Monday, April 28, 2014

weekend was nice.

assalamualaikum wbt.

last weekend's activities;

hanging out with the girls, niat nak ambik daging salai kat rumah azmilia so boleh reunite sekali. thanks azmilia for the great hospitality. kenyang gelak (and kenyang makan daging salai yg sepatutnya dihidangkan pada kak long and suzy - sorry ye for finished them all. sedap gil akot!) and main jigsaw puzzle until 2 am. yes 2 am.

kak long, me, ina and suzy. picture credit: azmilia's facebook. 

sunday morning, dah janji dengan mak abah to go hiking in FRIM. hiking tak hiking sangat lah. bukit kecik. but penat sesangat! terasa sakit  kaki melampau jugak hari ni. but it was a nice place to see nature! 

picture credit: mom's facebook. 

and right now i'm not in the mood of doing work. sebab mode bercuti ni on! alahai... but i must make some progress ni, niat di hati nak join conference. but we'll see..

Thursday, April 24, 2014

discover new things

assalamualaikum wbt.

i am good at staying up late, bukan saja boleh tidur lambat, malah boleh tak tidur langsung. tapi memang zombie le. terasa ketakcergasannya.

i am awake since 10 am yesterday. hebat tak mata i?

2 cups of caffeinated drink, few 2-hour-rounds of zombie vs plant, few movies, few research papers reading, one email, one episode of the game of thrones, one burning extension plug. memang progress habislah!

so new things yang aku discover are, the game of thrones actually macam best. macam cerita desperate housewife tapi versi zaman raja-raja. and their costume are nice.

even dah tengok banyak kali, movie eat, pray, love tetap paling selalu tengok tanpa jemu. i got inspired everytime i watched it. i want to speak italian, eat like crazy and have scenic getaway in bali. and i love the sountrack especially this one,



cerita GI joe retaliation tak best langsung, still menyesal sebab pernah tengok kat wayang. bazir duit. but i love the jumping rocks part. yang aksi kejar mengejar di gunung ganang. lepas tu semua tak best.

i watched the father of the bride and i cried. gila sengal menangis sebab tengok cerita lama-lama. well, the story was about a girl who wants to get married. so cerita tu dari sudut pandangan si ayah. yang sedihnya, masa anak dia kahwin tu, ayah dia sedih sangat sebab bagi si ayah, she's still his little girl. aku terfikir, mesti bapak aku pun macam tu. so i burst into tears.

this morning i went to kedai mamak to order cheese nan. ni besah punya pasal buat aku kepingin. cheese nan tak ada so the mamak suggested roti canai cheese. belasah jelah. i was soo sleepy,while waiting, at the same time the kedai played old hindustan song. surprisingly, aku boleh layan pulak lagu hindustan lama ni. dah lah pagi tadi hujan suram suram, rasa terbuai-buai dengan music lama. memang layan.

so there. dalam masa 24 jam aku tak tidur ni, macam-macam benda baru aku discover tentang diri aku. its a good thing i might say. megenal diri. hehe.

okay that's all jelah for now.

bye.

Wednesday, April 23, 2014

happy earth day!

assalamualaikum wbt.

yesterday was the earth day (22 April) feel a little bit guilty for not wishing the earth happy earth day! but earth day is still going on in Europe country or somewhere else right now, so i think i might not be to late to wish;

happy earth day, EARTH!

thank you for letting us all the human live on you. thank you for your kindness of giving us free natural resources, thank you for your air and dirt and light from the sun, and the ozone for not making us burn, thank you for the oil, and the forest and the animals, thank you for the perfect ecosystem (but of course ruined by the human) thank you for everything, Earth! we owe you!

and here are some inspiring quote for earth day;

“The environment is where we all meet; where all have a mutual interest; it is the one thing all of us share.” —Lady Bird Johnson
“Keep close to Nature’s heart… and break clear away, once in awhile, and climb a mountain or spend a week in the woods. Wash your spirit clean.” —John Muir
“A true conservationist is a man who knows that the world is not given by his fathers, but borrowed from his children.” —John James Audubon
source: hm media

and the famous quote these days;

airwebreathe
source: thethingswesay.com


Tuesday, April 22, 2014

kuat ngelat sekarang

assalamualaikum wbt.



