Monday, January 26, 2015

study yang menggelabah, depres tak tentu hala dan ajl (tetiba)

assalamualaikum wbt.

aku sejak kebelakngan ni memang stress je keje.

rasa tak nak hidup dah la.. rasa nak quit study la.. rasa nak adi kerani la..

sebabnya, sejak kebelakangan ni, aku ingat aku hebat buat lab, tapi sebenarnya tu tipu belaka. orang panggil false positive. rasa maca loser gila.

dan pada masa yang sama aku dah redha sesangat. kalau 10 tahun untuk aku habiskan phd ni, maka 10 tahunlah aku dah tak peduli. biarlah aku kena repeat experiment atau writing bertahun-tahun.

orang sekitar selalu menganggap yang kerja lab ni senang. bagi aku, tak senang. atau mungkin aku anggap kerja aku paling susah dalam dunia. kerja orang lain senang.

aku kena alan dari makmal ke makmal. turun dan naik, lagi teruk kalau terlupa barang. aku kena pegang pippette, mix solution dan buat buffer. aku kena basuh radas sendiri.

pendek kata, aku punya kerja macam buat kerja rumah (basuh baju, gosok baju, basuh pinggan). it is a physical work. bukan duduk sahaja sambil menghadap komputer dan menaip. atau berfikir.

itu hari lain. hari yang tak ada hati nak buat lab. itu lagi pening kepala. nak buat conclusion lagi. nak tulis result. nak fikir mana satu yang aku dah salah buat.

itu aku lah.

aku redha je sekarang. aku tau kerja orang lain sebenarnya lagi susah. aku je yang merungut lebih. tambah pulak sekarang dah pukul 9.20 malam. bila aku nak balik ni?

***

aku depres tak tentu hala aku akan cakap dan fikir macam-macam. bila aku tengok budak sekolah bawak beg, aku kesian kat diorang sebab kecik-kecik dah kena paksa belajar dan menghadapi periksa. aku faham perasaan tu. betapa aku tak suka belajar dan periksa. tapi ape hal pulak yang aku belajar sampai sekarang ni?

banyak kali aku sebut suruh laki aku pindah tempat lain. supaya aku boleh kerja kampung. kerja bela kambing misalnya. atau ayam kampung. aku nak jadi orang kampung. aku rasa orang bandar ni terlalu terkerjar-kejar dan jjadi hamba kerja. especially orang orang yang menghadap jam tu. aku memang kagum gila dengan korang. macam mana korang survive eh?

and ada juga berkali kali aku cakap aku nak migrate. sebab aku rasa negara ni dah tak best. banyak penindasan. harga barang makin naik. nak beli kereta yang selesa kena hutang 5-9 tahun. nak beli rumah lagi lah. nak dapat kehidupan yang sempurna pun susah. jadi ia jadi susah.

patutnya aku kena bersyukur. tapi tengoklah syukur aku sampai mana nanti.

***

ajl dah lama dah lepas. lama sangat. dulu memang suka ajl. anugerah juara lagu 29 hari tu memang aku tengok sebab lama sangat aku tak tengok. orang lain mengamok ngamok lagu apa khabar tu menang. sebagai peminat tegar too phat, korang sebenarnya menghayat tak apa yang si joe flizzow tu rapkan? aku first time dengar pun dah tau tu cerita dia untuk malique, zaman-zaman too phat, zaman-zaman aku sekolah menengah 10-12 tahun dulu. tetiba pulak meroyan ni apahal?

tapi yang pasti malaysia ni banyak sangatlah hiburan. pening kepala aku. kalau tak ajl, gegar vaganza, tak pun maharaja lawak, tak pon akademi fantasia. bersambung sambung dari awal tahun ke hujung tahun. aku rasa memang konspirasi pemuat duit ni nak bagi rakyat malaysia lagha. layan lagu dan hiburan bertingkek-tingkek. kerajaan pulak buat tak tahu je. kaya raya astro dah lah kita bayar tetiap bulan untuk hiburan. bayar untuk merosakkan otak. apa nak jadi ni?

ha kan dah meroyan lagi. dah. aku nak tengok mesin kat bawah aku cerita, and aku nak balik. adios..

4 comments:

  1. zura...nampak nau tgh stress...stay strong dear... banyakkn baca surah al-insyirah, bagi hati lapang... take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for tips sweet tooth. nampak sangat kan? hahahaha... thanks again nanti saya amalkan surah insyirah tu kasi sejuk jiwa...

      Delete
  2. Salam,

    1st time komen sini.. dan salam perkenalan utk zura :)

    Takpe..sesekali luahkan perasaan, okay je. Sy suka baca org bebel2 camni.
    apapun..salute u study smpai PHD. Ai nih..tu ari dah buat master..tapi tak abis pun satu sem. Sbb?
    Sbb utama adalah malas.. haha. pastu fikir lebih baik ai g jejalan serata ceruk sampai puas. Haha.
    Orang pemalas..mmg gitu lah kan.
    Sbb tu ai salute amat orang further study nih. Hikhik

    Apa pun, ai doakan terbaik utk u okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks untuk doa. :) sekarang dah ok sikit dah..

      kalau ada pilihan yang lebih baik, tak buat phd pun takpe. saya sebab tak ada pilihan tu 'terpaksa' jadi kena hadapinya no matter what. telan ajelah.. hehe..

      Delete