Monday, March 31, 2014

last day

last day of March.

Hello April!

and I wish that April is nice to me. More vacation perhaps? ngee..

Saturday, March 29, 2014

dua tahun setengah

assalamualaikum wbt.

dah dua tahun setengah tau. dua tahun setengah aku belajar biologi molekul secara terkejut. tak termasuk 1 tahun kerja bidang tu. so total up lebih kurang 3 tahun setengah. sepatutnya dah expert, dah pandai gila, dah terel pejam mata boleh jawab soalan biologi molekul undergrad.

oh ya, belajar secara terkejut maksudnya tiba-tiba masuk bidang tu. sebelum ni buat benda lain. belajar benda lain. tapi tak apa. aku terima cabaran tu. biarlah lambat asal aku absorb semua benda yang aku belajar secara praktikal ni. memang ambil masa sikit. tapi memang mencabar..

so bila rasa tercabar je boleh lah teringat kat kata-kata ni;



haha, so it desnt have to be exactly 3 years untuk habis belajar kan... lambat-lambat pun tak pe.. (cari alasan lettew). lagipun aku ni pun belajar terkejut kan, kenalah belajar lama sikit kasi tak bengap dah. nak jadi lecturer, kenalah tahu semua. tu pun aku ingat lepas ni aku nak sambung buat post-doc pulak. tu pun kalau tak ada rezeki kerja tetap. atau mungkin sementara nak dapat kerja tetap kan..

ok ok... i am much much better than rolls-royce. think positive.

Friday, March 28, 2014

cara makan pun beri effect

assalamualaikum wbt.

this time, aku nak share sikit-sikit apa yang aku makan sebelum ni. sebelum ni maksudnya sebelum aku give up dan malas. muahahahahah! aku ni teruk sikit. bila dah nampak ada penurunan sikit, mulalah malas itu malas ini kan. padahal pemakanan tu penting. tapi sampai sekarang aku masih teruskan jugaklah exercise. tu pun dah tak hari-hari macam dulu.. mana semangat niiii!!!!!

tapi tak pe. dengan terpostnya gambar-gambar ini, aku harap akan menimbulkan semangat yang semakin pudar itu. kalau post gambar je lebih tapi tak buat dah lepas tu mesti ada rasa malu-malu sikit kan?? haha.. ape kah motif.

so these were what i eat during my 'semangat' days. puyelah semangat kan. first month (january) tu kan adalah jumlah sayur terbanyak aku makan. gila achievement terbaik aku. entah bilalah nak tune balik otak 'today is better than tomorrow' ni. wuwuwuwuuu...

Breakfast today! Now i have some nice thing to look forward to. :D #healthylifestyle
scramble egg, tomato, bawang besar, lettuce, ground herb, mushrooms and ngelat sikit ada sos cili.

Kan best kalau hari hari ada masa buat breakfast macam gini. #healthylifestyle
same, tapi instead of scramble egg, aku buat omelette.

Morning march! How time flies T_T huhu.. #eatclean #journeytoweightloss
scramble egg with milk, ada broccoli sikit, and lettuce. fresh apple juice without sugar.

Banana raspberry smoothies. Im not a frut person but i really love banana. Jadi bileh letak dalam apa saja smoothies yg disukai! Plus, takdelah mengidam sangat nak makan aiskrim. :) #journeytoweightloss
sometimes, i made fruit smoothies. this one i put banana, raspberries, and plan yogurt. blend together.

tak banyak sangatlah pun. usually aku buat pagi benda-benda ni semua. memang kenyang sampai tengahari. takdelah pukul 11.30 aku meragau cari food. selalunya 11.30 pagi dah lapar, makan tengahari awal, lepas tu pukul 3-4 dah lapar balik. mualah cari snacks yang merepek-repek.

aku baca somewhere yang kita kena start morning breakfast with proteins. so telur memang sumber protein terbaik. dan ada greens sikit for fibers. and smoothies, memang alasan tebaik untuk makan buah-buahan. sebab aku bukan pemakan buah tegar.

so itulah dia. hopefully lepas ni aku rajin lah balik. alasan aku sekarang dah tak beli buah dah, jarang pergi kedai dah sekarang, and jarang beli sayur. sebab sekarang malas sangat masak. T___T.

adios amigos

happy eating healthy!

