Monday, June 9, 2014

zurazura post korea

assalamualaikum wbt.

oi tak habis lagi cerita pasal korea? lol!

sorrylah aku kena habiskan jugak kalau tak, sampai bila-bila aku tak sambung ni. hehe.

last day di korea memang ada sikit-sikit sedih. mainly sebab percutian dah habis. kena menghadap lab pulak huaaaaa! these are few pics of me di incheon international airport sebelum berangkat pulang. aku terjumpa charlie browns cafe dan sempat pekena americano sedas sebelum naik flight.



kenapa cafe kau comels sesangat ni?

and bertolak balik. bye korea! sobs.. :(

the trip was fun. i learnt a lot of things there. makanan, culture, architecture, cosmetics and all. kat korea ada banyak street food. bila-bila boleh datang and makan dengan harga yang murah. kalau bukan muslim, memang boleh try different kind of food there. kalau stress, boleh hangout dengan kawan-kawan pergi makan malam. atau pergi stream untuk relakskan minda. cosmetiscs here pun quite murah. i was so impressed with the products, they all can penetrates outside korea. malaysia misalnya. banyak cosmetics mereka ada kat sini, etude house, skin food, nature republic. mereka mempunyai research yang hebat dalam bidang kosmeseutikal. that's why banyak kedai kosmetik bersepah di korea. and incredibly work! aku try few dari samples, ada yang sesuai ada yang tak, but yang sesuai tu, memang menambat hati sanubari! memang buat muka moist and healthy! and maybe sebab the weather jugak. aku pakai yang free samples masa kat sana, and that time suhu pun sedang-sedang elok around 20 deg C so the product pun memang bagi moist kulit muka aku and aku rasa best bila pakai.

ada few barang yang beli bawak balik; brooch pun tak ada lah murah sangat kat sana sebab mungkin aku tak pandai tawar/cari kedai/limited time. tapi kat area namdaemun tu  memang banyak kedai yang hanya jual barang-barang kemas sahaja macam gelang, rantai, brooch yang cantik-cantik. kalau ada fulus banyak, memang boleh shopping sakan kat situ. ada juga aku shopping fridge magnet macam biasa untuk simpanan peribadi yang kita pernah jejak kat kawasan tu contohnya namsan tower and petite house. tak sempat nak cari fm cute kat nami island, tapi dapat cup holder dari the book cafe pun dah okay sebab dia ada tulis nami island kat situ. benda yang macam shawl, agak mahal boleh je beli kat malaysia. tak banyak pun souvenir yang aku bawak balik ke malaysia, cuma fm, baju 'i love korea' (boleh jugak nak beli banyak-banyak sebab murah-rm10 satu kot dengan kain yang berkualiti-agak menyesal tak beli banyak-banyak untuk diri sendiri).

banyak juga kosmetik kiriman kawan-kawan. menyesal lagi kat situ sebab face mask sini murah. satu packet dengan harga 10 krw (rm30) boleh dapat 20 keping dari nature republic. memang menyesal gila tak beli! plus, kalau rasa nak bagi souvenir face mask untuk kawan-kawan perempuan pon sesuai sangat sebab face mask kat sini  murah dan banyak! so korang kalau pergi, jangan lupa borong eh. barang macam etude house boleh dapat separuh harga dari malaysia. aku ni memang buta cosmetic. yatie bagi tips yang aku boleh cuba free gift yang dia bagi tu on the first day bila shopping kat sana, tengok sesuai tak dengan muka. bila dah jatuh cinta, on the last day tu boleh shopping barang sendiri pulak. aku sempat beli bb cream je. balik malaysia, bila pakai yang free gift collagen essence tu rasa best, terus pi cari kat malaysia. bila cari haruslah lagi mahal! kalau kat sana boleh dapat half price, terus menyesal lagi.. wuwuwuwuuuu..

so kalau korang nak pergi sane, survey siap-siap barang apa korang nak beli. mana yang rasa best tu, boleh terus beli kat sana. no wonder kawan aku yati and ina kirim kat aku macam-macam sebab memang berbaloi! aku pun rasa berbaloi sangat.

aku ada juga bawak balik coffee cup holders sebab aku suka coffee. saja je nak buat koleksi. kira aku start dengan coffee cup holders dari sini, dan after this boleh sambung kumpul yang dari malaysia r negara-negara yang lain pula. tapi tak semua coffee kat sana bagi cup holders.


tak banyak pun sikit je. ngehngeh..

erm, apa lagi ye? selain shopping, tulah macam aku cakap tadi, bab makanan. untung juga dok malaysia, sebab makanan korea bersepah dah kat sini. so kalau teringin boleh je terjah a few tempat. sekarang ni my personal favorite is jigae/stew. masa kat korea, sempat rasa sondobu jigae atau tofu stew. sampai sini terus nak rasa beef kimchee jigae (kat bulgogi brothers sedap!) dan daging bakar yang aku tak dapat rasa kat sana tu. sekarang kira dah pandai sikitlah kalau nak order makanan korea. dulu memang bongok gila, last-last order cold noodle yang sumpah bagi aku tak sedap. 

okay. itu sajalah pasal korea dari aku untuk kali ni. korang kalau nak pergi sana, dan nak tanya-tanya, boleh je drop you comment. setakat pengalaman aku yang baru pergi sekali ni, setakat tu je lah aku boleh bagi tips tips. tak banyak pun hehe. tapi harapla berguna (untuk aku and rakan-rakan lain). nanti mana tau nak pergi lagi ke, nak pergi busan pulak ke, jeju ke, cewah (ameen for that). 

see you on the next post!

감사합니다 !

4 comments:

  1. memang bercinta bila abis bercuti n kena ngadap realiti hidup seperti biasa kan? especially part keje ni... huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sweet tooth. kan best kalau kerja asyik travel je macam pengacara kat tv tu kan. jealous sangat kat pengacara jalan-jalan/cuti-cuti tu mesti gembira je menghadap kerja hari-hari..

      Delete
  2. okey.. next trip ke jeju kan kita? yabedabeduuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. and busan. bukan tempat yang sama kan? hehe

      Delete