Monday, July 21, 2014

salam raya!

assalamualaikum wbt.

lagi seminggu dah nak raya. kejap nye masa berlalu. as usual, aku pasrah menyerah sebab lab masih belum setel. i have a few in mind, lepas raya ada kursus, kalau clash dengan hari laki balik kampung, memang tak balik kampunglah nampaknya tahun ni. wuwuwuwuu..

oh ye, this year memang tak balik kampung untuk raya sebab laki kerja. aku pula insyaaAllah kerja jugaklah hari rabu khamis jumaat tu. sedih? tak lah, sebab rancangannya mak and abah ada lagi kat kl until 1st raya petang tu.

cuma tak adalah kemeriahan raya tu sangat. tapi kita sebagai orang dewasa ni, apelah erti raya tu sangat. sebab saudara mara boleh berjumpa time tak raya jugak. and jimat duit raya, boleh gitu? hahahahaha (gelak jahat). and tahun ni sebab tak beraya sangat, baju raya pun ala kadar je. hari tu ada beli baju kat dina, so itulah baju raya i. ingat nak pakai baju nikah time raya nanti. fefeeling muat lettew. tengok macam mana nanti.

persiapan raya macam kuih raya pun bebiasa je. ada jugak beli kuih sebalang dua. buat kuih sebalang dua. hari tu geng kuih raya buat kuih raya ramai-ramai kat rumah azmilia. memang bestlah walau ngantuk dan banyak askar serender. dapat lah dua tiga balang jugak, alhamdulillah. serius this year kuih raya sikit je. sebab last year memang banyak berlebih. plus, this year, memang aku and laki dah sebat sebalang kuih raya habis dah pun! konsepnya, makan kueh raya fresh lagi best so balun je walaupun tak raya lagi.. hahaha.

dalam kita meriah nak buat persiapan raya tu, jom jom lah kita tingkatkan amal ibadah kita ye! especially nak last-last puasa ni. selalunya, malam 10 terakhirlah kita terbabas. sibuk buat kuih raya, sibuk beli baju raya, sibuk menjahit, sibuk segala selain beribadah. peringatan untuk diri sendiri juga tu. hehe.

itu sahaja untuk kali ni. salam ambang aidilfitri untuk kamu semua. :)

2 comments:

  1. selamat mengejar hari2 akhir ramadhan... selamat hari raya zura :-) maaf zahir batin ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. same to you st! selamat hari raya! :) maaf zahir dan batin...

      Delete