Monday, May 26, 2014

korea trip - day 4

assalamualaikum wbt.

korea trip - day 4.

mount sorak/soraksan!

hari ni kami akan bergerak ke mount sorak! wohoo! mount sorak is the third highest mountain in south korea, terletak di dalam taman negara berhampiran sokcho.

pagi tu, kami dah bersiap sedia nak bergerak ke sokcho. mula-mula naik train hingga ke gangbyeon, so tak tukar line mana-mana. sampai gangbyeon, ada satu hentian bas berhampiran. kami naik bas ke sokcho dengan harga 17,200 krw seorang sehala. so makan ratus jugaklah untuk pergi soraksan ni. tapi mari kita jangan convert duit. kalau convert memang tak berjalan kita. jadual perjalanan macam bas ekspress tu jugalah. perjalan mengambil masa lebih kurang 3 jam macam tu. perjalanan alhamdulillah lancar. pemandangan sangat cantik, melalui gunung-ganang dan banyak terowong. nampak sungai dan jambatan-jambatan kecil, juga pokok-pokok yang tak terdapat di malaysia.

sementara tunggu bas

tiket dari dongseoul (nama station bas tu) ke sokcho. 

pemandangan dari dalam bas

berhenti rehat di RnR

and of course having a cuppa. tempat ni sejuk sangat!

ahjumma yang menjual sotong bakar! 


dan kentang manis

dari dalam bas, kami cuba buka google map dan inilah hasilnya! kiri kanan bukit bukau!

hampir sepanjang perjalanan dihiasi dengan pemandangan ini.

dan ini.

sampai di sokcho kami beli tiket balik ke gangbyeon siap-siap. itu pun ada few trip yang dah habis tiket. so kami ambil tiket balik pukul 4.50pm dengan harga yang sama. untuk naik bas ke soraksan, ada satu lagi hentian bas kecil berdekatan betul-betul depan cu mart. kami ambil bas 7-1 untuk ke sana.

excited sangat bila dah sampai di soraksan! cuaca sedikit dingin dengan angin yang kuat. kami bercadang untuk makan dulu sebelum naik ke puncak. azmilia dan lain-lain dah bawak lauk siap-siap dari guesthouse, kami laki bini bawa nasi segera dan lauk dengan harapan ada microwave kat sana tapi tak ada. huhu.. nasib baik azmilia sanggup berkongsi kasih makan dengan kami, bagi satu bekas nasi beriani. makan nasi beriani, di kaki gunung sorak, amboi, fefeeling sangat!

gamsahamnida, azmilia. jasamu dikenang. 

pemandangan dari tempat makan kami. 

bayaran masuk ke taman negara ni adalah 3,500 krw seorang. untuk naik kereta kabel kena bayaran lain pulak, tapi sayang sangat-sangat kami tak dapat naik kereta kabel sebab angin yang terlalu kuat. so kami jalan-jalan je di persekitaran.


tiket masuk ke soraksan


welcome!

group photo ber'background'kan mount sorak!


buddha statue in soraksan

the river!


geram tau tengok daun ni banyak sangat!


me in front of the cable car station

dah nak balik dah.. sobs..

we found one group of malaysian here. mereka pun datang untuk naik kereta kabel tapi tak kesampaian. tapi view kat bawah ni pun dah cukup menyegarkan dan sangat cantik. tak boleh bayang view dari atas, mesti lagi cantik! tapi tak pe, hati dah cukup puas. mana tau nanti ada rezeki boleh datang sini dan bermalam di sini. :) soraksan, kau tunggu aku datang lagi!

namsan tower at night

kami dah sampai di Gangbyeon pun dah nak dekat maghrib. dalam iternerary nak pergi namsan tower boleh pergi dari myeongdong. aku dengar myeongdong je, mata dah bersinar-sinar. tapi sebenarnya tak lalu myeongdong market tu pon, dari exit 3, pergi ke pacific hotel, jalan sebelah kanan tu boleh terus ke namsan cable car station. 