semua update post curi gambar dari instagram sendiri apa kes?

alhamdulillah this few weeks kan, ada je benda baik baik berlaku. alhamdulillah, thank you thank you thank you. sekarang aku dah ada formula kalau nak tarik benda baik dalam hidup. cakap je terima kasih banyak-banyak. dan syukur dengan apa yang ada. it changes my life. betul ni tak tipu. so jom ramai-ramai kita bersyukur okay!

good luck!

Sunday, April 20, 2014

haish haish..

assalamualaikum wbt.

rekod betul ni dah hampir 10 hari tak menhapdet. meh meh ahkak nak hapdet sikit. sikit jelah tapi. tarok tarok gambar sikit... okaylah tu kan..

Frengs forever eh! #friendsforever

last week session with the girls. 

Ajura! ->seperti jawa pula bunyinya. Thank you kak @suhana_su pandai tulis korea ;)
name spelling in hangul. 

Good morning. Plant. Today is going to be a greaaaaaat day! #succulent

the diva plant

Let’s be thankful shall we?

currently reading..

Wednesday, April 9, 2014

lexis and grand lexis, mana satu lagi nyum nyum?

assalamualaikum wbt.

sangka tak sangka jugaklah, dalam satu bulan je alhamdulillah aku dapat rasa duduk dua tempat ni! both pergi dengan kawan kawan yang disayangi. thank you for the friends! post mengenai percutian singkat girls outing ada ina tulis kat sini.

tu masa akhir bulan 2 tak salah aku. punya semangat aku pi booking grand lexis pd sebab nak private swimming pool punya pasal. tempat memang cantik, service pun terbaik, memang aku recommended kalau ada duit lebih. berbaloilah jugak sebab kami pergi berempat. aku book garden view sebab suite tu yang ada early bird promotion, which total up kami dapat untuk penginapan 4 orang adalah rm800. kongsi ramai ramai, campur duit makan kira berbaloi lah. kalau bayar sorang untuk belanja satu family, memang masak lemak cili api jugaklah hendaknya. azmilia bawa set grill, so memang dalam rancangan kami buat bbq start petang tu dan makan sampai malam di hotel saja. memang nice lah.

ada jugak bilik lain, water chalet, besar dan lebih mahal. boleh tengok website dia ni lah buat cuci-cuci mata and book sekali jika mahu.


picture credit to arina ahmad's blog

the best thing is that grand lexis ada private swimming pool. that's why they called it GRAND lexis. setiap bilik ada 2 katil king. dan satu sofa untuk lepak-lepak. so it can squeeze up to 5 people. so okaylah. ada microwave kat kitchenett and big bathroom! memang terbaik bilik air dia. hehe.

so more about it, boleh tengok ina punya blog yang aku bagi link kat atas tu ye. and right now groupon tengah bagi murah tu untuk hotel ni! so pergi book cepat-cepat. hehe.

so, next LEXIS, PD!

aku pergi Lexis PD sebab member office yang ajak. actually tak kisah pun mana-mana. time-time ni pulak ada promotion kat groupon pasal lexis and grand lexis. groupon bagi rm340 untuk lexis PD water chalet. tapi sebab stay period dia start dari 25 april, dan kami semua ni free pun minggu hari tu je, maka tak adalah kami nak beli dari groupon. pada aku sama je konsepnya kalau beli online from the website itself. dan convenient juga. kami pilih premium tower seaview room. sebab bila baca review and tips dari trip advisor, it is advisable to choose premium tower seaview sebabnya, nanti aku cerita. hehe.

so, di hari kejadian kami pun pergi ke tempat yang dituju, memang lexis and grand lexis sebelah-sebelah sahaja. bila masuk, guard akan tanya siap-siap, lexis or grand lexis. lexis, tak ada private swimming pool. itu perbezaan yang terbesar!

sesampainya kami, kami diberi upgrade percuma water chalet (water chalet lebih mahal). tapi sebab dah baca review and yakin dengannya, maka kami tetap dengan pilihan kami premium tower sea view. masuk-masuk, surprise, surprise! u'll see the big bathroom first!


nampak tak pintu seketul kat situ? yes that's the main door.

see the huge bathtub?


the king sized bed

this room has 2 beds, satu king size, satu queen size. so convenient sangat untuk kami yang bertiga ni. th room is not too big as compared to the pics given. sebab dalam gambar nampak besar. but okay je for us. but bilik air memang besar! and the best thing is that; ini!



 boleh nampak grand lexis water chalet dari sini.


view ni lah yang kami dapat kalau duduk bilik premium tower seaview! memang terbaik! kalau duduk water chalet, best tu memang best, tapi view akan menghadap chalet orang lain. tapi memang terbaik kalau dapat yang hujung sekali tu, so lepas ni, kalau memang nak pergi lagi (dan ada duit lebih) boleh ambil yang premium water chalet sea view. chewah!

walaupun ada banyak aktiviti kat sini dan memang kena bayar pun untuk setiap aktiviti, kami buat keputusan untuk lepak kat bilik je sampai malam. next target adalah seafood! kat sini tempat makan kat sekitar banyak. salah satunya adalah medan ikan bakar MPPD yang hanya 5 minit jauhnya dari hotel tu. banyak kedai kat sini, pilih je mana yang rasa berkenan. tapi sila pergi awal sebab kedai akan pack sangat bila menjelang pukul 8 tu. mujur kami sampai awal sikit, tapi still kena tunggu lebih kurang sejam juga untuk makanan. huhu.. 

picture credit tu kak su.

kami pilih jenahak 3 rasa, sotong goreng tepung, telur dadar, udang butter, kailan ikan masin dan air apple hijau. food memang nice, but i prefer senibong more. tapi boleh je nak redah sini kalau kempunan sangat sebab udang butter dia bagi aku memang terbaik! telur dadar pun sedap. sotong goreng tepung not bad. tapi ikan mungkin kureng sikit. aku pun tak ingat nama kedai, tapi bila masuk dari pintu utama, kedai paling kiri. pakcik ni pun baik dok layan pelanggan. orang memang super ramai! boleh tempah juga kalau taknak tunggu but not sure macamana. total damage here, rm100. 

malam, of course aku layan bathtub best sambil layan amy whinehouse. tapi one thing about this room is that, aku boleh dengar orang atas pijak lantai di waktu malam. waaaah misteri tak, dahlah aku je yang terjaga malam tu tengok tv baca buku cerita layan facebook dan instagram (dan dengar bunyi-bunyi). even aku tidur pun boleh terjaga-jaga lepas tu. tapi last-last belayar juga sebab katil empuk. hihi..

besoknya, the breakfast not badlah. aku tak mengharap sangat breakfast yang marvelous. kalau boleh, breakfast hotel ni biarlah ada nasi lemak dalam daun pisang bungkus 3 segi. menarik apa.. setakat ni masih belum jumpa. lepas breakfast, jalan-jalan di water chalet. pemandangan emmang cantik, Subhanallah! ada orang memancing juga. oh ya, tak sempat tengok tapi ada pemancing kat situ ternampak penyu berrenang-renang. excited aku cari tapi tak jumpa. aku pun baru tahu ada turtle sanctuary kat pantai berdekatan. 

sampai atlantikkami jalan. 

lepas lepak, tengok pemandangan, bungkus dan pulang. singgah kejap kat tepi pantai kasi kaki kena pasir sikit dan air laut kasi lepas kempunan. 

the three of us, me, kak su and azie. 

so total damage untuk seorang bagi percutian singkat macam ni adalah lebih kurang rm250 termasuk tol and makan. okaylah kan. but kalau nak buat comparison untuk both GRAND lexis and lexis, aku prefer GRAND lexis lagi sebab grand kan. and bayar mahal sikit untuk rasa berbaloi sebab ada private swimming pool. tapi untuk percutian romantik kot nak berendam dalam bathtub together-gether laki bini, lexis bagi aku sesuai. but ini comparison untuk 2 hotel ni je tau. mungkin lepas ni boleh try hotel lain pulak kat pd untuk short trip berpantai dan berlaut. 


