Monday, March 17, 2014

kami histeria?

assalamualaikum wbt.

sihat korang? alhamdulillah, dah bising banyak sangat pasal selangoq ni panaih la, berjerebu la, berkabuih tapi bau asap la kan, start semalam hujan dok tughun sampai la ni dok reduuuup saja. syukurrr.. baru rasa macam mana sejuk nya dunia setelah sekian lama. tapi ada setengah kawasan ayaq dok catu lagi. so, sabaqla no.. tunggu ayaq empangan penuh dulu sebab la ni dah start hujan.

aih aih..

cakap utara pulak. hihi..

korang, sudah tengok ka itu kami histeria?

ala, cerita yang ada 5 orang perempuan dengan band nama histeria bersekongkol dengan langsuir untuk buat album tu...

haaaaaa... yang ada fazura tuu..

okay, dah dapat?

cerita ni walau pun dah lama, tapi aku baru tengok. dan sesungguhnya cerita ni best woi! sila tengok! unik, kelakar, seram sikit-sikit, boleh tengok 8 kali tanpa jemu.

aku kalau dah tengok 8 kali tanpa jemu tu kira cerita tu bestlah. cerita ringan, tapi best. and kalau suka fazura, pon boleh tengok. kalau suka konsep macam cerita gol and gincu, pon boleh tengok. kalau rasa korang ada geng, lepas tu masing-masing ada perangai pelik masing-masing, pun boleh tengok.


rumah diorang memang cool gila. 

so, dalam cerita ni ada 5 orang budak perpempuan yang ada band nama histeria. aku malas nak cerita dia punya jalan cerita, korang boleh tengok sendiri secara online kat sini. aku suka watak BAD dalam cerita ni, nama badariah panggil bad, ganas gila dahlah suara kasar (lakonan sara ali). yang lain-lain pon memang terbaiklah lakonan, umi omar pon macam tak pernah dengar nama dia tapi aku suka jugak dia berlakon. mila pun sesuai sangat watak gedik tu dengan dia. diana daniel dalam ni nampak matang sesangat dan nad zainal memang bestlah sebab dialog dia paling sikit. dan of course, fazura yang cakap slang utara yang tak berapa jadi tu but still ada style tersendiri, memang bestlah! and the song pon walaupun mula-mula dengar biasa je, boleh humming jugak sesaje bila dengar selalu-selalu sangat. adakah sebab ia keras? hehe.

so, siapa yang tak tengok lagi kami histeria, dan ada kriteria-kriteria yang aku sebut kat atas tu (suka fazura contohnya) boleh tonton. boleh simpan dalam laptp, boleh tengok sambil baring kat katil. okay! layan dengan housemate pon cool jugak!

adios amigos!

2 comments: