Monday, June 30, 2014

salam ramadhan

assalamualaikum wbt.

kejap je dah ramadhan kan? sekejap tu jugelah raya nak dekat. lepas tu bulan sembilan lepas tu nak daftar masuk sem 6. waaaah! kejap nya masa berlalu!

di kesempatan ni nak mengucakan salam ramadhan untuk semua. maaf zahir dan batin.

dan jangan lupa, banyakkan bersedekah. ingat, the more you give the more you get. aku pegang kata-kata tu. tambahan pulak, aku ada baca 'mudahnya menjemput rezeki' beli murah kat mph hari tu. alhamdulillah sangat bermanfaat. salah satu ayat yang aku ingat, rezeki yang kita dapat tu bukan semua rezeki kita, rezeki pakcik kedai, rezeki makcik tukang jahit, rezeki pakcik bazaar ramadhan. jadi niatkan duit tu adalah rezeki mereka, dan rezeki kita Allah yang bagi. itu apa yang aku fahamlah. even bagi duit kat mak tu pun kira rezeki mak juga lah. seronok kan kalau mak dapat rezeki. jadi bagilah. bagi kat adik beradik, anak-anak buah. jangan berkira. tambah-tambah di bulan ramadhan ni. lagi banyak berkatnya.

so jom kita audit diri, tambahkan amalan. kalau boleh, boh-boh (cukup-cukup) la bershopping tu. boleh nak shopping, tapi berpada-padalah. aku sendiri takut tengok banyak sangat peniaga-peniaga jual itu ini dengan bazaar itu ini. bagus memang bagus membuka peluang perniagaan pada peniaga tapi sebagai pengguna, kena berjimat cermat juga. beli apa yang mampu, dan mana beli mana yang tak ada.

salam ramadhan!

2 comments:

  1. Teringat kata2 prof Muhaya : ada, beri, dapat.
    Bila kita memberi, kita rasa gembira sebab dapat kongsi dengan orang lain apa yg kita ada. Lebih2 di bulan ramadhan ni.

    ReplyDelete
  2. Selamat menunaikan ibadah puasa Zura. Smg Allah terima amalan dan doa kita di bulan yg berkat ini...amin...

    ReplyDelete