Tuesday, March 25, 2014

#MH370

assalamualaikum wbt.

hari  ni hari berduka buat kita semua. walaupun mungkin ada sesetengah rasa ia memang tak ada kena-mengena, sebagai rakyat malaysia, aku ada kena-mengena, semua rakyat malaysia ada kena mengena.

berita dari Najib Tun Razak semalam dah mengkonklusikan segalanya. dan persoalan sama ada masih ada atau tidak mh370 tu pun dah terjawab semalam. press conference tengahari tadi pun dah menyokong akan hal semalam. jadi al fatihah untuk penumpang dan pekerja yang seagama. and rest in peace to the rest.

and sincere condolences to the friends and families involved. semoga tabah, kuat dan teruskan kehidupan.


regards.

Monday, March 24, 2014

semak status perjalanan

assalamualaikum wbt.

tak lama lagi aku macam nak pergi bercuti. luar malaysialah tapi. siap-siap buat pasport semua memang ada drama di sebalik buat pasport ni. plus, ni baru first time ni nak berjhemba dan ber honeymoon. dah hampir 4 tawoon kawen kenalah ada mood honey to the moon di tempat best-best.

tempat mana? nanti balik karang lah aku bagitau. tapi lama-tak lama pun, lama lah jugak lagi..

oh ye, memandangkan aku ni peminjam tegar ptptn, dan pernah terjadi pada member aku sendiri dan berberapa cerita lain yang pernah didengari, yang sesiapa yang tak bayar, nama akan diblack list dan tak boleh keluar negara. memang  kesianlah kan dah sampai dekat pintu masuk, nak boarding dah ni, tiba-tiba takk boleh pergi sebab tak bayar pinjaman ptptn.

hadoilah..

so aku ni kira sedar diri sikitlah. bukan sedar diri nak bayar, tapi sedar diri nak pergi check kat website imigresen untuk tengok sama ada nama kita diblacklist atau tak.

boleh terjah sini terus.

key in ic dan boleh tahu status.

alhamdulillah keputusan aku haruslah tak ada halangan! hahaha...


boleh lah aku berjhemba dengan gembira. aku nervous pun sebab aku peminjam tegar, tapi pembayar tegar tu tak ada sangat. pernah bayar, tapi tak adalah nak berkala sangat. maklumlah, banyak lagi baju dan kasut dan bag nak kena beli. 

so, sesiapa taknak kena tahan dan meratap pemergian rakan-rakan lain/ family members lain yang sudah melepasi pintu gate pelepasan meninggalkan pembayar tak tegar ini, silalah cek dulu ye. kalau ada halangan tu, boleh je terus bayar (melalui online ke) dan mungkin ambil masa sikit kot. but better be safe dan sorry kan! 

adios!

Friday, March 21, 2014

rahsia tarikh lahir

assalamualaikum wbt,

aku ternampak rahsia tarikh lahir kat blog seseorang. aku rasa macam sayang pulak kan kalau tak copy kat sini sebab bila aku calculate tarikh lahir aku, macam beeeest je. haha.. tak  kisahlah kalau tak betul pon. asalkan boleh memberi motivasi pada aku ni ha. atau tak meratap sangat dengan kehidupan aku sekarang (bersyukur sikit boleh?). so kalau nak kira-kira tarikh lahir korang and tau korang punya personaliti (aku suka personaliti test cenggini) boleh terjah sini. pepandailah korang kira sendiri ye. hehehe..

so selepas pengiraan untuk aku ni dibuat, aku memiliki ciri dominan nombor 6 dan ciri rangkaian nombor 4 dan 7. ni aku copy dari blog tersebut;

untuk ciri dominan;


Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).
untuk ciri rangkaian;
Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.
Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.
xxxxxxxxx
yang aku tak boleh blah, aku ni bersopan dan berbudi bahasa, citarasa yang tinggi, mudah hidup senang dan mewah ---> memang tak boleh tahanlah description nya kan. dikatakan bahawa benda ni tepat dalam 80% macam tu. not sure lah aku harap nanti-nanti adalah tu aku mudah hidup senang dan mewah. mungkin aku patut bersyukur sekarang ni pun dah rasa cukup mewah dah. adoi, silalah bersyukur, the more you feel grateful about it, the more you got it. tu lah yang aku baca dalam buku the secret (o man, aku lupa ambil voucher buku lagi hari ni.. T___T). so okaylah, mungkin betullah part tu. yang bersopan santun dan berbudi bahasa tuu...errrmmm... entahlah.. bukan akulah yang nak menge'judge'nya kan. heehe. 
mungkin pathway aku ni dah betul kot. sebab katanya aku akan berjaya dalam bidang pendidikan. sebab aku pon memang ada cita-cita nak jadi lecturer (bila nak kesampaian ni). hopefully cita-cita aku tercapailah hendaknya (ameen). 

and yang kontra tu pulak mungkin betul kot. tapi aku bukan perfectionist ye, dan bukan mahukan kesempurnaan sangat. bagi aku asal kerja siap. hahah! mungkin ni  kot yang lagi 20% tak betul tu. tapi yang penting Albert einstein adalah salah seorang yang memiliki nombor dominan ini. perukah aku drop out school? eh kejap, albert einstein drop out from college tak? hehe. 

okay itu je yang nak share untuk kali ni. kalau nak buat, silalah calculate ye. banyak lagi sebenarnya, tapi aku ambik yang basic je. 

Thursday, March 20, 2014

tahniah untuk siapa yang dapat keputusan spm hari ni! tak kisahlah teruk ke tak teruk, asal ada sijil spm tu...wooot wooot!

assalamualaikum wbt.

hari keputusan spm keluar. aku yang tua ni macam excited and jeles pon ada. padahal sekarang ni tak ada pun sedara mara atau adik beradik yang ambik spm. but, i just wnat to wish you guys CONGRATS!  aand selamat menjalani kehidupan orang dewasa pula. banyak pancaroba bila lepas spm ni. especially dah dapat result ni, which this result is like penentu segalanya.

penentu kepada hala tuju mana nak pi.

oh, yang aku jeles ni pun sebab you guys are still young, and you can decide on which path to follow. macam ahkak ni dah tua bangka sesangat tak banyak pilihan dah. kena ikut jalan yang ditetapkan. but for you guys, my advice is, keep on asking. tanyalah orang-orang tua yang macam ahkak ni kemana hala nak pergi. mintak pandangan semua orang. sebab pengalaman masing-masing berbeza-beza. jangan salah hala tuju sudah. kalau nak ikut minat pon takpa. kalau minat architecture, ambik architecture, kalau minat senibina, pi belajaq kat fakulti alam bina kat utm tu (contoh), kalau minat fashion designing, why not just go for it! kalau yang tak pandai belajar, just pick something yang technical. mechanic ke, seni kulinari ke. and if you want to do it, do it perfectly. bersungguh-sungguh. and dalam dunia ni bukan ada course engineering and medic je. baaaaanyak lagi pilihan yang boleh dibuat.

zaman ahkak dulu, ahkak pon tak berapa pandai nk tanya-tanya orang semua bagai, ahkak ikut mana dan je. tapi walaupun dalam jiwa penyesalan menggunung tinggi, tapi cita-cita menggunung tinggi jugak. aaah, malas lah nak kenang zaman lama. yang penting, korang tu ha, muda lagi. kalau dapat masuk u cari course yang reasonable and cepat grad, and cepat kerja, maka itu sangat okay. jangan harapkan kerajaan nak bagi you guys kerja. peluang kerja di sektor kerajaan tak banyak yang disangka, dan saingan maha banyak.

