Monday, February 23, 2015

grand lexis - bercuti redah ajelah.

assalamualaikum wbt.

yeah tengok tajuk dah tau kan.. last 2 weeks, aku and azmilia and ina, terjah meredah ke grand lexis. lagi. yes. ni kira kali kedua kami datang sini sebab biasalah, ada private pool. this time, aku book bilik SKYPOOL VILLAAA! (kasi jerit sikit)..

dia yang jadi redah dan terjah ni sebab kami lama gila rancang nak pergi singapore tapi tak realisasikan lagi sampai sekarang. semua orang sangat busy so azmilia pon kata, kita terjah je lah ke pd. tempat dekat dan boleh berenang dengan gembiranya. sangat last minute. jumaat petang terus terjah ke pd. aku yang uruskan booking, ina transportation and azmilia food.

aku yang pening sebab nak cari which one is the best. last time, kami ambil garden suite. not bad at all. sangat open, but the pool is still tertutup enough. so okay. this time, aku try cari bilik yang paling tertutup, then skypool villa menjadi pilihan sebab memang tertutup.

that day, kami pon sampai agak lambat, sebab singgah jumpa azza di kuala pilah. terus dapat free consultation. best best.. petang tu bila sampai terus jerit kegembiraan sebab cantiknya hotel ni!!

jerit I

jerit II

ok dah tak jerit dah. 

nampak tak tingkap dua ketul tu? tingkap tu bersambung dengan kitchenette and bilik air. memang best, memang heaven. we spent time talking, gossiping, swimming of course, exercise!

eating is the main agenda that night. 

the breakfast is so-so, i prefer having breakfast outside because it's cheaper. jalan jalan sekitar water chalet, and we just can't got the pool out of our head so kami balik and straight to the private pool. 


posing atas batu jalan warna merah. 

and bila balik, singgah pantai just nak rasa pasir di kaki. pantai saujana is recommended, and we can see lots of people camping, having barbecue and playing kites! ok next time kita berkhelah sini pulak ye!

selfie!

and that's a wrap!

ps: nampaknya pergi pd ni macam bakal jadi acara tahunan je. hihi.
pps: picture credit to azmilia.

Monday, February 9, 2015

short trip - terengganu

assalamualaikum wbt.

baru baru ni pergi kuala terengganu ikut husband. bila dengar nak pergi terengganu, masih berkira kira nak pergi sebab jauh. rupanya highway lpt dah siap ye ok jom pergi sekarang! heh.

kami pilih felda residency sebab antara top hotel di kuala terengganu and dekat dengan pusat bandar. dapat bilik best, menghadap sungai terengganu, nampak masjid besi, nampak kampung cina, nampak jambatan sultan ismail, nampak juga bot bot kecik menyelusuri sungai. amboi best sungguh.

view from the 10th floor
and first day kami kat sana, aku memang merancang dari awal nak round kuala terengganu. tapi sebab masa husband limited, jadi tak pergi pun banyak tempat. cuma satu ni memang aku beria nak pergi sebab nak tengok architecture nya yang cantik!

tempat tu adalah muzium negeri terengganu.

banyak jugaklah yang aku belajar kat sini especially cerita batu bersurat, asal-usul terengganu, hal-hal diraja, tekstil lama which i adore so much sebab aku suka tengok kain zaman dulu dan macam macam lagi. tengok pintu masuk pun tau dah kan muzium ni cantik! macam rumah kayu zaman dulu cuma ianya besar dan buat dari batu *tiba-tiba berangan nak rumah cenggini.

the entrance 

lepas melawat muzium, kami tak pergi pun taman tamadun islam tu sebab dah pergi. jadi jalan-alan sekitar kampung losong, and terus balik ke hotel. sebelum tu singgah dulu kampung cina sebab dekat sangat dah. kampung cina pula dekat dengan pasar payang, boleh jalan kaki saja.

so apa yang ada kat kampung cina?

kampung cina sekarang bahagian belakang yang ke arah sungai tu dah di upgrade dan ditambak untuk tempat parking. plus, ada pokok lampu (macam i-city). masih biasa. tapi yang tak biasa adalah, setiap lorong di kampung cina ada trademark dan hiasannya yang tersendiri.

being me yang suka gila street arts and kalau boleh nak kejar dan tangkap gambar kat semua tempat, haruslah terjah. tapi hanya sebahagian sahaja yang dapat aku pergi sebab panas and masa terhad.



mereka ada lorong penyu atau 'turtle alley' yang ajar/educate kita untuk pulihara/pelihara penyu, lambang negeri terengganu. so memang terbaiklah lorong-lorong macam ni, sempoi je. 


cerita mengenai seorang budak perempuan bernama maya yang bermimpi berjumpa penyu yang sedih sebab keturunannya makin pupus. 

lorong tu kecik ni sahaja, masih boleh beri info yang banyak. 

and of course sepanjang perjalanan ada tingkap tingkap nyonya begini. 

ada few cafes jugak untuk kita lepak-lepak. tapi sebab panas, jadi tak pergi pun. and kalau dengar bunyi bising burung tu, kebanyakan tempat di sini telah diubah suai untuk jadi rumah burung walit. ala, yang birds'nest soup tu. so memang akan selalu dengan bunyi burung. 

the next day, jalan lagi untuk cari tempat canting batik pulak. amboi, tourist sangat nak cantik batik bagai. tapi memang pengalaman bestlah bukan pernah pun canting canting ni. seronok pon ada. 

excited conteng kain

and hasilnya!

oh ya, untuk conteng-conteng batik ni, haruslah ada di noor arfa craft centre di kuala ibai, dekat je dengan masjid terapung tu. dan satu kain ni hanya rm10. kalau warna 10 orang, still rm10 kot sebab aku warna dengan husband, still rm10 jugak. 

lepas tu, kami pun balik ke kuala lumpur semula.

last, kalau lalu bandar kemamang, boleh singgah kedai kopi haipeng. kopi dan roti bakar dia memang terbaik!

Tuesday, February 3, 2015

archery

assalamualaikum wbt.

lagi satu hobi baru dan azam baru.

ini.





and of course dengan gang baru.

lagi pun archery ni sunnah. so why not kita terapkan pada orang tua tua macam aku ni. takpe, masih belum terlambat. lepas ni boleh practice kasi lurus tangan jangan pengko sangat.

oh ye, tapak archery adalah di A Famosa Resort, Malacca.