Thursday, March 20, 2014

tahniah untuk siapa yang dapat keputusan spm hari ni! tak kisahlah teruk ke tak teruk, asal ada sijil spm tu...wooot wooot!

assalamualaikum wbt.

hari keputusan spm keluar. aku yang tua ni macam excited and jeles pon ada. padahal sekarang ni tak ada pun sedara mara atau adik beradik yang ambik spm. but, i just wnat to wish you guys CONGRATS!  aand selamat menjalani kehidupan orang dewasa pula. banyak pancaroba bila lepas spm ni. especially dah dapat result ni, which this result is like penentu segalanya.

penentu kepada hala tuju mana nak pi.

oh, yang aku jeles ni pun sebab you guys are still young, and you can decide on which path to follow. macam ahkak ni dah tua bangka sesangat tak banyak pilihan dah. kena ikut jalan yang ditetapkan. but for you guys, my advice is, keep on asking. tanyalah orang-orang tua yang macam ahkak ni kemana hala nak pergi. mintak pandangan semua orang. sebab pengalaman masing-masing berbeza-beza. jangan salah hala tuju sudah. kalau nak ikut minat pon takpa. kalau minat architecture, ambik architecture, kalau minat senibina, pi belajaq kat fakulti alam bina kat utm tu (contoh), kalau minat fashion designing, why not just go for it! kalau yang tak pandai belajar, just pick something yang technical. mechanic ke, seni kulinari ke. and if you want to do it, do it perfectly. bersungguh-sungguh. and dalam dunia ni bukan ada course engineering and medic je. baaaaanyak lagi pilihan yang boleh dibuat.

zaman ahkak dulu, ahkak pon tak berapa pandai nk tanya-tanya orang semua bagai, ahkak ikut mana dan je. tapi walaupun dalam jiwa penyesalan menggunung tinggi, tapi cita-cita menggunung tinggi jugak. aaah, malas lah nak kenang zaman lama. yang penting, korang tu ha, muda lagi. kalau dapat masuk u cari course yang reasonable and cepat grad, and cepat kerja, maka itu sangat okay. jangan harapkan kerajaan nak bagi you guys kerja. peluang kerja di sektor kerajaan tak banyak yang disangka, dan saingan maha banyak.

kalau nak dapat klu untuk kecemerlangan masa hadapan, boleh tengok jobstreet. no, ia tidak terlalu awal untuk kamu-kamu sebab dari situ kamu boleh tengok job market untuk course yang kamu bakal pilih. kalau kamu minat bidang editorial, tengok job editors tu banyak ke tak kat jobstreet tu. so that u will know what kind of job u will do in the future. and apa yang diorang nak, contoh nak autocad ke, hebat dalam microsoft excel ke, so bila-bila time belajar tu, dah boleh fokus tentang extra skill yang diperlukan. and boleh tengok, course dan bidang yang digemari ni logik tak untuk kamu senang dapat kerja bila dah habis belajar nanti.

and i do hope that schools nowadays, daripada bergaduh nak buat sistem pbs lah, sistem tak ada peperiksaanlah, sistem satu murid satu sukanlah, cubalah jugak train student ni untuk menghadapi masa depan. buat karnival kerjaya kat sekolah. panggil senior-senior dan alumni-alumni tu. tunjuk kat budak budak yang dalam dunia ni bukan ada engineer and doctors je yang ada masa depan cerah. kerja lain pon boleh dapat masa depan cerah. dan boleh polish skill interview supaya budak budak ni excell dalam interview untuk scholarship ke, untuk mintak kerja promoter time cuti semester ke, dan paling besar, untuk mintak kerja sebenar. ni, asyik nak tunggu zaman universiti je.

dan takut-takutkanlah budak-budak juga dengan ptptn ni. ingatkan mereka, kalau nak belajar, sama ada pi cari duit sendiri untuk topup yuran pengajian, atau nak pinjam, dan jangan lupa bayarbalik! ingat-ingatkanlah budak-budak supaya hidup meminjam ni tak bagus, dan berjimat cermat bila kat uni tu. budak sekarang bijak dah. banyak dah ada bisnes sendiri untuk top up kehidupan uni. kalau nak pinjam, biar betul betul terdesak, baru pinjam. boleh? sebab nanti baru nak start kerja dah ada hutang bertingkek-tingkek, maka tak rock aa kan.

okay, that's all for know. banyak pulak ahkak membebels ni. ahkak tengah malas sangat ni. nak pi meratap nasib pulak.

2 comments:

  1. zura, masa zaman i dulu, rasanya hanya terdedah pada professional career je i.e, engineer, accountant, doctor, architech. but actually, banyak lagik bidang kerjaya yg ada... betui...pendedahan tu penting..hopefully skang nih bebudak lebih bukak mata tgk masa depan depa, bukan bukak mata tgk apa trend kengkawan skang je.... heheheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true st! saya pon sama didedahkan dengann professional career je. and parents pun macam tu. and usually profesional career ni memerlukan result yang bagus. saya yang result sedang-sedang je masa tu, tak tau nak pergi ke arah mana sebab tak layak untuk bidang tu. betul. hopefully budak budak sekarang ni tahu apa yang nak dibuat kalau tak dapat result yang sangat bagus.

      Delete