kalau nak dapat klu untuk kecemerlangan masa hadapan, boleh tengok jobstreet. no, ia tidak terlalu awal untuk kamu-kamu sebab dari situ kamu boleh tengok job market untuk course yang kamu bakal pilih. kalau kamu minat bidang editorial, tengok job editors tu banyak ke tak kat jobstreet tu. so that u will know what kind of job u will do in the future. and apa yang diorang nak, contoh nak autocad ke, hebat dalam microsoft excel ke, so bila-bila time belajar tu, dah boleh fokus tentang extra skill yang diperlukan. and boleh tengok, course dan bidang yang digemari ni logik tak untuk kamu senang dapat kerja bila dah habis belajar nanti.

and i do hope that schools nowadays, daripada bergaduh nak buat sistem pbs lah, sistem tak ada peperiksaanlah, sistem satu murid satu sukanlah, cubalah jugak train student ni untuk menghadapi masa depan. buat karnival kerjaya kat sekolah. panggil senior-senior dan alumni-alumni tu. tunjuk kat budak budak yang dalam dunia ni bukan ada engineer and doctors je yang ada masa depan cerah. kerja lain pon boleh dapat masa depan cerah. dan boleh polish skill interview supaya budak budak ni excell dalam interview untuk scholarship ke, untuk mintak kerja promoter time cuti semester ke, dan paling besar, untuk mintak kerja sebenar. ni, asyik nak tunggu zaman universiti je.

dan takut-takutkanlah budak-budak juga dengan ptptn ni. ingatkan mereka, kalau nak belajar, sama ada pi cari duit sendiri untuk topup yuran pengajian, atau nak pinjam, dan jangan lupa bayarbalik! ingat-ingatkanlah budak-budak supaya hidup meminjam ni tak bagus, dan berjimat cermat bila kat uni tu. budak sekarang bijak dah. banyak dah ada bisnes sendiri untuk top up kehidupan uni. kalau nak pinjam, biar betul betul terdesak, baru pinjam. boleh? sebab nanti baru nak start kerja dah ada hutang bertingkek-tingkek, maka tak rock aa kan.

okay, that's all for know. banyak pulak ahkak membebels ni. ahkak tengah malas sangat ni. nak pi meratap nasib pulak.

Wednesday, March 19, 2014

konsep kerja sejam rehat 3 jam.

assalamualaikum wbt. 

pernah dengar tak konsep ini? 

aku lah tu, berejam-rejam buat kerja, berjam-rejam juga berpoya-poya! penatnya lah hai macam lah kerja buruh. 

pagi tadi, siap melayari hotel-hotel menarik untuk didiami dan berdekatan lagi konon nak ber 'getaway'. getawaylah sangat kan.. kerja pun tak siap lagi. huhu.

okaylah, ini sangat random nanti aku mai sini berandom lagi.. 

Tuesday, March 18, 2014

ehem. not ready.



walaupun dalam jiwa dan secara realitinya aku boleh kata not ready, data aku bersepah macam hapa, kena ambil masa (now dah more than 2 weeks) untuk sort out semua, dalam hati masih termimpi-mimpi kata-kata sv;

"okay, awak boleh writing sekarang!"

gila heaven! haha.

how i wish....~

Monday, March 17, 2014

kami histeria?

assalamualaikum wbt.

sihat korang? alhamdulillah, dah bising banyak sangat pasal selangoq ni panaih la, berjerebu la, berkabuih tapi bau asap la kan, start semalam hujan dok tughun sampai la ni dok reduuuup saja. syukurrr.. baru rasa macam mana sejuk nya dunia setelah sekian lama. tapi ada setengah kawasan ayaq dok catu lagi. so, sabaqla no.. tunggu ayaq empangan penuh dulu sebab la ni dah start hujan.

aih aih..

cakap utara pulak. hihi..

korang, sudah tengok ka itu kami histeria?

