Wednesday, April 2, 2014

makan makan johor

assalamualaikum wbt.

bermula khamis lepas, 27/3 aku mengikut laki pergi johor. kebetulan masa tu memang laki ada tugas kat johor, jadi i yang menggediks ni pun ikut sekali sebab dah banyak kali dok sebut nak pergi joho nak pergi joho nak pergi joho.

kata-kata tu kan doa. alhamdulillah and terima kasih Allah sebab tunaikan hajat hamba Mu ini.

short trip to joho memang short je sebenarnya. sebab laki ada kerja kebanyakan waktu aku duduk sorang kat bilik hotel. hotel yang aku duduk adalah grand sentosa. not bad, bawah ada the store, pintu masuk dalam shopping complex, dalam shopping complex ada kedai cd, saloon rambut, sedikit kedai-kedai baju dan pusat urut, dan kelab malam. seberang luar ada chinese steamboat restaurant. kedudukan hotel memang tengah bandar, dekat dengan semua tempat macam larkin, senibong and tebrau city.

tujuan utama aku nak mengikut laki adalah nak pergi makan! johor dan makanan best adalah sinonim ye *senyum sampai telinga.

so first, google punye google, kami pun decide nak makan kat benafee village malam tu. tengok review orang macam best. laki makan sotong sambal petai, lemon chicken, nasi putih. aku makan nasi ayam penyet, abc special.

verdict: nasi ayam penyet wong solo lagi sedap, makanan laki not bad. but the price, memang mahal lah bagi aku. not so valuable for money. kalau orang belanja memang best. plus, officemate aku kata chili crab sedap kat sini. so korang kalau nak datang sini boleh order chili crab ye.

ada banyak jugak pilihan makanan kat sini. one thing lah, sebab banyak sangat pilihan, tak tau nak makan apa, tak tau nak order apa. tu yang terbabas makan nasi ayam penyet tu. huhu. oh ya, benafee village terletak di jalan dato' abdullah tahir. depan sikit tu ada satu lagi benafee so jangan konfius. tempat yang aku makan ni lagi meriah. siap ada live band ya'll!


malam tu macam banyak masa lagi jadi pergi pulak ke danga bay nak tengok ada apa dah kat sana. kesian tau sekarang danga bay bukan meriah dah macam dulu. banyak construction (untuk orang-orang kaya menginap dan bercuti maybe) and tempat-tempat main pun macam survive lah jugak sikit-sikit. boleh tahan jugak ramai orang. tapi a bit dark lah. maklumlah kedai mi kegemaran dulu dah tak ada, so semua jadi tak best dah. haha. 

sekejap je jalan kat danga bay, balik tu saja nak menyinggah steamboat dataran jb. sapa tak tau dataran jb memang nak kena pok la. haha. dataran jb tu kat yang menara ada jam kuning. memang on the way sangat kalau nak ke bandar. walaupun kenyang, boleh sumbat lagi ni. hihi. kat situ port baik pulak ada budak budak busking berdekatan. wow, live band lagi. sekarang live band kat joho ni memang trending ke hapa? romantik gila suasana walaupun panas. lagu pun jiwang-jiwang je. elok the busker tu habis nak balik, kitorang pun balik dengan penuh kekenyangan. 

steamboat dataran

kami budak busking

next pit stop makan adalah besoknya. boleh pulak kami terlepas breakfast pagi tu. siapa suruh bangun kol 10 kan, amek kaw! last-last, decide nak pi pekena kacang pool haji kat larkin sana nun. kacang pool haji aku pernah rasa last time orang joho bawak. memang terngiang-ngiang di lidah. tempat dekat dengan stesen bas larkin. bukan dalam stesen bas larkin tau. korang pusing-pusing je lah kat situ. akan nampak food court kat plaza larkin tu. macam-macam ada, selain kacang pool, ada jugak mi bandung sizzling mee segala bagai. tapi sebab memang nak target itu je, itu je lah yang kami order. 

terpampang besar-besar nama dia. satu set rm5 je. kenyang sampai petang insyaaAllah kalau bukan perut naga. 

hoi hoi yummy tak nampak? 

sebab aku kata kenyang sampai petang kan, memang kenyanglah sampai petang tu. petang tu pepandailah cari makanan (dah siap beli tuna and roti) maklumlah laki dah pergi kerja. aku pun buatlah kerja aku, update facebook, gambar, buat kerja office juga tau. siap hantar email ke sv, lepas tu stress. T___T

malam tu, next pit stop is; kedai seafood idaman, 

senibong seafood village!

ini adalah must go punya tempat lah. ada satu lagi kedai seafood best dekat pasir gudang, kampung pasir puteh dalam post ini.  Tapi sebab tempat ni memang personal favorite aku, and dekat pulak tu, maka kami pergilah. tempatnya mudah cari dalam waze mahupun google map.sekarang kan dah modern. semua guna phone je. kalau pandai guna papago silalah tapi aku kurang percaya sangat dengan gps kereta ni. maklumlah tak reti terima arahan. oh ye, tempat ni memang dekat sangat dengan aeon permas jaya. kalau pergi aeon, balik tu takyah makan dalam aeon. makan kat sini je. hehe. 

setiap kali aku datang, percayalah setiap kali tu aku tak ingat aku pergi kedai mana. sebab kedai dia banyaaaaaaak sampi ke belakang. tapi this time, aku memang dah tak tersalah pilih dah. this time, ada nasi lemak sedap the best in the world weh! and kedainya terletak di paling hadapan, kedai kaler biru. silalah pergi sana kalau terjah senibong ni. sebab aku dan laki adalah kenyang, kami tak order ikan. macam ni punya makanan pun aku tapau udang tu bawak balik;

gambar tak berapa semenggah tapi tengok gambar terus gatal tekak. 

besoknya lagi, kami terjah ke pitstop yang seterusnya; murtabak cheese leleh kampung melayu majidee!!

to tell you the truth lah kan, punyalah banyak kedai murtabak kat bangi ni, satu pun tak ada yang jual style singapore punya murtabak. alah, yang jenis besar gila dan nipis tu. bukan susah pun nak buat. besarkan ajelah, tambah daging/ayam banyak sikit. cewah, macamlah pandai sangat buat murtabak kan. pengalaman pertama makan murtabak besar gila kat melaka. lepas tu terus jatuh cinta. tapi kat kuala lumpur ni setakat saje-saje nak pi cari murtabak besar ni memang taklah. tapi murtabak cheese ni memang indigenous kat kawasan kampung melayu majidee ni. tempat pun agak terpencil sebenarnya. aku pergi yang majid punya, dekat dengan sekolah. macam kacang pool tu jugak, sekali makan boleh kenyang sampai petang. sebenarnya ada 3 tempat jual murtabak cheese cenggini tak salah aku. 3 owner berbezalah kot and 3 kesedapan yang berbeza (aku rasa). rugi sikitlah sebab tak sempat nak merasa yang lain-lain tempat punye. tapi tak pe, next time ada lagiii.... dalam hati sikit punya jeles tengok org joho ni sesenang je pi kedai murtabak beli murtabak naik motor je lahai. aku ni kena travel 4 jam baru dapat rase. pissed off sungguh la kan.. lololol!

ni pon kongsi 2 orang.

ramai yang datang dan pergi sesuka hatimu. pelbagai bangsa jugak datang. nampak sangat kena dengan tekak semua bangsa kan. punyelah sedap and rangup sampai terbayang-bayang walaupun 3 hari belalu. la ni tengok gambar ni balik dah terliur balik *lap air liur. lepas ni, kalau pergi lagi, boleh try yang dekat masjid tu pulak. 

jadi itu sajalah cerita makan-makan kami kat joho ni. nak pi beli baju joho macam fyn jamal sekeluarga pakai tu tak berkesempatan sebab tak adalah banyak masa sangat sebenarnya. tapi mesti ada next time punyalah lepas ni! kepada orang johor, ampunilah aku kalau post aku ni kot tak betui ka, ada tempat makan lagi sedap kaa..mai mai promote kat aku  meh.. lepas ni boleh pergi. hehe.  

post lama food@joho sini

4 comments:

  1. ayark....lapo nengok makanan!!! acaner nak diet nih??? huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. hujung minggu untuk cheat day bolehlah. lepas makan boleh buat excercise gillian. hihi..

      Delete
    2. rasa nak marah tgk gambo murtabak tuh!!!! aku nak juga.. hihi

      Delete
    3. besah sedap gilaaa hokkay (bagi aku lah) ada cheese siap... silalah pergi hujung minggu ni, and please bungkuih bawak balik untuk aku sekali.. kekekeke

      Delete