Monday, February 9, 2015

short trip - terengganu

assalamualaikum wbt.

baru baru ni pergi kuala terengganu ikut husband. bila dengar nak pergi terengganu, masih berkira kira nak pergi sebab jauh. rupanya highway lpt dah siap ye ok jom pergi sekarang! heh.

kami pilih felda residency sebab antara top hotel di kuala terengganu and dekat dengan pusat bandar. dapat bilik best, menghadap sungai terengganu, nampak masjid besi, nampak kampung cina, nampak jambatan sultan ismail, nampak juga bot bot kecik menyelusuri sungai. amboi best sungguh.

view from the 10th floor
and first day kami kat sana, aku memang merancang dari awal nak round kuala terengganu. tapi sebab masa husband limited, jadi tak pergi pun banyak tempat. cuma satu ni memang aku beria nak pergi sebab nak tengok architecture nya yang cantik!

tempat tu adalah muzium negeri terengganu.

banyak jugaklah yang aku belajar kat sini especially cerita batu bersurat, asal-usul terengganu, hal-hal diraja, tekstil lama which i adore so much sebab aku suka tengok kain zaman dulu dan macam macam lagi. tengok pintu masuk pun tau dah kan muzium ni cantik! macam rumah kayu zaman dulu cuma ianya besar dan buat dari batu *tiba-tiba berangan nak rumah cenggini.

the entrance 

lepas melawat muzium, kami tak pergi pun taman tamadun islam tu sebab dah pergi. jadi jalan-alan sekitar kampung losong, and terus balik ke hotel. sebelum tu singgah dulu kampung cina sebab dekat sangat dah. kampung cina pula dekat dengan pasar payang, boleh jalan kaki saja.

so apa yang ada kat kampung cina?

kampung cina sekarang bahagian belakang yang ke arah sungai tu dah di upgrade dan ditambak untuk tempat parking. plus, ada pokok lampu (macam i-city). masih biasa. tapi yang tak biasa adalah, setiap lorong di kampung cina ada trademark dan hiasannya yang tersendiri.

being me yang suka gila street arts and kalau boleh nak kejar dan tangkap gambar kat semua tempat, haruslah terjah. tapi hanya sebahagian sahaja yang dapat aku pergi sebab panas and masa terhad.



mereka ada lorong penyu atau 'turtle alley' yang ajar/educate kita untuk pulihara/pelihara penyu, lambang negeri terengganu. so memang terbaiklah lorong-lorong macam ni, sempoi je. 


cerita mengenai seorang budak perempuan bernama maya yang bermimpi berjumpa penyu yang sedih sebab keturunannya makin pupus. 

lorong tu kecik ni sahaja, masih boleh beri info yang banyak. 

and of course sepanjang perjalanan ada tingkap tingkap nyonya begini. 

ada few cafes jugak untuk kita lepak-lepak. tapi sebab panas, jadi tak pergi pun. and kalau dengar bunyi bising burung tu, kebanyakan tempat di sini telah diubah suai untuk jadi rumah burung walit. ala, yang birds'nest soup tu. so memang akan selalu dengan bunyi burung. 

the next day, jalan lagi untuk cari tempat canting batik pulak. amboi, tourist sangat nak cantik batik bagai. tapi memang pengalaman bestlah bukan pernah pun canting canting ni. seronok pon ada. 

excited conteng kain

and hasilnya!

oh ya, untuk conteng-conteng batik ni, haruslah ada di noor arfa craft centre di kuala ibai, dekat je dengan masjid terapung tu. dan satu kain ni hanya rm10. kalau warna 10 orang, still rm10 kot sebab aku warna dengan husband, still rm10 jugak. 

lepas tu, kami pun balik ke kuala lumpur semula.

last, kalau lalu bandar kemamang, boleh singgah kedai kopi haipeng. kopi dan roti bakar dia memang terbaik!

6 comments:

  1. banyak tempat menarik dalam malaysia rupanya kan... kita je x abis terjah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu! memang kena terjah satu satu. tu tak termasuk sabah sarawak lagi tu..

      Delete
  2. Assalam zura,
    salam perkenalan yer :)
    waaaaaaaaaaaaaa...memang akak dah lama teringin dak menconteng...eh mencanting batik he3
    ingatkan mahai....okla kalo rm10 hengget boleh kongsi2 kan2 he3
    pa pun kalos sudi jemputla singgah & join blog akak jugak yer

    ReplyDelete
  3. boleh je kongsi kongsi buat merasa. tapi kalau nak seronok extra, sorang satu pon masih boleh sebab kecik je.

    terima kasih menyinggah sini. :)

    ReplyDelete
  4. suka street art eh? Yang kat Shah Alam Seksyen 7 tu mesti dah pergi kan..? ha..nak promote yang baru buka di Ipoh, di Jalan Onn Jaafar kot, macam Seksyen 7 juga tapi Seksyen 7 urban art, yang kat Ipoh baru buka tu historical art.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shah alam seksyen 7 masih belum pergi. ipoh pun nak pergi entah bila entah. tapi kalau pergi ipoh mesti terjah! thanks bnc!

      Delete