ala, cerita yang ada 5 orang perempuan dengan band nama histeria bersekongkol dengan langsuir untuk buat album tu...

haaaaaa... yang ada fazura tuu..

okay, dah dapat?

cerita ni walau pun dah lama, tapi aku baru tengok. dan sesungguhnya cerita ni best woi! sila tengok! unik, kelakar, seram sikit-sikit, boleh tengok 8 kali tanpa jemu.

aku kalau dah tengok 8 kali tanpa jemu tu kira cerita tu bestlah. cerita ringan, tapi best. and kalau suka fazura, pon boleh tengok. kalau suka konsep macam cerita gol and gincu, pon boleh tengok. kalau rasa korang ada geng, lepas tu masing-masing ada perangai pelik masing-masing, pun boleh tengok.


rumah diorang memang cool gila. 

so, dalam cerita ni ada 5 orang budak perpempuan yang ada band nama histeria. aku malas nak cerita dia punya jalan cerita, korang boleh tengok sendiri secara online kat sini. aku suka watak BAD dalam cerita ni, nama badariah panggil bad, ganas gila dahlah suara kasar (lakonan sara ali). yang lain-lain pon memang terbaiklah lakonan, umi omar pon macam tak pernah dengar nama dia tapi aku suka jugak dia berlakon. mila pun sesuai sangat watak gedik tu dengan dia. diana daniel dalam ni nampak matang sesangat dan nad zainal memang bestlah sebab dialog dia paling sikit. dan of course, fazura yang cakap slang utara yang tak berapa jadi tu but still ada style tersendiri, memang bestlah! and the song pon walaupun mula-mula dengar biasa je, boleh humming jugak sesaje bila dengar selalu-selalu sangat. adakah sebab ia keras? hehe.

so, siapa yang tak tengok lagi kami histeria, dan ada kriteria-kriteria yang aku sebut kat atas tu (suka fazura contohnya) boleh tonton. boleh simpan dalam laptp, boleh tengok sambil baring kat katil. okay! layan dengan housemate pon cool jugak!

adios amigos!

Friday, March 14, 2014

ipu semakin tinggi di selangor.

sumber: http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

assalamualaikum wbt. 

ipu di selangor expecially di kawasan kelang dah mencapai tahap merbahaya. print screen di atas adalah ipu hari ni. pemandangan dari rumah aku berkabus macam kat oversea. tapi kabus merbahaya. nak buka sliding door pun tak berani takut asap masuk rumah. 

yang paling best, petang dua hari lepas, aku balik dari lab, kawasan rumah aku di fogging. ada kes denggilah tu. memang silap besar pergi redah asap fogging untuk naik lif. semalam, aku batuk dan selsema teruk. juga sakit tekak. terasa sangat impaknya this time. kawasan lab pulak open, jadi petang semalam aku keluar masuk lab sebab buat kerja, menambahkan lagi kesengsaraan. Ya Allah kau turunkanlah hujan. 

yang paling teruk untuk budak-budak yang pergi balik sekolah, dan yang main-main di kawasan lapang (yang mana aku nampak ramai sangat budak-budak main kat tempat terbuka petang-petang) mungkin parents tak kisah, atau tak tahu. so aku rasa di waktu macam sekarang ni, memang sangat kena limitkan exposure kat luar. 

and for those yang merokok tu, keep your own smoke to yourself. we had enough. kami yang tak merokok ni pun sakit kepala nak menghadap jerebu yang teruk ni, please don't add it some more. plus, gaya kau merokok depan orang sambil hembus-hembus asap rokok kau di waktu ini pun dah cukup berdosa. sila sedar. the saddest part is, i saw myself, si ayah merokok sambil dukung baby (pemandangan biasa malaysia mungkin?). nak anak tu mati ye? kalau tak mau, sila bagi aku. sigh sigh sigh. 

that's all for now. again, jaga kesihatan, minum air banyak, mandi kerap sikit pun tak apa sebab kasi sejuk badan. take care of yourself and you love ones ye. 

