Tuesday, December 23, 2014

conference - singapore - best

assalamualaikum wbt.

aku ni sebenarnya tak boleh nak imagine kalau aku dah ada ijazah aku, dan aku akan ada anak-anak buah aku, atau student aku sendiri, aku akan berhenti atau tidak tulis blog.

maklumlah blog tak matang. tak ada gaya supervisa. bayangkan kalau supervisa aku ada blog tak matang macam ni, apalah agaknya pandangan aku terhadap supervisa tersebut? *can't imagine

so post kali ini adalah mengenai trip pendek cum conference di singapore.

untuk pengetahuan semua, ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke singapore. punyelah jakun. padahal, 3 tahun duduk jb, sekali pun tak pernah pergi. ni dah jauh baru nak terhegeh-hegeh kannn...

tambah pulak conference di N.US. dahlah N.US adalah universiti idaman, jadi mahu pergi lihat dan tengok dari dekat adalah sangat membuak-buak. N.US adalah antara 50  universiti terbaik dunia dan bila dapat join conference kat sini agak rasa honored jugaklah.

so, aku bertolak dengan teman-teman, su and fizah ke klia 2, naik flight paling murah harga rm78 tanpa sebarang pertambahan, termasuklah luggage dan tempat duduk. sampai di changi, berusaha untuk merantau dan berkelana cari jalan ke N.US. organizer dah siap siap bagi jalan untuk sampai ke sana.

dan kami kat sana boleh naik bas percuma, dan stay di salah satu hostel kat sana. memang untuk pertama kali datang, dan kena pulak naik bas sendiri sebab kami datang dengan public transport, memang agak sesat di situ. sesat pun dalam N.US dan pusing pusing situ juga. so agak penat, tapi bila sampai bilik, aku okay je.

dan officially, kami memang perasan sangat yang kami ni student N.US sebab tiba-tiba pandai turun naik bas ye. mode perasan: ON.

hostel yang kami duduk pon not bad, pintu guna access card, dan ada water heater shower. and of course, toilet sharelah semua orang. dah nama pon hostel kan.




niat di hati nak pergi conference bukan duduk hotel kan? ok teruskan..

so, nak pergi tempat kejadian pon boleh naik bas sahaja and its free.

tempat makan halal pun ada. so far, keluar dua kali sahaja, first pergi seven E untuk beli bubur nasi segera dan itu lah dinner aku, second makan pizza.

and aku bawak roti dan sambal hijau penyelamat untuk makan di kala lapar. so far hal makan memang tak ada hal.




bagi aku, conference ni memang best sebab half of the contents are related to my study. kira sambil menyelam minum air. as for me, i presented my paper. so present paper orally - checked!

so of course, we have a city tour that last day of the conference. kami decide terus nak balik lepas city tour. city tour, kami jalan-jalan di marina bay, merlion yang famous tu, dan chinatown. lepas tu, kami terus balik, proceed terus ke little india dan aku berpisah dengan su and fizah sebab diorang naik bas terus ke kl, and aku naik bas ke jaybe dulu.

so sikit gambar jalan jalan kami;









dengan gigihnya untuk first timer macam aku naik bas sorang-sorang dari singapore to jb. bertawakal jugaklah aku sebenarnya, sambil google-google nak cari jalan. jadi dari little india tu, aku berpisah dengan budak-budak ni dan straight to Queens street. sebenarnya ada MRT kot kat situ, not sure. but nak pergi together-gether punya pasai, aku sanggup jalan kaki. berbekalkan peta di tangan, aku sampai jugak kat queen street. ada tanya orang sikit dan nasib baik orang sini agak helpful. memang tiba-tiba aku rasa bangga sebab aku boleh baca peta despite of construction sana-sini! 

sampai queen street, terus naik bas kuning causeway link. which tak lama pun tunggu, boleh terus naik dengan harga lebih kurang 3 dollar. and ada few girls yang berbackpack jugak macam aku. so tak adalah rasa awkward sangat. and petang tu, aku sampai jb sentral (instead of Larkin). aku pon tak tahu macam mana aku boleh sampai jb sentral, and i have no idea how to take the bus to larkin. and seriously, jb sangat bertukar dah sekarang. now, dah berapa lama tak pergi jb and jb sentral and cs to be exact? hmm..

so sampai jb, memang nak niat utama nak jumpa diorang ni!!!!

makan kat BigFood

kalau nak tau, oli is one of my best friend masa kat utm dulu, suka duka nangis sedu sedan semua dengan dia lah! and we have our own blog and gang satu bilik masa postgrad dulu. oh how time flies. sedih jugak azma and ina tak dapat join. but its okay. next time perhaps? 

and ini first time dapat jumpa Adni comel! nanti kita jumpa lagi please jangan lupa aunty ye!

so that is all for now. sikit-sikit je cerita pasal singapore ni. as for me, singapore is very clean. i always remember Harith iskander's jokes about malaysian and singaporean. so kena behave. haha! niat di hati nak terjah semua tempat, tapi memang tak sempat sebab nak pergi jb. tapi pasti ada next time. ada banyak tempat kena explore ni sebab dekat. hehe. 

bye. see you in next entry. 

2 comments:

  1. huhuhu...lama gila i x jejak kaki ke singapore nih... nice jugak kan jalan2 sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, hari tu pergi sekejap je, so next time kena pergi lama and explore!

      Delete