Wednesday, May 28, 2014

korea trip - day 5

assalamualaikum wbt.

korea trip day 5.

masa ni dah hari selasa, jomlah kita pergi Pulau Nami yang gelemer tu pulak!

Pulau Nami atau Nami Island, atau Nasimeom adalah sebuah pulau kecil yang terhasil bila sungai han melimpahi sebahagian kawasan tersebut disebabkan oleh pembinaan empangan cheongpyeong (wikipedia). kawasan ni mula membentuk pulau kecil, dan terus terkenal sebab adanya penggambaran cerita winter sonata dan kecantikan pulau tersebut pada musim luruh dan musim sejuk.

yang aku pulak pergi time musim nak summer. hehe. terjah ajelah ye.untuk hari tu, kami naik train menuju ke wangsimni. dari wangsimni, tukar train untuk ke cheongpyeong station. dari situ, akan ada satu bas khas untuk ke pulau nami dan bas akan sampai mengikut waktu yang telah ditetapkan.


was here


mungkin dia tulis kat situ 'u are here'

perjalanan ke nami island agak jauh dari station ni. tapi pemandangan sepanjang perjalanan memang sangat cantik. boleh tengok empangan cheongpyeong juga. dan akan lalu Petite France! 

petite france dari jauh. nanti balik kita singgah okay! 

dalam sejam macam tu, kami pun sampai kat jeti nak ke pulau nami. sebelum tu kami lalu kat kawasan ni;


azmi depan starting point flying fox. not sure the procedure though. sebab rasanya bukan trip pergi balik. so balik kena naik feri jugak gamaknya. by the way, tangkap gambar kat sini supaya boleh laki bini menanam azam untuk datang dan buat flying fox pulak. hiyah!

siapa berani nak ber'flying fox' ke pulau nami, boleh cuba. aku ni kalau lah duit aku ada riban-riban rm (riban-riban won tak kira), memang aku ngan laki nak naik dah. satu trip adalah lebih kurang 30,000 krw tak salah aku. Fikir trip ni trip bajet, marilah lupakan kisah lalu. 

gambar wajib naik sebelum meninggalkan tanah besar. 

serius pemandangan sini sangat cantik! tak terbayang kalau warna daun tu tukar warna kuning dan merah mesti lagi cantik! aku rasa orang yang buat pulau ni memang pandai tarik pelancong. macam-macam tempat menarik yang ada. infact, siap disediakan surau lagi untuk muslim solat. bagus tau! tapi sebelum solat, jom kita makan nasi goncang dulu!

mana-mana blog pon, mana-mana orang pun kalau datang nami island harus rasa nasi goncang kat sini. plus, ada tulis halal kat situ. aku order smallwillow basket of korea (nasi goncang) and seafood green onion pancake. both sedap! 

gigih menggoncang nasi goncang

the menu. untuk yang islam tu tak payahlah order raw rice wine tu pulak. 

lepas makan, pergi surau. jumpa orang malaysia lagi. a couple baru kawin. sebenarnya banyak je aku jumpa perempuan berinai-inai dari malaysia kat sini. memang konfom baru kawen honeymoon kat korea. kami honeymoon jugak tapi pengantin lamaa.. nak jugak kan.. budak tu ada tanya kat mana boleh dapat makanan halal kat situ, so aku pun describe tempat tu sebab tempat tu memang susah nak cari pun. landmark kedai tu, ada tupperware tin kat sekitar kedai sebagai hiasan.

lepas solat, sementara tunggu yang lain habis solat, pekena kopi lagi.

kali ni, the book cafe.

surau pun memang ada kat dalam book cafe tu. so macam tak logik kalau tak singgah beli kan. benda kat atas ni akan dapat bila dah order. bila order dah siap benda ni akan bergegar. ish canggihnyyyeeww.. 