Tuesday, March 11, 2014

berdoa untuk MH370

assalamualaikum wbt.

tak banyak sagat nak update hari ni, masa suntuk. apa-apahal pun, hari ni dah masuk hari yang ke 4 pesawat MH370 hilang. ada juga yang share macam-macam spekulasi. terpulanglah kepada sesiapa yang nak mempercayainya atau tidak. manusia ini hebat, macam-macam perkara boleh kita fikirkan sebab kita pun tak tahu mana hujung pangkalnya, sebab yelah, hilang begitu sahaja.

ramai juga yang berkongsi tentang temubual MHI pagi tadi bersama Kapten Norudin. dan aku juga ada dapat gambar yang kurang enak dilihat, berkemungkinan besar hasil photoshop. alahai rajinnya manusia nak photoshop semua bagai kan..

apa-apahal pun, di lubuk hati aku masih berdoa dan berharap, agar mereka selamat. dalam apa cara sekali pun, mereka selamat insyaaAllah.

Friday, March 7, 2014

bad project

assalamualaikum wbt.

hari jumaat yang mulia, i nak rambling pasal bad project i lah kan. lamaaaaa tak whine pasal kerja lab i. rindu sesangat. tapi i takdelah nak rambling sangat, just nak share cheng lab- bad project punye parodi lady gaga ni. percaya atau tidak, supervisor i yang awesome tu shares about 'what plos and lady gaga have in commom', tu video lain, more into publishing papers. percaye tak supervisor i nak share-share benda ni, and 'i just wonder, do you even know who the hell is lady gaga?' lolololol!




basically this is what i have in mind every single day. kenapa aku buat kerja ni, kenapa aku sambung belajar, attempt to find clerical work, tak dapat result dan stress.. sekarang ni pon stress sebab tak dapat result padahal kerja tu tak ada kena mengena dengan projek aku kot. haish..orang kat atas ni pulak mesti dah cukup stress sampai buat video pelik pelik macam ni. amboi amboi.. di lubuk hati teringin nak buat jugak ni. hewhew..

for those who are curious on what i ramble about masa kerja lab, this video describes it all. teringin sangat nak tunjuk kat mak so that dia tau apa yang anak dia ni buat. asyik tanya bila nak habis belajar je. T___T

happy weekend!

Thursday, March 6, 2014

jillian bukan seorang manusia



assalamualaikum wbt.

dah khatam video di atas? ada bran nak buat sampai habis? aku try exercise ni semalam. guess what? mati setengah jalan. macam nak pitam. bila time baring, i baring terus. tak bangun-bangun dah..

it keeps me wondering, si jillian ni manusia ke apa? huhuhuuuuu..

i wish i can do this. tapi tulah, i nak dia bising kat telinga i marah-marah i macam dalam biggest loser tu. hahaha..

by the way, kalau try hari hari dan practice, pasti boleh. and do you guys have any tips to do side plank and push up without tangan mengigil lalu jatuh? tangan tak kuat langsung, i can't do push up 1 kali pun tak boleh.. huhuuu...

good luck!

Wednesday, March 5, 2014

kusangkakan panas hingga ke petang, memang panas hingga ke petang

assalamualaikum wbt.

kat sini aku nak menasihati semua, kurangkan aktiviti luar sebab sekarang musim memang tengah sangat panas. mak aku selalu exercise kat taman waktu pagi, tu pon aku kata jangan pergi dah buat sementara waktu. bahaya sangat sekarang ni.

banyakkan minum air, dan kalau boleh duduk rumah je, atau duduk office je.

kesannya terkena pada aku jugak ni. dah dua hari dah aku pening kepala. sebab otak aku ni jenis sensitif. pantang kena panas sikit. tengahari memang jangan harap dapat makan kat office, cafe pon tak ada. jadi kena keluar juga. so, selalunya bila watu lapar tu kena tanga matahari terpacak kat kepala, nak taknak kena keluar jugak. huhu.. untunglah siapa yang ada cafe kat office. and paling untuk kalau ada cafe yang SEDAP kat office.

