Friday, May 23, 2014

korea trip - day 3

assalamualaikum wbt.

korea trip - day 3 pulak!

hari ke tiga, aku bangun awal jugak. maklumlah, excited. duduk korea bukan selalu, jadi must spend time optimally in Korea. optimally macam bahasa saintifk gayanya. cheh. sebenarnya untuk hari ke tiga ada lagi 2 couple dari group kami akan datang pada hari tu dari malaysia. so rancangan nak tunggu budak-budak ni datang dan pergi Bukchon Hanok Village. tapi sebab flight mereka delay, kira tengahari tu baru budak-budak ni sampai.


Cheongyecheon di waktu pagi

sebab aku dah bangun awal, maka mushroom soup segera untuk sarapan, aku dan azmi decide nak pergi jalan-jalan Cheongyecheon stream tu di waktu pagi pulak sebab memang dekat sangat. so pagi tu kami lintas a few kedai hardware yang baru nak bukak. banyaklah ahjussi-ahjussi menebeng kat tepi tu sembang-sembang pagi sesama sendiri, and mungkin jugak mengumpat pasal kami dalam bahasa korea. heh.

pemandangan pagi yang sejuk di stream ni memang sangat menyegarkan! berbeza betul dengan waku malam yang kami pergi malam sebelumnya tu.

stream ni ada banyak bridge dan setiap bridge ada nama. bridge ni namanya Supyogo bridge.

tengoklah ikan tu! and tengok lah kejernihan air dia!

boleh main lintas-lintas.

cubaan aku untuk menggoda burung merpati. ni kira jinak-jinak merpatilah ni. aku terjah sikit dia lari. so aku membatu agak lama jugak kat situ. padahal tangan aku tu bukan ada apa-apa pun. 

perkara yang paling mengagumkan aku ialah cara mereka menjaga stream ini dengan baik. it is different as compared to malaysialah contohnya. we never see sungai kelang as clear as this one. or any stream in kl or big cities (even the small ones) in malaysia as clear as this. kat sini sampai boleh wujud satu ekologi yang hampir sempurna sebab ada pelbagai spesies ikan and burung. u can see different kinds of birds in different kinds of shrubs. ikan kat stream tu besar-besar pulak tu! and officially, this stream is my most favorite place in Seoul. 

lepas jalan-jalan sekitar stream, kami pun jalan kaki balik ke guesthouse. on the way balik tu, ada serorang ahjussi tegur kami, cakap bahasa korea. aku macam biasa angguk-angguk jela buat-buat paham lol! ni kira perbualan kami dengan ahjussi tu;

ahjussi: *(#^%@^^$*&%#
zura and azmi: Stream! Stream! (sambil tunjuk arah stream)
ahjussi: **&$%%#&$*@* ... korea
zura: eeeerrr...Azurah!
ahjussi: korea! korea!
azmi: Malaysia! Malaysia!
ahjussi: aaaaaah... Malaysiaaaa......!

mati-mati aku ingat dia tanya nama aku , adoilaaa... nasib baik laki aku ada, dia dapat catch up perkataan korea tu. kalau tak mesti sampai sekarang pakcik tu ingat ada negara nama azurah lol! balik tu kami gelak-gelak sebab ayam itik sangat bila bersembang dengan ahjussi ahjussi ni tau. 

so kebetulan dah balik bilik, azmilia msg ajak kami pergi ke itaewon. dalam itinerary, kami akan singgah itaewon malam tu. tapi sebab dah lapar and kepingin makan tengahari yang berat, kami laki bini pun setuju nak makan kat itaewon. 


lunch @ itaewon

ramai orang cakap yang itaewon ni banyak tempat makan halal. memang ya pon sebab banyak orang pakistan/turki kat sini buka kedai kebab mereka. antaranya, Angkara Picnic Kebab and Ice cream! terima kasih hafsah sebab introducekan tempat makan ni. 



aku order lamb kebab, and azmi order chicken kebab with rice and soft drink. boleh tengok harga dia kat atas tu. untuk aku, aku suka lagi lamb kebab tu sebab ada sos dia pedas-pedas best! tapi kalau makan dengan nasi agak besar sebenarnya hidangan tu dan penuh pinggan. aku siap tak habis kebab aku bungkus letak dalam bag. bila lapar balik, boleh makan balik. hehe. 

ni hidangan azmi. 

lepas makan, jalan-jalan kejap sekitar itaewon, dan azmi beli simcard untuk henfon dia yang aku ada cerita kat sini. tak lama lepas tu, kami balik semula ke guesthouse sebab budak-budak tu pun dah sampai. 