Monday, April 7, 2014

isnin yang hebat

assalamualaikum wnt.

isnin yang hebat! sebab hari ni, kurang sikitlah monday blues seperti setiap minggu. laki pon pergi kerja lambat hari ni sebab baru balik outstation. so terbongkanglah laki bini sampai pukul 8.30. best best.. bini terpaksa bangun sebab nak gosok baju.. wuwuwuwuu..

bila bangun memang rutin check email. sekian lama aku tunggu email reply dari sv aku tu hari ni baru dia balas. aku kira tak tahulah nak respon macamana nak gembira ke, nak sedih ke, nervous ke.. i try my best to be positive this time. kepositifan aku terbalas. aku kena jumpa dia pukul 12, dan dia pakai pakaian santai like polo shirt and khakis pants. paling best, taste kasut dia macam taste kasut laki aku. yes, i am an observer.

mungkin aku selalu sangat summon nama dia, literally like everyday kot! banyak jugak benda yang kami discuss. i don't know since this year, dia macam let loose sikit. aku pun dah lama tak rasa awkward sangat bila jumpa dia. mungkin dosa dia membantai aku last year telah dimaafkan oleh aku maka vibe 0-0 tu ada. OMG apa yang aku merepek ni.

the thing is that, i got this one news yang menyentap hati. menyentap can be in positive way and negative way kan? menyentap dalam konteks ni is none. tak tahu nak react macam mana.

my main supervisor pergi macam tu je.

pergi like pergi pindah ke universiti lain.

boleh tak macam tu?

without telling any of her student.

oh ye, selama ni yang aku cerita pasal sv tu adalah co-sv. main sv aku yang pindah ni terlalu sibuk.

so, memanglah sebenarnya ia tak men'jeopardize'kan kerja aku pon. and that's why aku tak tahu nak react. nak sedih, nak gembira? but things have been sorted out (maybe) tu pun according to co-sv aku tulah. it seems like okay kot if dia jadi main. he's actually super good. cuma mungkin wavelength kami tak sama je. and aku pasti ada hikmah di sebaliknya. and i am still doing work macam biasa, cuma akan lebih dengar bebel dari biasa.

and rasa macam aku ni anak angkat di naik taraf jadi anak betul. haha.. talk about bad analogy.  lol!

that's all for now.

have a nice weekdays. :)

Thursday, April 3, 2014

be inspired. go chase your dream.

Walter Elias a.k.a. ‘Walt Disney:’ Co-Founder of Walt Disney Productions "All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them." ~ 

Richard Branson: Chairman of the Virgin Group "My biggest motivation? Just to keep challenging myself. I see life almost like one long University education that I never had -- everyday I’m learning something new."

Oprah Winfrey: Media mogul "Every time you state what you want or believe, you’re the first to hear it. It’s a message to both you and others about what you think is possible. Don’t put a ceiling on yourself."

Bill Gates: Chairman of Microsoft "It’s fine to celebrate success but it is more important to heed the lessons of failure."  

Henry Ford: Founder of the Ford Motor Company "Failure is simply the opportunity to begin again, this time more intelligently… A business absolutely devoted to service will have only one worry about profits. They will be embarrassingly large."

Larry Page: Co-Founder of Google "You don’t need to have a 100-person company to develop that idea" ~ from a 2001 BusinessWeek article.

