Tuesday, September 22, 2015

miawmi

assalamualaikum wbt. 

we have a baby now! okay sebelum apa-apa spekulasi, mari aku revealkan.. this is our baby now! hurrah!

tengok tajuk pun dah tau. it's a kitten. and he totally change our lives, laki bini. 

and i am thankful enough that azmi loves cats too, asalkan dia tak payah mengemas. 

i sweep the floor everyday. 

kemas rumah, almost everyday - which is quite rare. 

and this little fella makes us very happy. 

i mean makhluk Allah yang sekecik ni pun boleh buat kami happy. 

and i am thankful for that. 

kisahnya, aku and azmi kat rumah azmilia dah nak masuk kereta nak pergi makan kat IOI putrajaya. and i heard a very loud meow. aku cari-cari kot tersangkut dalam longkang ke - terjumpa kat akar pokok, tersangkut kat situ. dahlah kecik. sekor-sekor dia pulak tu. it is a big decision actually sebab boleh ke kami commit kalau aku bawak balik rumah budak ni? kalau aku tinggal atas jalan nanti dia lari kena langgar kereta pulak. 

so we decided to adopt him. 





dulu kurus je, sekarang dah gemuk sikit. in fact, semakin panjang. padahal baru sebulan lebih. setiap kali tidur, dia join sekali. bangun tidur bila tengok dia tidur lagi, aku pun join sekali tidur balik. pernah je tinggalkan dia satu malam pergi Ipoh, masih survive - kucing tu lah.. ni nak balik kampung ni agak pening nak hangkut dia sekali ke tak? aku takut aku je yang rindu nanti. haha. 

so there. dah sayang dia macam gila dah ni. and we are very happy since he came into our lives. bukan selama ni tak happy, tapi you know its a big commitment tau nak bela kucing ni. selalu mak aku yang menjaga masa aku bujang dulu. :)

ok that's all.

ps: kalau korang ada kucing, nama kucing korang apa?

Saturday, September 5, 2015

weekend getaway - ipoh

assalamualaikum wbt.

last two weeks, husband ada kerja di ipoh. so i tagged along sebab dia pun pergi sabtu balik ahad. one thing about ipoh yang teringin sangat nak pergi adalah hotel M boutique yang orang kata cantik tu. lagi pun macam ada banyak tempat menarik je. hmm... mari kita terjah..

aku book M-boutique kat seksyen 18 ipoh. sebelah je dengan jusco. nak makan pon senang. tapi M-boutique bandar ipoh pon okay jugak sebab ada old town kat bawah tu. kira senang makanlah tak payah pergi jauh jauh.

interior dia memang marvellous. cantik! kalau lah rumah aku begitu, alangkah bahagianya (cuma mungkin tak berapa bahagia kalau ada banyak habuk, i tak mampu nak kemas...)


sebelum masuk pun rasa macam waaaaaaah... pintu sapelah dirembatnye tu. 


lantai kayu menuju ke bilik


tempat kerja


hanger pun memberi kata kata pujian tau..

lantai bilik air pun cantik

semuanya best lah bagi aku untuk hotel ni. ade sekali tu (dua kali duduk sini) aircond rosak which aku igt memang bilik tu panas ke ape, immediately kitorang dapat tukar bilik..

bandar ipoh is not bad at all.. haruslah, semua bandar mesti ada perkara yang menarik untuk diteroka terutama sekali sejak ernest zacharevic menghasilkan street art di bandar ipoh. last time aku ada juga post pasal ipoh yang macam tak ada apa-apa untuk di explore - i'm so sorry orang ipoh, bandar ipoh memang best. just like Georgetown penang jugak..

so that day, kami buat misi mencari lukisan dari ernest zacharevic. ada tujuh biji mutiara naga semuanya - okay tipu, ada tujuh lukisan semuanya.. 

source, google image

and we found all! lencun jugaklah ketiak mencarinya sebab tengahari pulak tu. tapi bearable lah..







lepas cari ketujuh-tujuhnya, jom pekena ais kepal pula! actually, kebetulan je jumpa tempat ni. tahu kewujudan sekeping kong heng, rupanya tempat nilah sekeping kongheng! haha. every weekend akan ada small bazaar yang jual macam macam handmade stuffs. 

sedap gila bila time panas

kedai jual ais kepal

and kedai jual handmade keychain!

di sekitar bandar ipoh, sangat banyak bangunan lama-lama yang cantik. cafe-cafe cool and hipster pun banyak. maklumlah cafe hipster tengah in sekarang. boleh lah nak datang fefeeling minum kopi semua. 

salah satu cafe cool yang ada

bangunan lama yang cantik

kat sini je ada concubine lane ye. 

and the famous marilyn

we also went to Yasminatkongheng di mana semua kata-kata arwah yasmin ahmad, kebaya and other of her stuffs (gambar) ada kat situ. tempat tu kecil, tapi ada satu tv yang sedang menayangkan iklan-iklan dari yasmin dan cerita dari beliau. at that time, it was during merdeka month, so kami layan iklan-iklan merdeka yang pernah dihasilkan oleh yasmin. memang nostalgic.  

me,atyasminatkongheng

itu sahajalah untuk kali ini. will come to ipoh again, mungkin boleh buat cafe hunting pula. 

ps: sekarang tengah musim gawat kan? nak release tension dalam malaysia pun masih boleh. :)