Saturday, May 31, 2014

korea trip - day 6

assalamualaikum wbt.

ala, dah day 6.. sedih sebab day 6 tu dah hari last dah and day 7 tu pagi-pagi dah gerak ke airport. untuk day 6 kami jalan-jalan di sekitar 'gung' which means palace. tapi unfortunately sempat pergi satu 'gung' je. okay jom kita story-mory..

untuk hari ke enam, kami mengikuti seoul city bus tour dengan bayaran 12,000 krw seorang. kami ambil palace course, yang mana bas ni akan berhenti di setiap palace yang ada di sekitar seoul. sebenarnya lebih elok kalau seoul city tour ni dibuat hari pertama atau hari awal-awal tu sebab dalam tiketnya ada a few places yang boleh dapat discount contohnya macam tiket aku boleh dapat discounts 10% untuk ke namsan seoul tower, 10% untuk masuk ke Nantha theater, 15% untuk masuk ke 63 Building dan 10% untuk masuk ke chongdong theater.

kami mulakan perjalanan kami dari hentian bas di gwanghwamun. ada kaunter untuk city tour bus yang bermula dari 9 pagi hingga 7 malam. jadi, kita boleh naik turun bas tu asalkan kita simpan tiketnya. bas tu akan pergi ke tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ada phone telinga untuk kita dengar penerangan tempat-tempat tersebut. kita boleh decide nak berhenti kat mana sebab agak banyak tempat jugak dia berhenti. untuk hari tu, kami mulakan dengan berhenti di Deoksugung.


deoksugung is a real palace, pernah didiami oleh putera wolsan, abang kepada king sejong, dan beberapa panglima zaman dinasti Joseon (1400-1600). aku suka tengok seni architecture nya, sangat unik dan cantik dan siapa sangka, di tengah-tengah bandar seoul, kita boleh pergi sendiri dan lihat sejarah lama yang masih terpelihara. 




sempat bergambar dengan pengawal istana. i gerun you sebab depa ni pengawal. chewah. 

lepas jalan-jalan di sekitar, kami pun singgah ke namdaemun market pulak. kami diturunkan di sini, boleh nampak pintu gerbang megah di tengah-tengah jalan raya yang sibuk tu. 

kena lintas jalan dulu dan akan jumpa namdaemun market. dari sini boleh nampak songnyemun (gate) tersergam megah tu. 

jumpa hotteok! 1000 krw je!


jalan-jalan kat sini memang seronok, tapi barang pun standard harga sana, 3,000 krw untuk satu keychain/fridge magnet memang tak berbaloi, tapi memang kena pandai cari kedai. kami tak sempat nak cari kedai dalam bangunan hijau tu. sebab tempat ni boleh bargain-bargain so aku agak takut nak membeli sebab aku tak pandai bargain. but t-shirt kat sini memang sesuai sangat nak dibeli sebab boleh dapat 3 helai untuk 10,000 krw. yang tu berbaloi. menyesal jugak tak beli banyak sikit sebab kain dia memang berkualiti.

kat ini juga aku ada beli semua souvenir sebab takut tak sempat nak singgah kat tempat lain pulak. kat sini aku beli brooch dengan harga 5000 krw (rm15) satu, fridge magnet, 10,000 krw (rm30) untuk 6-10 biji (bergantung pada saiz), dan 3 helai t-shirt 10,000 krw (rm30), bracelet untuk mak dan adik 5,000 krw and 10,000 krw (total rm45). tapi bracelet yang 10,000 tu ada macam pandora sikit so aku rasa harga dia okay. ada juga baju cantik cantik yang buat aku geram tapi sabarlah sebab satu helai pun dah 30,000 krw (rm90) so aku sabar jelah. lol! sebab aku tak pandai tawar, jadi semua aku dapat harga fix price.

tengah pilih t-shirt sambil pegang duit won bersedia nak membayar. 

so next pit stop is myeongdong balik. azmilia cadangkan kami semua lunch kat sini dulu. ada satu kedai yang ramai orang recommended untuk pergi makan sambal sotong atau  jjukkumi bokkeum. dari namdaemun ke myeongdong banyak tempat menarik yang bas ni berhenti. sebab kami kesuntukan masa, sempat capture gambar dari dalam bas je.  