Warren Buffett: Chairman and CEO of Berkshire Hathaway "It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you’ll do things differently." ~ 

Russell Simmons: Founder of Def Jam Records "I’ve been blessed to find people who are smarter than I am, and they help me to execute the vision I have." ~ 

Jeff Bezos: Chairman and CEO of Amazon "One of the huge mistakes people make is that they try to force an interest on themselves. You don't choose your passions; your passions choose you." ~

Wednesday, April 2, 2014

makan makan johor

assalamualaikum wbt.

bermula khamis lepas, 27/3 aku mengikut laki pergi johor. kebetulan masa tu memang laki ada tugas kat johor, jadi i yang menggediks ni pun ikut sekali sebab dah banyak kali dok sebut nak pergi joho nak pergi joho nak pergi joho.

kata-kata tu kan doa. alhamdulillah and terima kasih Allah sebab tunaikan hajat hamba Mu ini.

short trip to joho memang short je sebenarnya. sebab laki ada kerja kebanyakan waktu aku duduk sorang kat bilik hotel. hotel yang aku duduk adalah grand sentosa. not bad, bawah ada the store, pintu masuk dalam shopping complex, dalam shopping complex ada kedai cd, saloon rambut, sedikit kedai-kedai baju dan pusat urut, dan kelab malam. seberang luar ada chinese steamboat restaurant. kedudukan hotel memang tengah bandar, dekat dengan semua tempat macam larkin, senibong and tebrau city.

tujuan utama aku nak mengikut laki adalah nak pergi makan! johor dan makanan best adalah sinonim ye *senyum sampai telinga.

so first, google punye google, kami pun decide nak makan kat benafee village malam tu. tengok review orang macam best. laki makan sotong sambal petai, lemon chicken, nasi putih. aku makan nasi ayam penyet, abc special.

verdict: nasi ayam penyet wong solo lagi sedap, makanan laki not bad. but the price, memang mahal lah bagi aku. not so valuable for money. kalau orang belanja memang best. plus, officemate aku kata chili crab sedap kat sini. so korang kalau nak datang sini boleh order chili crab ye.

ada banyak jugak pilihan makanan kat sini. one thing lah, sebab banyak sangat pilihan, tak tau nak makan apa, tak tau nak order apa. tu yang terbabas makan nasi ayam penyet tu. huhu. oh ya, benafee village terletak di jalan dato' abdullah tahir. depan sikit tu ada satu lagi benafee so jangan konfius. tempat yang aku makan ni lagi meriah. siap ada live band ya'll!


malam tu macam banyak masa lagi jadi pergi pulak ke danga bay nak tengok ada apa dah kat sana. kesian tau sekarang danga bay bukan meriah dah macam dulu. banyak construction (untuk orang-orang kaya menginap dan bercuti maybe) and tempat-tempat main pun macam survive lah jugak sikit-sikit. boleh tahan jugak ramai orang. tapi a bit dark lah. maklumlah kedai mi kegemaran dulu dah tak ada, so semua jadi tak best dah. haha. 

sekejap je jalan kat danga bay, balik tu saja nak menyinggah steamboat dataran jb. sapa tak tau dataran jb memang nak kena pok la. haha. dataran jb tu kat yang menara ada jam kuning. memang on the way sangat kalau nak ke bandar. walaupun kenyang, boleh sumbat lagi ni. hihi. kat situ port baik pulak ada budak budak busking berdekatan. wow, live band lagi. sekarang live band kat joho ni memang trending ke hapa? romantik gila suasana walaupun panas. lagu pun jiwang-jiwang je. elok the busker tu habis nak balik, kitorang pun balik dengan penuh kekenyangan. 

steamboat dataran

kami budak busking

next pit stop makan adalah besoknya. boleh pulak kami terlepas breakfast pagi tu. siapa suruh bangun kol 10 kan, amek kaw! last-last, decide nak pi pekena kacang pool haji kat larkin sana nun. kacang pool haji aku pernah rasa last time orang joho bawak. memang terngiang-ngiang di lidah. tempat dekat dengan stesen bas larkin. bukan dalam stesen bas larkin tau. korang pusing-pusing je lah kat situ. akan nampak food court kat plaza larkin tu. macam-macam ada, selain kacang pool, ada jugak mi bandung sizzling mee segala bagai. tapi sebab memang nak target itu je, itu je lah yang kami order. 

terpampang besar-besar nama dia. satu set rm5 je. kenyang sampai petang insyaaAllah kalau bukan perut naga. 

hoi hoi yummy tak nampak? 

