Wednesday, March 5, 2014

kusangkakan panas hingga ke petang, memang panas hingga ke petang

assalamualaikum wbt.

kat sini aku nak menasihati semua, kurangkan aktiviti luar sebab sekarang musim memang tengah sangat panas. mak aku selalu exercise kat taman waktu pagi, tu pon aku kata jangan pergi dah buat sementara waktu. bahaya sangat sekarang ni.

banyakkan minum air, dan kalau boleh duduk rumah je, atau duduk office je.

kesannya terkena pada aku jugak ni. dah dua hari dah aku pening kepala. sebab otak aku ni jenis sensitif. pantang kena panas sikit. tengahari memang jangan harap dapat makan kat office, cafe pon tak ada. jadi kena keluar juga. so, selalunya bila watu lapar tu kena tanga matahari terpacak kat kepala, nak taknak kena keluar jugak. huhu.. untunglah siapa yang ada cafe kat office. and paling untuk kalau ada cafe yang SEDAP kat office.

petang pulak jerebu makin menjadi jadi. walaupun sekarang ada hujan sikit-sikit (alhamdulillah) tapi jerebu tetap ada. especially kawasan bangi ni, melampau pulak jerebunya. obvious sangat bau asap. selain otak, darah aku pon sensitif sama. darah aku ada sensitiviti terhadap carbon monoxide yang tinggi jadi kalau terhidu sikit asap, memang tangkap kepala, terus pening. pening ganda dua memang terbaiklah kan. pakej dua kali ganda.

tambah pulak, kawasan office ala-ala terbuka. bila masuk lab, sejuknya ada tapi macam ada asap circulate sekali. ape ke sistem perekonan lah yang office ni guna. tak faham aku. dah kalau nak buat lab kena berjalan keluar masuk ke sana ke mari. kena jugaklah redha dan mendedahkan diri terhadap cahaya matahari dan bau asap.

jadi kawan-kawan, jaga kesihatan, minum air banyak. kalau sesiapa yang ada masalah macam aku ni, sensitif panas dan asap, kurangkanlah aktiviti. kalau dapat cuti duduk rumah senyap senyap pon terbaik jugak. time-time macam ni mulalah terasa nak migrate ke negara sejuk. okay, okay dah sampai sini saja. bye, salam..

4 comments:

  1. take care zura...makin menjadi-jadi plak eh jerebu ni... alhamdulillah, ada gak hujan turun area KL tu... kalo tak mesti lagi teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. hari ni dah makin okay. less asap. hopefully hujan banyaklah esok esok.ameen..

      Delete
  2. True la..I dah terkena bahanya last week..Berdenyut2 kepala..Then bila panas kita jadi letih padahal bukan buat kerja apa sangat pun..Sampai tahap husband tersengguk2 ngantuk masa drive sebab letih, dan letih disebabkan panas. bahaya sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bnc! i pun memang cepat letih. especially bile dah ter expose ngan udara panas and asap ni. pening kepala. yes, bahaya to the drivers tu! today, balik makan tengahari i tutup kepala dengan bag masa nak balik office sebab panas sangat, and lepas tu bila rasa bag tu, punyelah panas. bayangkanlah kalau kena straight to kepala.

      Delete