balik mandi dengan air panas, pastu tido, kaki pun okay.

4. payung kecik
aku tak pasti benda ni necessary ke tidak. mungkin kat guesthouse ada disediakan payung (kena google sebab kat korea, guesthouse ada sediakan payung). sebab aku duduk rumah sewa kawan, mereka yang sediakan payung untuk kami, sebab ada satu hari yang hujan. aku tak suggest baju hujan/poncho sebab kalau naik public transport atau masuk kedai, sangatlah comotnya kalau nak simpan bungkus balik baju hujan tersebut (mungkin ada taktik lain tak tahulah aku). sebab orang jepun pakai payung sahaja. kalau masuk kedai, akan ada plastik untuk kita bungkus payung. kalau masuk public transport, kami bungkus je payung (payung kecik yang lipat tu) and letak dalam beg. tak comot, lantai tak basah, everyone is happy.

note: musim luruh, kebarangkalian untuk hujan adalah sedikit tinggi, espcially puncak musim luruh - mid nov-december.

5. coklat
perut korang tahan tak makan coklat? sepanjang perjalanan kami ke sana, kami survived dengan snickers. memang kenyang. energy bar pon okay. aku suggest kalau perut jenis tahan makan coklat, bawak jelah ke mana-mana, dan jenis pack kecik-kecik. boleh jimat sebab tak payah susah susah nak cari makanan halal kat sana. walaupun sekarang dah banyak spot makanan halal/restoran halal kat sana, still boleh cecah 1000 yen untuk satu hidangan (rate: 1000 yen = RM36). tapi kalau jenis perut tak tahan nak makan nasi, boleh je beli onigiri kat kedai Lawson, Family mart, atau seven E dengan harga lebih kurang 100 yen sahaja (RM3.60).

6. Apps dalam telefon
boleh je nak download bila dah sampai kat sana. tapi persediaan awal haruslah dibuat walaupun trip aku ni kira terjah habis. aku download apps muslim pro (automatic update bila phone aku connected to kansai airport so boleh estimate waktu solat) which is sangat berguna sebab ada tunjuk arah kiblat lagi, map bas, map kansai, whatever map yang dirasakan perlu, walaupun untuk aku, map atas kertas jugak yang best, boleh kutip kat tourist information counter kat kansai airport.

7. paling penting - itinerary!!!!!!!!!!!
nampak tak tanda seru kat situ? bagi aku, itinerary adalah super penting. tak boleh main terjah sangat sebab transportation kat sini adalah sangat mahal! adalah sangat penting untuk tahu kat mana arah untuk ditujui, sebab kat sini banyak sangat pass yang boleh dibeli. at first aku tahap migraine bila study public transport dia. sangat complicated! tapi bak kata ramai orang yang pernah pergi sana, once dah sampai sana, pandai lah.. tapi untuk dapatkan penjimatan maksimum, memang kena study pass-pass yang mereka sediakan terutama sekali untuk tourist macam kita ni. dan pass-pass tu jugak bergantung kepada kawasan mana nak pergi. macam aku, sebab aku memang nak cover kyoto dan osaka sahaja, aku beli kansai through pass untuk 3 hari dan osaka amazing pass untuk 2 hari. bab bab pass ni nanti aku share kat post lain kot.




bye!

*dah 2 minggu rindu kansai tak habis-habis.

4 comments:

  1. bestnyeee.... share gambar! x dapat pi, dapat baca pengalaman org pon jadik la... ehehhehe

    ReplyDelete
  2. jgn lupeeeeee share psl passs heheheehehe *maksud mendalam ni*

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay eidaaa! last entry akan share! *dapat hidu maksud, lol!

      Delete