Tuesday, March 11, 2014

berdoa untuk MH370

assalamualaikum wbt.

tak banyak sagat nak update hari ni, masa suntuk. apa-apahal pun, hari ni dah masuk hari yang ke 4 pesawat MH370 hilang. ada juga yang share macam-macam spekulasi. terpulanglah kepada sesiapa yang nak mempercayainya atau tidak. manusia ini hebat, macam-macam perkara boleh kita fikirkan sebab kita pun tak tahu mana hujung pangkalnya, sebab yelah, hilang begitu sahaja.

ramai juga yang berkongsi tentang temubual MHI pagi tadi bersama Kapten Norudin. dan aku juga ada dapat gambar yang kurang enak dilihat, berkemungkinan besar hasil photoshop. alahai rajinnya manusia nak photoshop semua bagai kan..

apa-apahal pun, di lubuk hati aku masih berdoa dan berharap, agar mereka selamat. dalam apa cara sekali pun, mereka selamat insyaaAllah.

2 comments:

  1. i just hope that we find them soon... (sedih...walaupun bukan ahli keluarga mereka...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul st. walaupun bukan ahli keluarga, tetap sedih sebab melibatkan banyak nyawa.

      Delete