Tuesday, March 4, 2014

nak kurus? -perbaiki metabolisma badan

assalamualaikum wbt.

macamana perkembangan berat badan anda? makin kembang atau makin kuncup? hehe.

hari ni nak share post dari 'weed 'em reap' yang mana aku suka pendekatan diet dia dengan makan 'real food' dan go paleo. so selain dari makan real food, untuk faham badan kita sendiri untuk turun berat badan pun penting. yang rendang-rendang macam aku ni, sure jeles dengan orang-orang yang metabolisme tinggi ni kan. makan macam naga pun badan macam model. contoh paling dekat, adik aku. aku tengok cara makan dia memang tahap naga dan asyik lapar memanjang. tapi kurus je. padahal dari satu perut. acaner tu?

so untuk orang normal macam kita ni, kenalah belajar sikit-sikit pasal metabolism. kata-kata mudah;

metabolism tinggi = pembakaran makanan dalam badan cepat = kurus sentiasa
metabolism rendah = pembakaran makanan dalam badan lambat = gemuk sentiasa

so, metabolisma ni pun dipengaruhi oleh cara kita makan jugak. ada yang kata tak ada satu makanan pun yang boleh meningkatkan metabolisma. ada yang kata certain makanan atau buah-buahan yang boleh meningkatkan kadar metabolisma. jadi tak salah nak cuba dan tengok tindakan badan kita tu macam mana. kalau tak turun, maka tak sesuai. kalau turun, maknanya sesuai. sebab setiap orang memang unik, jadi kena cuba.

so, post yang aku nak share ni berkongsi tentang cara beliau nak memperbaiki kadar metabolisma badan. boleh tengok sini.

ringkasnya,

Dengan garam pun boleh meningkat kan metabolism. but in moderation. janganlah dimakan setong garam tu nanti dehydrate pulak. so janganlah risau nak kasi sedap makanan dengan garam. and stir fry your vege with salt and pepper. its okay.

and seimbangkan pengambilan air. kalau ikutkan kevin zhari pun dia tak statekan sangat berapa litre air minum sehari. tapi sekurang-kurangnya sampai air kencing kita tu jernih. maka, air dalam badan kita dah cukup. kalau kita dahaga, minumlah. indicator adalah air kencing. sebab badan pun ada sistem dia sendiri dan keperluan mengikut waktu. blog ni pun ada bagi link untuk tahu lebih lanjut tentnag pengambilan air yang mencukupi.

makan mengikut kalori yang diperlukan badan pun penting juga. mesti korang pernah dengar tentang bila badan tak boleh dan tak ada kalori untuk dibakar, ia akan berada dalam mod kelaparan, bila dalam mod kelaparan, badan akan kurangkan proses (atau bakar) makanan. jadi metabolisma menurun. jadi, boleh kira kalori keperluan, dan makan mengikut kalori yang diperlukan. tak perlu berlapar. zaman diet yang perlu berlapar ni dah berlalu. modern diet, makan makanan sihat, tak payah berlapar, dan minum air yang mencukui.

ambil saturated fat atau lemak tepu! wow! zaman dulu kita punyalah anti lemak. kalau gemuk sikit maknanya lemak banyak. kalau makanan berlemak tinggi, kena elak. lemak dah kira macam musuh utama dalam pemakanan. sejak aku tonton dokumentari 'the big FAT truth' aku baru sedar yang selama ni kita memang dimomokkan dengan kejahatan lemak dalam badan. padahal lemak sebenarnya ada macam-macam jenis. kita belajar sains sekali imbas je, tapi tak mempratikkan maka kita lupa.

tapi tapi tapi!

saturated fat memang tak bagus, but ambil sikit dalam diet kita boleh menggalakkan metabolisma. badan kita memang dah proses semua makanan secara semulajadi. jadi there's noharm if we eat saturated fat in moderate way and 'SELECTED ONES'. baca tu, selected ones. so dalam contoh yang blog ni bagi, beliau consume butter and coconut oil. oh and one more thing. perasan tak mat salleh sekarang are obsessed with coconut oil? yes, kita dah lama pakai coconut oil untuk masak. nenek aku dulu pakai coconut oil je buat masak sebelum ada minyak kelapa sawit. but because they prepare it in natural way, nenek-nenek kita hidup lama. and coconut oil banyak sangat benefitnya. so jangan memandang serong dengan minyak kelapa ni.

tidur yang cukup pon sangat membantu kalau nak tingkatkan metabolisma. yang ini aku masih struggle dan cuba untuk buat. sebab malam-malam selalu ada cerita best kat tv yang buat aku terpaksa berjaga. paling awal aku boleh tidur pun pukul 12. huhu.. so, sleep tight everyone. go to sleep early and wake up fresh!

waah ingat nak bagi link je, tetiba buat rumusan panjang pulak. okay, kalau nak baca dengan lebih teruja, boleh pergi terjah sini ye!

8 comments:

  1. nice entry zura! sgt helpful to me yg makan mcm naga dan berat pon mcm naga jugak.... ahahahah... in simple word, eat in moderation kan... bukan pilih2 food mana nak makan, food mana elak (except food yg memang x sihat). Org selalu tanak makan nasik bila diet... padahal badan still perlukan carb... let's eat healthily (eh....cam ni ke eja? kikikiki).

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul. papehal pon kena in moderation. sebab real food tu tercipta untuk dimakan. lainlah kalau food yang dah diproses. nasi tu boleh je makan. tapi ikut sesetengah badan jugak. sebab badan orang lain-lain unik.. yeah! lets eat healthily!

      Delete
  2. ida suka!!! betul2 betul2.. ida pantang orang diet tak makan nasii... mane bolehhhh....... boleh je makan nasi tapi small portion la kannn.... minum air banyak + kene exercise.. ida sedang buat niii semua.. doa doa laaaa ida nyee berat menurun... sbb ida ni kategori metabolisme rendahhh.. hukhukhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita doa sama-sama and jom kurus sesama! tula kadang-kadang, makan nasi tu dengan lauk-lauk tu kalori lagi kurang dari makan mi goreng makanan lain-lain. plus, makan nasi prtion kecik, plus, banyakkan lauk tinggi serat. jadi takyah kecoq ayaq lioq nak makan nasi.. hehe

      Delete
  3. Bagus entri Zura ni...info yang membantu juga untuk tingkatkan metabolisma kita yang sedang berusaha turunkan berat badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. slain dari tengok potion pemakanan, penting jugak untuk tahu kadar metabolism kita so that action yang kita amek tu betul.

      Delete
  4. Assalam,

    salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, jemput ziarah lagi, baca rambling-rambling dari saya. hehe.

      Delete