war memorial of korea. if you see up close, there are sculptures of korean army. you can also see namsan tower there. 

and past itaewon

and arrived at myeongdong. this is the sign post for the tour bus. memang tour bus je akan berhenti kat sini. 

myeongdong at day

and finally the jjukkumi bokkeum!

sementara tunggu lauk lain datang sambil-sambil tunggu sotong masak. the taste is nice! and got the experience eating like a korean! rasa maam nak makan laaagiii!

lepas lunch, we headed back to the bus stop. kali ni bas tak ikut jadual sangat sebab due to the traffic. so agak lama kami tunggu. they were 3 sisters from Philippine asked us about touring around Seoul. they fly from busan and just arrived Seoul the day before.  

the next pit stop is namsan tower. but we just hang around at the bus stop because the view is magnificent! now we can see Seoul from up above. 

view from the top!

our group photo! ni kira gambar lengkap kami, semua orang ada! 

after Namsan tower, we hopped on the bus. we past dongdaemun. i can see Doota and manage to capture the newly opened dongdaemun design plaza. this plaza has been chosen by UNESCO as the creative city of design. i wish we had enough time to drop off here sebab dongdaemun pun syurga shopping juga. 

a glimpse of dongdaemun design plaza.



sempat lalu beberapa 'gung' yang aku dah lost which one is which. sebenarnya niat kami nak singgah cheongwadae tapi masa tu kawasan tu banyak jalan tutup dan banyak pulak polis di sekitar. mungkin ada lawatan rasmi kerajaan. jadi kami tak jadi turun. even kebanyakan 'gung' pun dah tutup sebab dah petang. traffic sini pun boleh tahan sesak sebab orang balik kerja. plus, by the time the bus reach gwanghwamun, it was already 6.30 pm. so, the journey stopped there. but gwanghwamun square has a lot to offer to! they have the famous statues of King Sejong and admiral yi suns. and i saw one shop lot who offer tourist wearing hanbok, but they close at 6.30 pm.

the famous king sejong statue

you can see Geongbokgung (palace) and small stream which leads to Cheonggyecheon. it is amazingly clean around here! i am so impressed!

ini adalah admiral yi sun's statue. sebenarnya fountain di hadapan statue ni ada maksud yang tersendiri. the name is 12.23 fountain to commemorate the 23 battles he fought with 12 warships. 

and the statues lead us to chenggyecheon stream again! orang kata pemandangan waktu malam kat sini cantik.

the view.

we walked along cheongyecheon stream towards our guesthouse at euljiro-sam(3)-ga. along the stream, i can see drawings of stories about the history of Seoul, about the kings, about the wars. 

the drawings telling about the war they had very long time ago

and there is also a small art gallery under the bridge

we finally arrived at our guesthouse and rest. that night, we decided to go to myeongdong again. there is one a must-visit place in Seoul, CAT CAFE! see, basically i went to myeongdong almost everyday just because i like to walk around and see people (and to shop of course). 

Cat cafe Myeongdong

Actually it is not that easy to find this cafe. for the cat lovers like me and my husband, this is a must-visit place for us. so sejak hari pertama datang myeongdong, memang kami cari cafe ni sambil jalan-jalan so that kami tak sesat bila nak datang semula. the cat will be around at night. i mean the cat mascot, giving flyers to promote that place. i think now there's quite a lot of signage to the cafe. mungkin sebab sebelum ni ramai orang complain susah nak cari. it is at the 3rd floor.

what i read, there are 3 cat cafes around here if i'm not mistaken. we only found 1. the fee is 8,000 krw per person. with one free drink. and you can spend time as long as you want there. operation hours;


aku punyalah seronok sambil nak lompat kegembiraan. they are few rules that need to be followed. satu je aku ingat, jangan kacau kucing yang pakai kolar biru sebab dia sakit atau sensitif. i was so sure that i understand the rule, but rupanya kolar biru tu termasuklah kolar biru yang ada corak bintang, corak bunga dan sebagainya. nasib baik i tak kena cakar kat muka. hewhew. tapi takdelah aku kena sound ke apa. as long as kucing tu okay, orang pun okay, so okay je. and tak boleh angkat kucing, tak boleh ketuk kucing, tu rules-rules yang biase ye.

so, sebelum masuk tukar kasut ke selipar siap-siap. once dah bukak pintu cepat-cepat tutup. the staff will come to you and sprayed your hands with sanitizer. go to the counter, pay money, and order your drink. because i read somewhere that the hot chocolate here is yum, so i ordered hot chocolate. terpaksa korbankan keinginan kepada cappuccino. but seriously, tak menyesal langsung sebab hot chocolate memang sedap!

okay next, jom layan gambar kucing!

the curious one

happy gila cik abang kita ni

kolar biru. basically tuan kedai akan bagi satu palstik putih untuk letak beg kita macam kat belakang tu. sebab azmi pergi toilet jadi dia tak tahu terus letak beg atas meja. terus jadi tempat lepak budak ni. hamboi.

dengan diva

this is basically the the whole view. yang tulis staff only tu counter dia. you can see cats around, atas counter tu pun ada sekor. 

kau dan kau. jangan usik bebola bulu aku ni. aku abang long kawasan. kata kucing gebu si hidung penyet ni.

selfies with another diva

tempat tidur kucing dan toilet kucing yang tersembunyi

and ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat.



masa tu pun dah almost pukul 11. punyelah seronok spend time kat sini sambil duduk dan layan kucing. it's actually a miracle jugaklah sebab i'm allergic to cats, boleh tak??!! but i manage to stay here for almost 2 hours memang hebatlah tu. tu pun balik sebab mata dah start gatal and of course cafe pun dah nak tutup. tempat ni memang bersih, thats why boleh bertahan lama kat sini. and balik tu pun tak ada bersin-bersin. aku suka! yang budak atas bag ni dah nyenyak sangat tidur. aku angkat dia menrengus. so aku mintak tuan kedai tu angkatkan. 

balik tu, jalan-jalan kejap dan beli aiskrim turkish dari kedai kebab yang sama the day before, and headed back to the house for packing things up. sedihlah sebab dah nak balik. 

so that's a wrap for day 6. 

next post will be zurazura post korea

Wednesday, May 28, 2014

korea trip - day 5

assalamualaikum wbt.

korea trip day 5.

masa ni dah hari selasa, jomlah kita pergi Pulau Nami yang gelemer tu pulak!

Pulau Nami atau Nami Island, atau Nasimeom adalah sebuah pulau kecil yang terhasil bila sungai han melimpahi sebahagian kawasan tersebut disebabkan oleh pembinaan empangan cheongpyeong (wikipedia). kawasan ni mula membentuk pulau kecil, dan terus terkenal sebab adanya penggambaran cerita winter sonata dan kecantikan pulau tersebut pada musim luruh dan musim sejuk.

yang aku pulak pergi time musim nak summer. hehe. terjah ajelah ye.untuk hari tu, kami naik train menuju ke wangsimni. dari wangsimni, tukar train untuk ke cheongpyeong station. dari situ, akan ada satu bas khas untuk ke pulau nami dan bas akan sampai mengikut waktu yang telah ditetapkan.


was here


mungkin dia tulis kat situ 'u are here'

perjalanan ke nami island agak jauh dari station ni. tapi pemandangan sepanjang perjalanan memang sangat cantik. boleh tengok empangan cheongpyeong juga. dan akan lalu Petite France! 

petite france dari jauh. nanti balik kita singgah okay! 

dalam sejam macam tu, kami pun sampai kat jeti nak ke pulau nami. sebelum tu kami lalu kat kawasan ni;


azmi depan starting point flying fox. not sure the procedure though. sebab rasanya bukan trip pergi balik. so balik kena naik feri jugak gamaknya. by the way, tangkap gambar kat sini supaya boleh laki bini menanam azam untuk datang dan buat flying fox pulak. hiyah!

siapa berani nak ber'flying fox' ke pulau nami, boleh cuba. aku ni kalau lah duit aku ada riban-riban rm (riban-riban won tak kira), memang aku ngan laki nak naik dah. satu trip adalah lebih kurang 30,000 krw tak salah aku. Fikir trip ni trip bajet, marilah lupakan kisah lalu. 

gambar wajib naik sebelum meninggalkan tanah besar. 

serius pemandangan sini sangat cantik! tak terbayang kalau warna daun tu tukar warna kuning dan merah mesti lagi cantik! aku rasa orang yang buat pulau ni memang pandai tarik pelancong. macam-macam tempat menarik yang ada. infact, siap disediakan surau lagi untuk muslim solat. bagus tau! tapi sebelum solat, jom kita makan nasi goncang dulu!