Bukchon Hanok Village

sampai kat guesthouse, kami semua berkumpul ramai-ramai untuk ke Bukchon hanok village. sebenarnya, boleh je jalan kaki untuk ke sana. tapi weather forecast kata petang tu akan hujan. so kami naik subway. david paksa kami semua bawak payung. nasib baik guesthouse tu ada sediakan payung comel-comel untuk kami bawak. sebenarnya aku ada bawak je baju hujan tapi sayang nak pakai boleh? haha. 

kami turun kat anguk station, dan jalan ikut signboard. kawasan ni kawasan pelancongan dan banyak orang datang melawat. jadi tak perlu risau sebab memang ada signboard macam ni ha. 



terjumpa bunga cantik dan unik! 

dan ada banyak kedai cantik-cantik kat sini! nampak tak tourist guide book kat tangan tu? tulah rujukan aku sepanjang perjalanan kat sini. 

azmi di Hanok Homestay Information Center. 

kami terjumpa Hanok Homestay information centre. ia agak ke dalam sikit. tujuan pergi sana untuk tanya mana arah tuju berikutnya. rupanya kat sini kita boleh pakai hanbok dan jalan jalan di sekitar hanok village lepas tu balik dan pulangkan semula. tak ingat pulak kadar sewaan sebab kami tak pakai pun. nak kata rugi, tak jugak sebab memang tak ada niat nak pakai pun. mungkin next time?! hehe (sebenarnya takut tak ada saiz. wuwuwuwuu). kat sini jugak tuan rumah tu bagi peta untuk jalan-jalan sekitar hanok village. ada few spots untuk ambil gambar, kelas poultry, korean art class, macam-macam lagi lah! 

lepas dapat map, jalan lagi. sepanjang perjalanan jumpa rumah traditional yang cantik cantik! 


my best friend and i in front of a coffee shop





do look for this plate when u walk around this place. sebab plate ni menunjukkan ada tempat menarik yang berbaloi untuk lihat. 

tempat ni memang seronok untuk jalan dan enjoy the traditional architecture. ada banyak coffee shops, dan kedai art and crafts. dan sebenarnya kawasan ni adalah kawasan perumahan orang-orang kaya, so kena senyap tak boleh bising-bising. 1 couple dari group kami, mila and qayyum sempat masuk dalam satu-satunya rumah yang boleh di access oleh orang ramai. tak ingat pulak bayaran dia sebab kami tak masuk. according to them, kat luar memang sangat traditional tapi design interior kat dalam sangat modern dan cantik!

in front of another coffee house in Bukchon Hanok Village. 

my favorite! 

one of the special attraction here is this no 43 house. kalau korang suka k-drama, and you watched 'personal taste' you must know this house. 

source: http://www.dramabeans.com/2010/05/personal-taste-episode-10/

ehem. ehem. okay, lepas ni kena pergi tengok cerita ni. 

tempat ni sangat besar untuk dlawati, memang tak sempat kalau nak lawat semua dalam masa setengah hari je. kami pun sampai sini around pukul 3 lebih macam tu. nak tangkap gambar lagi, duduk rehat dan nikmati pemandangan lagi, nak mengagumi senibina traditional yang cantik, memang tak sempat! jadi lepas singgah rumah no 43 tu, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke itaewon kembali. cari balik anguk station (line 3) lepas tu berhenti di yaksu, dan tukar ke line 6 ke itaewon. 


dinner @ itaewon

yes, kami ke itaewon lagi untuk dinner kami pula. masa tu dah nak start hujan lebat. sebenarnya dari anguk tadi dah hujan sikit-sikit. di itaewon ni, kami cari muree curry house sebab hafsah kata kari ayam kat sini sedap! terima kasih hafsah memang kari ayam dia sedap and lain dari yang lain! 

unfortunately, gambar hidangan tak ada pulak. punyalah lapar lagipun hujan, memang sedaplah makan makanan panas-panas. azmilia yang orderkan untuk kami sebab dia tahu pasal korean dish ni. selain makanan mamak style, ada juga makanan korea kat sini dan halal. dan selain curry ayam, kami juga order stew tofu and stew ayam. oh ada gambar curry ayam kat blog hafsah ni

kat sini pun ramai orang malaysia datang makan. dah gaya makan kat restoran malaysia dah tau. 

masing-masing update status dan check whatsapp

interior muree

balik dari itaewon memang hujan makin lebat. kami naik subway ke yaksu, dan tukar ke line 3 untuk balik ke euljiro-sam(3)-ga. 

on the way balik dan jumpa mural kat subway

so berakhirlah hari ke tiga kami. besoknya, kami kena bangun awal sebab nak pergi jauh! mount sorak here we come! 

next post will be korea trip day 4.

6 comments:

  1. ok nangis laju lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak macamana nak pujuk ni!! lol!

      Delete
  2. nak chicken curry murree!!!!!! nak ankara kebab!!!! nape x tapaukan aku. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku boleh bawak balik untuk kau besah tapi dalam perut lah.. hehehe..

      Delete
  3. Bestnyaaaaaaaaaaa zura...!

    I baca borong nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnc silalah baca secara borong! hehe..

      Delete