Friday, April 10, 2015

kalau pi penang mai pekena char kway tiaw!

assalamualaikum wbt.

lama chek tak bersiaran.

minggu lepas, aku demam teruk. rancangan nak pergi melaka tak menjadi. sedih betul. tapi hari rabu minggu lepas aku ditugaskan untuk jaga booth di karnival science4u. first time join benda benda macam ni, rasa seronok juiga walaupun suara serak serak basah macam ella. bila explain rasa penat tapi gagahkan jua.. not bad for a first timer.

sementelaah dah bekerja tu, malamnya kami jalan-jalan. misi utama, seafood tanjung dawai. tujuan utama adalah nak ke ladang lebah kelulut merbok di lembah bujang. alang-alang tu pergilah terus beli belacan dan ikan bilisdi tanjung dawai. dah sampai situ haruslah rasa seafoodnya.

merbok tu kampung aku so aku lah jadi tourguide kejap masa tu. nasib baik depa semua kata seafood tu sedap. i pun yang sakit ni pun lalu jugak makan. lamanya takmakan seafood.

sebab terlalu taksub sangat makan seafood maka gambar pun tak ada. tapi kalau dah sampai sungai petani tu, exit sahaja sungai petani utara (sungai petani ada dua exit ye - kalau dari kl tu exit yang kedua) ikut shaja signboard ke lembah bujang, akan lalu semeling dan sungai merbok. dari lembah bujang tu terus je sampai nampak kedai jual banyak makanan hasil laut. selalu aku beli kat situ sedap sikit berbanding yang betul betul kat tanjung dawai tu. ke depan sikit boleh jumpa kedai seafood. kalau pergi petang sebelum matahari terbenam memang cantiklah. nampai laut. ni aku ambil angle bertentang laut. kampung, laut dan pokok kelapa haruslah tak dapat dipisahkan.



itu untuk hari pertama. hari kedua pulak lepas habis jaga booth, sengaja nak cari makanan sedap sekitar penang. aku teringat azmilia cakap char kwe tiaw sungai dua terbaik. aku google-google akhirnya jumpa tempatnya. memang senang cari. sebab kami dari utara, kami exit tol sungai dua, belok ke kiri. ada banyak kedaimakan kat situ, dan satu kedai char kway tiaw telur basuh (trademark dia) di belah kiri. char kway tiaw dia memang terbaaaaaaaiikk.. padahal setiap kali balik kampung setiap kali tu lalu. rasa menyesal pulak tak try dulu. la ni dah tau, boleh terjah selalu. kalau pergi waktu petang tak ramai orang, cepat dapat. bukak dalam pukul 5.30 tak salah. harga sepinggan special macam ni rm6. memang terbaaaaaiiik..



kami sebenarnya duduk di kepala batas. jadi on the way balik tu sebenarnya boleh je lalu jalan dalam. member aku teringin nak tengok matriks penang dia. pakai waze, kami lalu jalan dalam dan singgah depan pintu gerbang matriks penang. first time jugak aku pergi matriks penang ni. aku dulu matriks melaka. matriks pilah pernah pergi masa melawat kawan-kawan kat situ.

lepas member melepas rindu, kami teruja nak cari taman rekreasi pantai kamloon yang memang betul-betul di kepala batas. cari punya cari akhirnya jumpa. memang tricky sikit nak cari tempatnya. tempat simple, tak ramai orang datang. betul-betul tepi highway, berhampiran papan iklan besar. siap tanya penduduk kampung macam mana nak pergi. tempat memang dah tak terjaga sangat. tapi kalau nak enjoy view matahari terbenam memang best. sambil angin-angin sepoi dan ada lembu-lembu meneman.





sebanarnya aku yang konfius, dahlah taman rekreasi, pantai kamloon pulak tu. nampak tak tak synchronize kat situ? jadi untuk menyahkan kemusykilan kami, tu yang smapai sini. sebenarnya kampung tu yang nama pantai kamloon. tapi sebenarnya ia berada di sungai muda. aku pun tak tau mana datang nama pantai tu. tapi view memang cantik.

hari ketiga, sekerat hari, kami pekena laksa kat rnr je. cari kedai laksa tak jumpa. budak-budak ni tanya aku mana nak cari laksa, aku cakap orang utara ni, kalau nak makan laksa buat sendiri je. kan? logik kan? memang aku tak pernah cari kedai laksa kalau balik kampung. eh kejap, ada kat sebelah kampung aku. tapi takkan nak patah balik ke merbok kan.

jadi itu sahajalah perjalanan pendek aku ke utara. syiok woi dok terbayang seafood and char kway tiaw best tu. kalau hangpa pi sana, jangan lupa pi sungai dua naaaaaa....

3 comments:

  1. Assalam zura,
    iols pun bekaih KMPP jugkas
    1st batch
    iols la yang memola teroka KMPP tu hokeyh
    tido lapik plastik jer malam pertama tau3 :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. saya batch ketiga kmm. kira kmpp kmm n kmkp tu senior matriks le.. masa saya semua dah lengkap dah..

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak cari job untuk jaga booth ye. Terima kasih

    ReplyDelete