mana-mana blog pon, mana-mana orang pun kalau datang nami island harus rasa nasi goncang kat sini. plus, ada tulis halal kat situ. aku order smallwillow basket of korea (nasi goncang) and seafood green onion pancake. both sedap! 

gigih menggoncang nasi goncang

the menu. untuk yang islam tu tak payahlah order raw rice wine tu pulak. 

lepas makan, pergi surau. jumpa orang malaysia lagi. a couple baru kawin. sebenarnya banyak je aku jumpa perempuan berinai-inai dari malaysia kat sini. memang konfom baru kawen honeymoon kat korea. kami honeymoon jugak tapi pengantin lamaa.. nak jugak kan.. budak tu ada tanya kat mana boleh dapat makanan halal kat situ, so aku pun describe tempat tu sebab tempat tu memang susah nak cari pun. landmark kedai tu, ada tupperware tin kat sekitar kedai sebagai hiasan.

lepas solat, sementara tunggu yang lain habis solat, pekena kopi lagi.

kali ni, the book cafe.

surau pun memang ada kat dalam book cafe tu. so macam tak logik kalau tak singgah beli kan. benda kat atas ni akan dapat bila dah order. bila order dah siap benda ni akan bergegar. ish canggihnyyyeeww.. 

lepas semua dah ada, kami pun start jalan-jalan. according to azmilia, pulau nami ni memang kena datang pagi-pagi, balik  petang-petang sebab kawasan dia besar! tapi sebab kami kesuntukan masa, aku follow azmilia ke tempat hotspot tangkap gambar. kira tak payah observe azmilia dah tunjuk. terbaiklah!


tempat wajib 1.

tempat wajib 2. 

ada banyak tempat wajib lagi so mungkin lain kali kalau pergi lagi, boleh explore puas-puas (waaaaah memang macam kena repeat lagi ni). 


on the way balik tu, kami nampak lah orang-orang yang bergayutan pergi ke pulau nami. i is jealous. nanti i nak naik jugak satu hari nanti..

sampai kat jeti, kami jalan sikit ke depan satu kedai serbaneka untuk tunggu bas (sebab memang tak ada bustop pon). tak lama lepas tu, bas untuk ke cheongpyeong sampai. tapi kami tak berniat nak balik ke cheongpyeong lagi. kami singgah ke petite france untuk jalan-jalan sebab memang dah on the way pun. 


first time seeing real tulips!

it was so nice listening to this pakcik playing accordion. it was so french!

and when u go there, you can collect 10 stamps around here. each of the stamps is in different place, it means that you have been to every interesting place located around here. 

khusyuk mengecop stamp ayam

sebenanrya, aku tak tahu pun kena kumpul 10 stamps (untuk suka-suka) tulah taknak baca adahal dia dah tulis kat dinding tu. masa aku chop 1, azmilia kata ada 9 lagi kat sekitaran tapi memang kena cari dan pergi setiap tempat termasuklah kedai antik, museum patung-patung, sejarah dan lukisan le petite prince and macam macam lagi. aku bajet running man kejar-kejar cari stamps tu. last-last dengan confident aku dah kumpul 10 stamps. sampai dalam bas, rupanya ada satu stamp aku cop 2 kali. so sebenarnya ada 9 je.. memang nangis kejap 2 saat. lepas tu terus berazam nak datang lagi dan kumpul smeua 10. entah bilalah nak jejak kaki lagi kat sini. huhuuu..

it was already 6 ish that time so tak banyak orang. 

us!

the last bus to cheongpyeong station is 6.40 pm. nasib baik masa kami balik tu elok-elok bas datang. it was a nice experience here at both nami island and petite france. and of course, heading back to myeongdong again sebab these girls nak bershopping kat sini pulak. as for me, i was just browsing around. there is one very beautiful bracelet that cost around 150 krw jual atas jalan je. nasib baik tak ikut nafsu serakah. kalau tak memang dah terbeli. tapi memang sangat cantiklah bracelet tu.. 

enjoying my Ppopgi

and kebab. i think this guy is a korean muslim. 

so after some walking, kami pun macam biasa balik ke guesthouse semula jalan kaki.

next post will be; korea trip day 6.