Wednesday, April 9, 2014

lexis and grand lexis, mana satu lagi nyum nyum?

assalamualaikum wbt.

sangka tak sangka jugaklah, dalam satu bulan je alhamdulillah aku dapat rasa duduk dua tempat ni! both pergi dengan kawan kawan yang disayangi. thank you for the friends! post mengenai percutian singkat girls outing ada ina tulis kat sini.

tu masa akhir bulan 2 tak salah aku. punya semangat aku pi booking grand lexis pd sebab nak private swimming pool punya pasal. tempat memang cantik, service pun terbaik, memang aku recommended kalau ada duit lebih. berbaloilah jugak sebab kami pergi berempat. aku book garden view sebab suite tu yang ada early bird promotion, which total up kami dapat untuk penginapan 4 orang adalah rm800. kongsi ramai ramai, campur duit makan kira berbaloi lah. kalau bayar sorang untuk belanja satu family, memang masak lemak cili api jugaklah hendaknya. azmilia bawa set grill, so memang dalam rancangan kami buat bbq start petang tu dan makan sampai malam di hotel saja. memang nice lah.

ada jugak bilik lain, water chalet, besar dan lebih mahal. boleh tengok website dia ni lah buat cuci-cuci mata and book sekali jika mahu.


picture credit to arina ahmad's blog

the best thing is that grand lexis ada private swimming pool. that's why they called it GRAND lexis. setiap bilik ada 2 katil king. dan satu sofa untuk lepak-lepak. so it can squeeze up to 5 people. so okaylah. ada microwave kat kitchenett and big bathroom! memang terbaik bilik air dia. hehe.

so more about it, boleh tengok ina punya blog yang aku bagi link kat atas tu ye. and right now groupon tengah bagi murah tu untuk hotel ni! so pergi book cepat-cepat. hehe.

so, next LEXIS, PD!

aku pergi Lexis PD sebab member office yang ajak. actually tak kisah pun mana-mana. time-time ni pulak ada promotion kat groupon pasal lexis and grand lexis. groupon bagi rm340 untuk lexis PD water chalet. tapi sebab stay period dia start dari 25 april, dan kami semua ni free pun minggu hari tu je, maka tak adalah kami nak beli dari groupon. pada aku sama je konsepnya kalau beli online from the website itself. dan convenient juga. kami pilih premium tower seaview room. sebab bila baca review and tips dari trip advisor, it is advisable to choose premium tower seaview sebabnya, nanti aku cerita. hehe.

so, di hari kejadian kami pun pergi ke tempat yang dituju, memang lexis and grand lexis sebelah-sebelah sahaja. bila masuk, guard akan tanya siap-siap, lexis or grand lexis. lexis, tak ada private swimming pool. itu perbezaan yang terbesar!

sesampainya kami, kami diberi upgrade percuma water chalet (water chalet lebih mahal). tapi sebab dah baca review and yakin dengannya, maka kami tetap dengan pilihan kami premium tower sea view. masuk-masuk, surprise, surprise! u'll see the big bathroom first!


nampak tak pintu seketul kat situ? yes that's the main door.

see the huge bathtub?


the king sized bed

this room has 2 beds, satu king size, satu queen size. so convenient sangat untuk kami yang bertiga ni. th room is not too big as compared to the pics given. sebab dalam gambar nampak besar. but okay je for us. but bilik air memang besar! and the best thing is that; ini!



 boleh nampak grand lexis water chalet dari sini.


view ni lah yang kami dapat kalau duduk bilik premium tower seaview! memang terbaik! kalau duduk water chalet, best tu memang best, tapi view akan menghadap chalet orang lain. tapi memang terbaik kalau dapat yang hujung sekali tu, so lepas ni, kalau memang nak pergi lagi (dan ada duit lebih) boleh ambil yang premium water chalet sea view. chewah!

walaupun ada banyak aktiviti kat sini dan memang kena bayar pun untuk setiap aktiviti, kami buat keputusan untuk lepak kat bilik je sampai malam. next target adalah seafood! kat sini tempat makan kat sekitar banyak. salah satunya adalah medan ikan bakar MPPD yang hanya 5 minit jauhnya dari hotel tu. banyak kedai kat sini, pilih je mana yang rasa berkenan. tapi sila pergi awal sebab kedai akan pack sangat bila menjelang pukul 8 tu. mujur kami sampai awal sikit, tapi still kena tunggu lebih kurang sejam juga untuk makanan. huhu.. 

picture credit tu kak su.

kami pilih jenahak 3 rasa, sotong goreng tepung, telur dadar, udang butter, kailan ikan masin dan air apple hijau. food memang nice, but i prefer senibong more. tapi boleh je nak redah sini kalau kempunan sangat sebab udang butter dia bagi aku memang terbaik! telur dadar pun sedap. sotong goreng tepung not bad. tapi ikan mungkin kureng sikit. aku pun tak ingat nama kedai, tapi bila masuk dari pintu utama, kedai paling kiri. pakcik ni pun baik dok layan pelanggan. orang memang super ramai! boleh tempah juga kalau taknak tunggu but not sure macamana. total damage here, rm100. 

malam, of course aku layan bathtub best sambil layan amy whinehouse. tapi one thing about this room is that, aku boleh dengar orang atas pijak lantai di waktu malam. waaaah misteri tak, dahlah aku je yang terjaga malam tu tengok tv baca buku cerita layan facebook dan instagram (dan dengar bunyi-bunyi). even aku tidur pun boleh terjaga-jaga lepas tu. tapi last-last belayar juga sebab katil empuk. hihi..

besoknya, the breakfast not badlah. aku tak mengharap sangat breakfast yang marvelous. kalau boleh, breakfast hotel ni biarlah ada nasi lemak dalam daun pisang bungkus 3 segi. menarik apa.. setakat ni masih belum jumpa. lepas breakfast, jalan-jalan di water chalet. pemandangan emmang cantik, Subhanallah! ada orang memancing juga. oh ya, tak sempat tengok tapi ada pemancing kat situ ternampak penyu berrenang-renang. excited aku cari tapi tak jumpa. aku pun baru tahu ada turtle sanctuary kat pantai berdekatan. 

sampai atlantikkami jalan. 

lepas lepak, tengok pemandangan, bungkus dan pulang. singgah kejap kat tepi pantai kasi kaki kena pasir sikit dan air laut kasi lepas kempunan. 

the three of us, me, kak su and azie. 

so total damage untuk seorang bagi percutian singkat macam ni adalah lebih kurang rm250 termasuk tol and makan. okaylah kan. but kalau nak buat comparison untuk both GRAND lexis and lexis, aku prefer GRAND lexis lagi sebab grand kan. and bayar mahal sikit untuk rasa berbaloi sebab ada private swimming pool. tapi untuk percutian romantik kot nak berendam dalam bathtub together-gether laki bini, lexis bagi aku sesuai. but ini comparison untuk 2 hotel ni je tau. mungkin lepas ni boleh try hotel lain pulak kat pd untuk short trip berpantai dan berlaut. 


8 comments:

  1. i penah rasa dok kt grand lexis, waktu family day opis last year. memang pulun pool kitorang laki bini, walaupon i x tau berenang. kikikiki...

    p/s: umah my MIL 5 minutes from Lexis ni.... dokek yo... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnye rumah mil dekat pd. boring boring leh pi pantai, leh pi makan seafood yummy. :)

      Delete
  2. MashaAllah cantiknya...

    Best gila la uollsss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongsi-kongsi bolehlah merasa, bnc. hihi..

      Delete
  3. both aku penah g tp dah lama.. masa tu pun nama lain.. Legend Water Chalet & Legend International Water Homes. n harga pun mmg murah gila dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul besah. dulu nama lain tapi sekarang glemer gila kot tepat ni. tapi grand lexis memang glemer sekarang.

      Delete
  4. untunglaa merasa duk lexis n grand lexis....siap ada private pool..mmg terbaek...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. yang ada private pool tu is the best part...

      Delete