masa kat myeongdong station tu, sementara tunggu masing-masing pergi toilet and sambil-sambil bersidai kat situ, ada few kedai jual makanan yang buat aku meroyan jap nak makan sebab lapar. memang lapar weh sebab bekalan snacks dah habis. so sambil-sambil tunggu, sambil sambil aku google setiap kedai makanan yang ada kat situ. sekali ada satu makanan yang boleh dimakan iaitu delimanjoo! bayangkanlah bagai mendapat bonus tahun baru cina, aku punya gembira lalu terus pergi beli. sedapnya delimanjoo ni! delimanjoo ni semacam kaya ball lebih kurang tapi cara buatannya pakai mesin. memang canggih. peniaga kedai ni bila nampak aku je terus kata;

pekedai: from malaysia?
zura: yes!
pekedai: terima kasih!
zura: sama-sama!

hahaha, padahal kita yang beli kat dia, dia pulak cakap terima kasih kat kita. dalam satu beg ni ada 12 biji lebih kurang dengan harga 3000 krw tak salah. aku happy sebab dah dapat makan. yey!

lepas melantak dengan rakus, sambung jalan ke namsan tower. 

on the way ke namsan tower, bebudak ni pi beli pen untuk tulis kat padlocks! aku ada je permanent pen kat lab, terlupa nak bawak.. T__T

aku suka tau kedai-kedai kopi kat korea ni. cantik-cantik dan seperti memaggil-manggil aku untuk pergi beli.. tapi this time i tak beli pon. ada misi yang lebih penting iaitu ke namsan tower. 

kedai kopi lagi!

perjalanan ke namsan cable car station memang best sebab sejuk. tapi memang berbukit jalannya so agak penat sikit. sampai kat cable car station tu terus pergi beli tiket, harga tiket adalah 8500 krw untuk pergi balik.


namsan tower, terkenal dengan locks of lovenya! mula-mula bergambar sakan dengan berbackgroundkan namsan tower, tapi gambar subjek (aku and laki) gelap sebab malam. yang nampak hanyalah namsan tower tu je. tapi memang cantik dan sejuk! 

cantiknya namsan tower dan bulan mengambang!

we decided to put our padlock here. ada satu lagi kat sepanjang-panjang pagar. tapi suka je aku lepak-lepak sini. 


i love u to!


kami duduk lama kat sini. kira kerusi bengkok ni memang tempat kami lepak-lepak sambil tunggu mila and qayyum masuk ke muzium teddy bear. kebetulan memang tak ramai sangat orang masa ni. aku suka je lepak sini sambil tulis-tulis ayat-ayat cinta. yang perempuan-perempuan ni rasa sweet to the max lah. yang laki-laki ni tak tau lah apa perasaan. hehe. 

aku suka konsep tulis atas jubin dan tampal di dinding ni. comel pulak tu warna dia!

walaupun tak masuk teddy bear muzium, bergambar depan teddy bear shop pon dah okay. :)

aku ni obses dengan binatang comel. aku geram dengan woofy ni. so aku request dengan tuan dia untuk tangkap gambar together-gether. 

shoes! shoes! shoes!

lepas dah puas lepak lepak situ, kami pun menuju pulang. dari dalam cable car, sempat lagi kami usha jalan terdekat nak balik ke myeongdong subway tu. tapi sebab bagi aku myeongdong subway tu dah dekat dengan guesthouse kami, so aku and azmi memang decide nak jalan kaki je balik. kesian budak-budak ni kena ikut sekali walau kaki sudah penat. hee.. 

sebenarnya memang alasan sangat nak balik jalan kaki sebab sah-sahlah boleh lalu myeongdong kan! tapi masa tu dah banyak kedai nak tutup. even the hawkers kat situ pun dah banyak bungkus balik. tapi kami sempat beli sotong bakar ni buat alas perut. 

kenyal-kenyal, kunyah-kunyah. 

balik tu, terus masak megi, makan nasi dan bukak lauk brahims tu. heaven! oh ye, kat sini aku nak tunjuk nasi degera yang aku beli kat seven e sini;




nasi dia memang lembik-lembik sikit which aku suka gilaaaa!! cara masak, buka sikit tudung nasi tu, masuk microwave 2 minit, siap! panas-panas makan pulak dengan kari daging time sejuk-sejuk memang terbaik! 

so itulah dia perjalanan kami untuk hari ke empat. memang banyak gambar kalau boleh nak letak semua tapi nanti kata tamak pulak. orang tamak memang selalu rugi so aku pun berpada-padalah. hee. 

so next post will be, korea trip day 5. 

2 comments:

  1. huarghh..please update segera...cant wait....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terima kasih singgah di sini. will update soon!

      Delete