Friday, May 29, 2015

good luck!

assalamualaikum wbt.

aku tengah cuba untuk mempositifkan diri ni.. habis semua orang aku kacau kasi cerita criti tentnag masalah aku. pendekatan aku bila nak buat kerja ni, kenalah cerita tentnag masalah sendiri mana tau member ada penyelesaian.. 50% memberi hasil jugak.

post ni of course lah cerita pasal hal lab lagi. aku hampir-hampir nak msg supervisor nak bgtau aku stress. aku perlukan rehat setahun.. oh my i wish.. tapi bila fikir balik, aku ni malas nak ngengada sebenarnya. masalah aku, biar aku setel sendiri. walaupun lambat, aku tabahkan juga untuk setelkan sendiri. walaupun bengap, masih nak setelkan sendiri.

one thing about supervisor yang aku dah lama tanam dalam kepala hotak aku is; supervisor tak tahu semua. yang dia tahu, progress, progress, progress.. dia nak result, so that dia boleh publish paper, so that boleh upkan sikit markah kpi.

aku tak salahkan dia pun. biasalah tu supervisor. dia kena expand research dia tak ke satu arah je. kalau tak dah lama dia jadi student. supervisor lama aku pon macam tu. memang sebijik. 95% aku survive sendiri. bila aku kata nak balik dan tulis thesis, dia kata okay je. padahal bukan banyak mana pun isi dalam tu. tapi alhamdulillah viva aku lepas dengan minor correction. kalau nak ikutkan, bila tengok balik segala result mak nenek yang aku buat tu, alahai banyak rupanya.

so, itulah pengharapan aku bila aku sambung belajar lagi ni. cuma, aku tak sangka, perjalanan tu memang susah gila. aku kena learn the hard way. tapi dalam stress stress macam ni, dan susah-susah macam ni, aku sanagt bersyukur. sebab aku spesies malas. bayangkan kalau semua benda menjadi macam tu je, mesti aku tatktau ape ape, main bantai je buat lab. tiba-tiba eh dah grad..

bila dah grad, ada student, ada orang tanya semua aku tatau sebab selama ni aku buat okay je. and aku tak dapat nak troubleshoot anything.

so tu sebab makcik redha je. kadang-kadang bagus jugak aku buat master tak susah mana (padahal susahnya boleh tahan...) supaya aku tak serik nak sambung lagi. kali ni bila study rasa susah gila gila gila punya, memang tobatlah aku taknak sambung lagi. nasib baik lepas ni dah tak ada sambungan dah..

well that's life lah kan..kehidupan itukan sejenis pembelajaran. think positive.

good luck pada diri sendiri..

update: tiba-tiba supervisor msg - any progress/updates? hahahahahahahadoiiilaah!

6 comments:

  1. good luck bebeh!!! chaiyokkkkk jue-A!!!!

    ReplyDelete
  2. stay strong zura, perjalanan phd mmg susah, tapi banyak pengajaran and it is part of character building :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, true st. tapi memang sedih pedih menderita semua ada ni. hopefully i can grad as soon as possible, itu je harapan yang membuku sekarang ni..

      Delete
  3. Assalam zura,
    teringat time2 dedolu masa smabung blajor
    ghaser macam ada batu busat ateh bahu hoooiiiii
    dok usung la merata
    cotik ka, ghayer ka, jenjalan ka, tengok wayang ka he3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaannn. selagi tak habeh, selagi tu laaaah dok usung merata batu tu.. huhuuu...

      Delete