petang pulak jerebu makin menjadi jadi. walaupun sekarang ada hujan sikit-sikit (alhamdulillah) tapi jerebu tetap ada. especially kawasan bangi ni, melampau pulak jerebunya. obvious sangat bau asap. selain otak, darah aku pon sensitif sama. darah aku ada sensitiviti terhadap carbon monoxide yang tinggi jadi kalau terhidu sikit asap, memang tangkap kepala, terus pening. pening ganda dua memang terbaiklah kan. pakej dua kali ganda.

tambah pulak, kawasan office ala-ala terbuka. bila masuk lab, sejuknya ada tapi macam ada asap circulate sekali. ape ke sistem perekonan lah yang office ni guna. tak faham aku. dah kalau nak buat lab kena berjalan keluar masuk ke sana ke mari. kena jugaklah redha dan mendedahkan diri terhadap cahaya matahari dan bau asap.

jadi kawan-kawan, jaga kesihatan, minum air banyak. kalau sesiapa yang ada masalah macam aku ni, sensitif panas dan asap, kurangkanlah aktiviti. kalau dapat cuti duduk rumah senyap senyap pon terbaik jugak. time-time macam ni mulalah terasa nak migrate ke negara sejuk. okay, okay dah sampai sini saja. bye, salam..

Tuesday, March 4, 2014

nak kurus? -perbaiki metabolisma badan

assalamualaikum wbt.

macamana perkembangan berat badan anda? makin kembang atau makin kuncup? hehe.

hari ni nak share post dari 'weed 'em reap' yang mana aku suka pendekatan diet dia dengan makan 'real food' dan go paleo. so selain dari makan real food, untuk faham badan kita sendiri untuk turun berat badan pun penting. yang rendang-rendang macam aku ni, sure jeles dengan orang-orang yang metabolisme tinggi ni kan. makan macam naga pun badan macam model. contoh paling dekat, adik aku. aku tengok cara makan dia memang tahap naga dan asyik lapar memanjang. tapi kurus je. padahal dari satu perut. acaner tu?

so untuk orang normal macam kita ni, kenalah belajar sikit-sikit pasal metabolism. kata-kata mudah;

metabolism tinggi = pembakaran makanan dalam badan cepat = kurus sentiasa
metabolism rendah = pembakaran makanan dalam badan lambat = gemuk sentiasa

so, metabolisma ni pun dipengaruhi oleh cara kita makan jugak. ada yang kata tak ada satu makanan pun yang boleh meningkatkan metabolisma. ada yang kata certain makanan atau buah-buahan yang boleh meningkatkan kadar metabolisma. jadi tak salah nak cuba dan tengok tindakan badan kita tu macam mana. kalau tak turun, maka tak sesuai. kalau turun, maknanya sesuai. sebab setiap orang memang unik, jadi kena cuba.

so, post yang aku nak share ni berkongsi tentang cara beliau nak memperbaiki kadar metabolisma badan. boleh tengok sini.

ringkasnya,

Dengan garam pun boleh meningkat kan metabolism. but in moderation. janganlah dimakan setong garam tu nanti dehydrate pulak. so janganlah risau nak kasi sedap makanan dengan garam. and stir fry your vege with salt and pepper. its okay.

and seimbangkan pengambilan air. kalau ikutkan kevin zhari pun dia tak statekan sangat berapa litre air minum sehari. tapi sekurang-kurangnya sampai air kencing kita tu jernih. maka, air dalam badan kita dah cukup. kalau kita dahaga, minumlah. indicator adalah air kencing. sebab badan pun ada sistem dia sendiri dan keperluan mengikut waktu. blog ni pun ada bagi link untuk tahu lebih lanjut tentnag pengambilan air yang mencukupi.