lepas semua dah ada, kami pun start jalan-jalan. according to azmilia, pulau nami ni memang kena datang pagi-pagi, balik  petang-petang sebab kawasan dia besar! tapi sebab kami kesuntukan masa, aku follow azmilia ke tempat hotspot tangkap gambar. kira tak payah observe azmilia dah tunjuk. terbaiklah!


tempat wajib 1.

tempat wajib 2. 

ada banyak tempat wajib lagi so mungkin lain kali kalau pergi lagi, boleh explore puas-puas (waaaaah memang macam kena repeat lagi ni). 


on the way balik tu, kami nampak lah orang-orang yang bergayutan pergi ke pulau nami. i is jealous. nanti i nak naik jugak satu hari nanti..

sampai kat jeti, kami jalan sikit ke depan satu kedai serbaneka untuk tunggu bas (sebab memang tak ada bustop pon). tak lama lepas tu, bas untuk ke cheongpyeong sampai. tapi kami tak berniat nak balik ke cheongpyeong lagi. kami singgah ke petite france untuk jalan-jalan sebab memang dah on the way pun. 


first time seeing real tulips!

it was so nice listening to this pakcik playing accordion. it was so french!

and when u go there, you can collect 10 stamps around here. each of the stamps is in different place, it means that you have been to every interesting place located around here. 

khusyuk mengecop stamp ayam

sebenanrya, aku tak tahu pun kena kumpul 10 stamps (untuk suka-suka) tulah taknak baca adahal dia dah tulis kat dinding tu. masa aku chop 1, azmilia kata ada 9 lagi kat sekitaran tapi memang kena cari dan pergi setiap tempat termasuklah kedai antik, museum patung-patung, sejarah dan lukisan le petite prince and macam macam lagi. aku bajet running man kejar-kejar cari stamps tu. last-last dengan confident aku dah kumpul 10 stamps. sampai dalam bas, rupanya ada satu stamp aku cop 2 kali. so sebenarnya ada 9 je.. memang nangis kejap 2 saat. lepas tu terus berazam nak datang lagi dan kumpul smeua 10. entah bilalah nak jejak kaki lagi kat sini. huhuuu..

it was already 6 ish that time so tak banyak orang. 

us!

the last bus to cheongpyeong station is 6.40 pm. nasib baik masa kami balik tu elok-elok bas datang. it was a nice experience here at both nami island and petite france. and of course, heading back to myeongdong again sebab these girls nak bershopping kat sini pulak. as for me, i was just browsing around. there is one very beautiful bracelet that cost around 150 krw jual atas jalan je. nasib baik tak ikut nafsu serakah. kalau tak memang dah terbeli. tapi memang sangat cantiklah bracelet tu.. 

enjoying my Ppopgi

and kebab. i think this guy is a korean muslim. 

so after some walking, kami pun macam biasa balik ke guesthouse semula jalan kaki.

next post will be; korea trip day 6.

6 comments:

  1. Eh ada mini french village di situ lawanya...

    Yang orang kata overrated tu nami island ni kah or jeju island? Kalau nami island, kira lawa la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin nami island kot yang orang kata overrated tu. but for me, okay je sebab kat malaysia takda (kot). but if its in autumn konfom malaysia tak da la kan daun daun kaler-kaler. and winter sebab konfom malaysia tak ada salji.

      mini french village ni pun okay if its not crowded with people sebab tempat ni quite kecik.

      Delete
  2. ha...bleh fefiling winter sonata kalo pi masa winter...ada can repeat trip ke nami island zura? hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Boleh fefeeling sket.. Macam ada can nak repeat. Macam je la. Lol!

      Delete
  3. ala..bestnye...nanti ada rezeki akak pergi nanti, boleh la rujuk blog ju-are ni... banyak sangat episode nye... hehe
    terpakse tengok running man ep 196 yang tak tertengok lagi sekarang... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kak dot. Nanti ada rezeki sy gi edinburgh pulak. Buatlah post jenjalan kat edinburgh. Cewah. Running man tu acara wajib tkyah terpaksa pon takpe lol!

      Delete