sebab aku kata kenyang sampai petang kan, memang kenyanglah sampai petang tu. petang tu pepandailah cari makanan (dah siap beli tuna and roti) maklumlah laki dah pergi kerja. aku pun buatlah kerja aku, update facebook, gambar, buat kerja office juga tau. siap hantar email ke sv, lepas tu stress. T___T

malam tu, next pit stop is; kedai seafood idaman, 

senibong seafood village!

ini adalah must go punya tempat lah. ada satu lagi kedai seafood best dekat pasir gudang, kampung pasir puteh dalam post ini.  Tapi sebab tempat ni memang personal favorite aku, and dekat pulak tu, maka kami pergilah. tempatnya mudah cari dalam waze mahupun google map.sekarang kan dah modern. semua guna phone je. kalau pandai guna papago silalah tapi aku kurang percaya sangat dengan gps kereta ni. maklumlah tak reti terima arahan. oh ye, tempat ni memang dekat sangat dengan aeon permas jaya. kalau pergi aeon, balik tu takyah makan dalam aeon. makan kat sini je. hehe. 

setiap kali aku datang, percayalah setiap kali tu aku tak ingat aku pergi kedai mana. sebab kedai dia banyaaaaaaak sampi ke belakang. tapi this time, aku memang dah tak tersalah pilih dah. this time, ada nasi lemak sedap the best in the world weh! and kedainya terletak di paling hadapan, kedai kaler biru. silalah pergi sana kalau terjah senibong ni. sebab aku dan laki adalah kenyang, kami tak order ikan. macam ni punya makanan pun aku tapau udang tu bawak balik;

gambar tak berapa semenggah tapi tengok gambar terus gatal tekak. 

besoknya lagi, kami terjah ke pitstop yang seterusnya; murtabak cheese leleh kampung melayu majidee!!

to tell you the truth lah kan, punyalah banyak kedai murtabak kat bangi ni, satu pun tak ada yang jual style singapore punya murtabak. alah, yang jenis besar gila dan nipis tu. bukan susah pun nak buat. besarkan ajelah, tambah daging/ayam banyak sikit. cewah, macamlah pandai sangat buat murtabak kan. pengalaman pertama makan murtabak besar gila kat melaka. lepas tu terus jatuh cinta. tapi kat kuala lumpur ni setakat saje-saje nak pi cari murtabak besar ni memang taklah. tapi murtabak cheese ni memang indigenous kat kawasan kampung melayu majidee ni. tempat pun agak terpencil sebenarnya. aku pergi yang majid punya, dekat dengan sekolah. macam kacang pool tu jugak, sekali makan boleh kenyang sampai petang. sebenarnya ada 3 tempat jual murtabak cheese cenggini tak salah aku. 3 owner berbezalah kot and 3 kesedapan yang berbeza (aku rasa). rugi sikitlah sebab tak sempat nak merasa yang lain-lain tempat punye. tapi tak pe, next time ada lagiii.... dalam hati sikit punya jeles tengok org joho ni sesenang je pi kedai murtabak beli murtabak naik motor je lahai. aku ni kena travel 4 jam baru dapat rase. pissed off sungguh la kan.. lololol!

ni pon kongsi 2 orang.

ramai yang datang dan pergi sesuka hatimu. pelbagai bangsa jugak datang. nampak sangat kena dengan tekak semua bangsa kan. punyelah sedap and rangup sampai terbayang-bayang walaupun 3 hari belalu. la ni tengok gambar ni balik dah terliur balik *lap air liur. lepas ni, kalau pergi lagi, boleh try yang dekat masjid tu pulak. 

jadi itu sajalah cerita makan-makan kami kat joho ni. nak pi beli baju joho macam fyn jamal sekeluarga pakai tu tak berkesempatan sebab tak adalah banyak masa sangat sebenarnya. tapi mesti ada next time punyalah lepas ni! kepada orang johor, ampunilah aku kalau post aku ni kot tak betui ka, ada tempat makan lagi sedap kaa..mai mai promote kat aku  meh.. lepas ni boleh pergi. hehe.  

post lama food@joho sini