makan mengikut kalori yang diperlukan badan pun penting juga. mesti korang pernah dengar tentang bila badan tak boleh dan tak ada kalori untuk dibakar, ia akan berada dalam mod kelaparan, bila dalam mod kelaparan, badan akan kurangkan proses (atau bakar) makanan. jadi metabolisma menurun. jadi, boleh kira kalori keperluan, dan makan mengikut kalori yang diperlukan. tak perlu berlapar. zaman diet yang perlu berlapar ni dah berlalu. modern diet, makan makanan sihat, tak payah berlapar, dan minum air yang mencukui.

ambil saturated fat atau lemak tepu! wow! zaman dulu kita punyalah anti lemak. kalau gemuk sikit maknanya lemak banyak. kalau makanan berlemak tinggi, kena elak. lemak dah kira macam musuh utama dalam pemakanan. sejak aku tonton dokumentari 'the big FAT truth' aku baru sedar yang selama ni kita memang dimomokkan dengan kejahatan lemak dalam badan. padahal lemak sebenarnya ada macam-macam jenis. kita belajar sains sekali imbas je, tapi tak mempratikkan maka kita lupa.

tapi tapi tapi!

saturated fat memang tak bagus, but ambil sikit dalam diet kita boleh menggalakkan metabolisma. badan kita memang dah proses semua makanan secara semulajadi. jadi there's noharm if we eat saturated fat in moderate way and 'SELECTED ONES'. baca tu, selected ones. so dalam contoh yang blog ni bagi, beliau consume butter and coconut oil. oh and one more thing. perasan tak mat salleh sekarang are obsessed with coconut oil? yes, kita dah lama pakai coconut oil untuk masak. nenek aku dulu pakai coconut oil je buat masak sebelum ada minyak kelapa sawit. but because they prepare it in natural way, nenek-nenek kita hidup lama. and coconut oil banyak sangat benefitnya. so jangan memandang serong dengan minyak kelapa ni.

tidur yang cukup pon sangat membantu kalau nak tingkatkan metabolisma. yang ini aku masih struggle dan cuba untuk buat. sebab malam-malam selalu ada cerita best kat tv yang buat aku terpaksa berjaga. paling awal aku boleh tidur pun pukul 12. huhu.. so, sleep tight everyone. go to sleep early and wake up fresh!

waah ingat nak bagi link je, tetiba buat rumusan panjang pulak. okay, kalau nak baca dengan lebih teruja, boleh pergi terjah sini ye!

Monday, March 3, 2014

ketut

assalamualaikum wbt.

sejak dua tiga hari ni, sejak sejak baru tonton cerita eat, pray, love, padahal dah tengok banyak kali, dan siap tengok kat wayang lagi cerita tu, sejak-sejak baru-baru ni tengok kat tv, teringat-ingat aku tentang cerita tu.

teringat-ingat dengan lagu prancis yang romantik dan mengundang rasa horny.

teringat-ingat betapa cantik nya si julia robert tu.

teringat-ingat seronoknya duduk bali sambil naik basikal, rumah dikelilingi taman, dan ada rakan-rakan yang baik.

teringat-ingat makanan sedap spaghetti dan pizza di Itali.

dan misi mencari Tuhan di India. dan menyaksikan perkahwinan yang dirancang keluarga.

teringat juga pada ketut.

it got me thinking.

seronok snagat kalau kita dapat buat apa hati ingin buat.

melancong misalnya (which kena pakai duit - which still kena kerja- sigh).

atau tidak mengejar keduniaan.

tak kejar wang, tak kejar nama, hanya hidup sederhana, tanpa berlumba-lumba dan tak ada orang-orang yang takut-takutkan kau 'kalau tak beli rumah sekarang, nanti harga rumah makin mahal'.

tak kejar kerja hebat, which end up menjadi hamba kerja, menghadap jam, untuk cycle life yang pathetic.

sentiasa berfikiran positif.

bersikap berani.

dan tenang.

dan sentiasa rasa cukup.

syukur.

lets enjoy life shall we.