Friday, March 21, 2014

rahsia tarikh lahir

assalamualaikum wbt,

aku ternampak rahsia tarikh lahir kat blog seseorang. aku rasa macam sayang pulak kan kalau tak copy kat sini sebab bila aku calculate tarikh lahir aku, macam beeeest je. haha.. tak  kisahlah kalau tak betul pon. asalkan boleh memberi motivasi pada aku ni ha. atau tak meratap sangat dengan kehidupan aku sekarang (bersyukur sikit boleh?). so kalau nak kira-kira tarikh lahir korang and tau korang punya personaliti (aku suka personaliti test cenggini) boleh terjah sini. pepandailah korang kira sendiri ye. hehehe..

so selepas pengiraan untuk aku ni dibuat, aku memiliki ciri dominan nombor 6 dan ciri rangkaian nombor 4 dan 7. ni aku copy dari blog tersebut;

untuk ciri dominan;


Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).
untuk ciri rangkaian;
Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.
Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.
xxxxxxxxx
yang aku tak boleh blah, aku ni bersopan dan berbudi bahasa, citarasa yang tinggi, mudah hidup senang dan mewah ---> memang tak boleh tahanlah description nya kan. dikatakan bahawa benda ni tepat dalam 80% macam tu. not sure lah aku harap nanti-nanti adalah tu aku mudah hidup senang dan mewah. mungkin aku patut bersyukur sekarang ni pun dah rasa cukup mewah dah. adoi, silalah bersyukur, the more you feel grateful about it, the more you got it. tu lah yang aku baca dalam buku the secret (o man, aku lupa ambil voucher buku lagi hari ni.. T___T). so okaylah, mungkin betullah part tu. yang bersopan santun dan berbudi bahasa tuu...errrmmm... entahlah.. bukan akulah yang nak menge'judge'nya kan. heehe. 
mungkin pathway aku ni dah betul kot. sebab katanya aku akan berjaya dalam bidang pendidikan. sebab aku pon memang ada cita-cita nak jadi lecturer (bila nak kesampaian ni). hopefully cita-cita aku tercapailah hendaknya (ameen). 

and yang kontra tu pulak mungkin betul kot. tapi aku bukan perfectionist ye, dan bukan mahukan kesempurnaan sangat. bagi aku asal kerja siap. hahah! mungkin ni  kot yang lagi 20% tak betul tu. tapi yang penting Albert einstein adalah salah seorang yang memiliki nombor dominan ini. perukah aku drop out school? eh kejap, albert einstein drop out from college tak? hehe. 

okay itu je yang nak share untuk kali ni. kalau nak buat, silalah calculate ye. banyak lagi sebenarnya, tapi aku ambik yang basic je. 

4 comments:

  1. Zura, gigih i buat for myself malam tadi... heheheh :-P

    ReplyDelete
  2. wah..nice sharing ya....jln2 blogwalking
    jemput follow blog i ye
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete