Saturday, April 18, 2015

misi berspa, berwondermilk dan bersolundu

assalamualaikum wbt.

last week, macam biasa aktiviti girls-girls ni berterusan lagi. hari tu tiga ketul je bercuti ke Grand Lexis. pastu lepak bangi Ina takde. this time, semua ada! bestnyeeeew...

Ina nak kawen dah, dalam cakap-cakap hal kawen ina ni, of course lah bakal pengantin kena berspa-spa ye tak. so tak semena-mena, azmilia jumpa groupon deal untuk spa di tirta spa, Seri Pacific Hotel. puas aku fikir celah mana hotel tu. e'eneeeen.. depan PWTC je. cheh, penat teka. haha.

the deal is good. kami bayar rm80 untuk berspa di hotel. memang spa parti kami semua yang bebujangs and bajet bujangs ni. spa kat sini memang bestlah. urut-lulur-flower bath- foot soak sikit. okay sangatlah tu. tambah dengan bfftj of course seronok..

kena minum teh halia, mestilah tak sedap bagi aku. 

itu jelah gambar aku boleh bagi. takkan nak bagi gambar urut-urut, tak relakslah main henfon berspa (tapi i terjah je tangkap gambar itu ini untuk simpanan peribadi. cewah.). 

so lepas relaks-relaks, kami terjah ke publika. budak-budak ni selalu je bakar kitorang yang naive tak pernah pergi publika ni dengan salon du chocolate. tapi takkan makan tu je. so kami pun decide nak makan berat kat wondermilk dulu. 

the five of us.

reminisce sangat cerita-cerita zaman sekolah sambil makan-makan. hal teluk batik 1998 and hal penang 1999 pun up sekali. 200 kali ulang pun tak jemu. and suzy up balik cerita kami menari lagu N'Sync kat dalam chalet beramai-ramai? OMG aku memang tak ingat. wish to remember all of that memories tapi i dah tua semua benda nak lupa. haih.. 

cupcakes! the chocolate one is mine and its supergooood....

my aglio olio. tapi aglio olio rocana hotel masih lagi tak dapat celen.. hehe

at first order expresso, nampak kopi beruang, terus tukar order. sedap!

last sekali kasi belanja gambar solundu (kami panggil solundu je senang). kalau dah kenyang memang tak logik lah nak enjoy sangat kan. tapi sedap memang sedap. next time boleh datang dengan perut kosong. hoi sedap gile waffle ni hoi!

kongsi 4 orang. sekarang tengah lapar. tengok ni terus jadi lapaaaaaaar gilaaaaaa!!!

sekarang ni, bila rasa spa-spa bebujangs ni best, mulalah nak merancang ber-spa lagi lepas ni. banyak rancangan, tapi susah betul nak cari time free untuk realisasikan. but still, looking forward to see you girls again!! kalau nak terjah tetiba-tetiba pon terbaik gak. 

overall, i love you perempuan-perempuan ku!

8 comments:

  1. Girlfriends time mmg awesome! N'sync was awsome too! I still have their songs in my car... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaann... girlfriend time memang best best. hilang tensi.. and i have N-Sync songs in my car to! BSB pun hade ye. bila rasa ngeng sikit, boleh lah dengar. can't imagine kalau generasi sekarang dengar lagu lagu ni mesti macam 'apehal makcik ni layang lagu lama' huhu..

      Delete
  2. jue-a, ginger tea adalah favourite aku bila berspa!!!! tapi slalu cawan kecik je. x cukup. hahahaha

    see!!! korang kena belanja aku salondu ni sbb aku yg promote k. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak suke ginger tea. mane ade orang minum air pedas weh.. air manis lah sedap.. kekekeke

      of course besah. kalau nak aku belanja sekali boleh jee... banyak kali takleh lah kopak aku.. :P

      Delete
  3. hahahaha.. ginger tea best sbb boleh buang angin dlm bdn.. feveretttt weh!

    ok.. nnt ajak mimi.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Assalam zura,
    haah laaaaaaaa
    iols ni tengah lapor ni
    nengok gambor last tu kecur ayor lior hokeyh :P

    ReplyDelete