Sunday, March 22, 2015

kongsi dua ketul gambar makan

assalamualaikum wbt.

short post je sebab pergi short trip. baru balik je dari bandar kuantan. ikut suami outstation sebab ada perlawanan bola kat situ semalam.

yang sedihnya tak dapat nak jalan jalan bandar kuantan sangat sebab azmi tak sihat. nak naik cruise pun tak dapat sebab tanya-tanya orang, kena beli tiket kat gambang. amboi jauh betul nak beli tiketnya, last-last tak jadi. huhu..

but bandar kuantan, insyaAllah akan datang lagi bila bila. bukannya jauh sangat pun kan.. nak pergi makan seafood di tanjung lumpur, nak pergi berpantai di cherating, dan bersuka-ria di Gambang waterpark.

so few things yang best kat kuantan walaupun hanya short-short trip adalah ini;

OMG everything goreng tepung ya'll!

terletak di sepanjang jalan kampung tanjung lumpur, kalau kat bandar kuantan tu, memang boleh je ikut signboard confirm tak sesat insyaaAllah. ini jelah yang sempat terjah sebab malam tu azmi ada kerja. kat situ jugak ada banyak tempat makan seafood termasuk ana ikan bakar petai yang ada sebijik di bangi ni. oh one more thing is the keropok lekor, to be honest aku lagi suka keropok lekor kuantan sebab rangup rangup bertepung berbanding keropok terengganu yang sangat berikan tu. so kat sini sempatlah merasa. :D

that night, aku makan di hotel sahaja; spaghetti aglio olio vegetarian menjadi pilihan. sangat sedap! aku rasa kalau nak datang untuk makan aglio olio semata kat hotel ni pon okay sangat sebab sedap!

 
the best aglio olio

the hotel that we stayed is Rocana Hotel, Kuantan. even the morning breakfast is not bad. croissant pun sedap. 

balik dari kuantan, singgah rnr temerloh untuk pekena tempoyak ikan patin, yaAllah sedap sangat!

so short trip kali ni short sangat, which has been fulfilled by food, which i love so much.. 

4 comments:

  1. Hehe dtg pantai timur wajib pekena satar. Tapi satar terengganh sedap gi..

    ReplyDelete
  2. Assalam zura,
    akak pun sooookaaaaaaa kalo JJCM
    memana jer la
    wajib JJCM he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..berbaloi kalau dapat jjcm ni. tapi sayang tak sempat rasa seafood tanjung lumpur.. huhu..

      Delete