Saturday, February 22, 2014

tips penjagaan muka secara semulajadi (and cheap!)

assalamualaikum wbt.

ahkak ni teringin nak cerita mengenai produk kecantikan walaupun ahkak ni tak cantik lah pon. tapi ahkak bersyukur sebab dulu kulit muka ahkak ni gila banyak jerawat, maklumlah remaja. penyakit keturunan pon ye juga. tapi yang pelik, bab jerawat ni akak je anak mak yang kena hat-hat yang lain tak kena pun. tapi akak tak kisah, akak kini bebas jerawat walaupun walaupun tak licin mana, tapi syukuuur... dulu memang macam-macam produk guna. sekarang, satu apa produk pon akak dah tak pakai dah.

bukan apa, sekarang ni banyak sangat post-post facebook yang menakutkan pasal produk kecantikan ni. so agak menakutkanlah di situ. nasihat aku yang kudus ni, tok sahlah terpengaruh sangat dengan produk kecantikan yang bagitahu anda boleh putih dalam masa seminggu, atau licin serta-merta. you dont know what they put inside that cream. memang dia letak ingredient, tapi percentage tu pun kita tak tahu sangat.

aku pernah attend satu talk mengenai wellness, ada cakap, kalau produk tu mampu masuk ke pharmacy, maka produk tu boleh dipercayai insyaaAllah. dipercayai dari segi kurang atau tiada kandungan merbahaya, memenuhi kriteria GMP atau 'Good manufacturing practice' dan selamat digunakan. bab halal haram tu, depends pada pengguna untuk tengok cop kelulusan jakim. kalau ada tu, maka gunakanlah tanpa was-was. kalau tak ada tu and kalau nak juga, tengoklah ingredient dia satu-satu. kot-kot memang ada yang tak berapa yakin tu, tak payahlah guna.

aku tidaklah nak memberi tips sangat sebab macam aku cakap tadi, takdelah flawless gila muka nak bagi tips bagai. tapi aku bagi sikit-sikitlah untuk korang mempertimbangkan produk yang digunakan sebab macam yang aku cakap tadi, tak semua produk yang ada di pasaran tu selamat digunakan. tapi kalau menjaga muka secara semulajadi, insyaaAllah memang selamat.

so macamana nak jaga muka secara semulajadi tu?

sejak aku mengamalkan pemakanan yang sihat ni (walaupun banyak jugak tersasar dari objektif) fridge aku ada banyak benda-benda yang bukan sahaja boleh dimakan tapi boleh ditempek di muka. yes, perkara pertama adalah pemakanan. pemakanan tu aku rasa memang sangat penting. kawan aku yatie selalu amalkan olive oil setiap pagi satu sudu, flawless gila muka. banyakkan makan sayur, buah-buah. kalau nak tambah supplement, tak ada masalah. kalau badan bersih, maka terserlahlah di muka.

kedua, makanan seperti apple cider, yogurt, tomato, telur semua tu boleh digunakan untuk penjagaan kulit muka dari luar. plain yogurt is good. boleh beli simpan satu kat rumah. untuk aku memang sebenarnya sangat jarang guna plain yogurt sebab dia cepat expired (boleh tahan 1 month lebih kurang) so untuk memaksimakan penggunaan yogurt, aku letak kat muka sebagai mask. boleh buat selang sehari, atau setiap hari rasanya tak ada masalah. yogurt is telur based. so effect dia lebih kurang sama dengan telur but easier and less sticky kot bagi aku. lepas basuh tu muka segar betul! and kulit pon lembut je.

apple cider pun bagus sebagai toner. untuk kulit yang ada masalah jerawat tu, boleh letak kat jerawat tu pakai cotton bud. ia juga boleh hilangkan bekas jerawat, letak kat rambut, dan macam macam lagilah! more boleh tengok sini. if you are not confident enough, boleh dilute apple cider and cuba. sebab tak semua orang sesuai dengan sesuatu benda tu kan.

banyak lagi benda lain contohnya putih telur untuk hilangkan bintik hitam di muka. effect memang lagi hebat dari porepack! tapi mungkin renyah sikit dan comot sikit. but berbaloi kalau cuba dan amalkan. macam tomato, boleh letak kat mata atau gnyeh kat muka. so sukahati koranglah nak tepek apa kat muka tu dari makanan dalam fridge jtu as long as you guys tak ada allergy reaction ye! so boleh cuba-cuba dulu dan amalkan kalau okay,

ketiga, avoiding beauty products. sekarang ni, aku memang tak guna cleanser, toner or moisturizer yang ada di pasaran.  sometimes, aku cuci muka dengan diluted body wash, no toner, and when i feel my face is a little bit stiff, atau kejung macam tu (mungkin sebab terover cuci muka), aku akan ambil sikit olive oil untuk sapu pada muka sebagai moisturizer. and sejak aku amalkan semua ni, alhamdulillah, aku rasa lebih selamat, lebih murah, dan muka lebih okay. tapi sejak seminggu ni, aku guna adik aku punya pencuci muka yang dia tertinggal kat rumah aku, muka aku terus rasa tak best. thats why aku tulis post ni sebab aku rasa perbezaan ketara.

so sebenarnya depends pada orang jugak seperti yang aku tulis sebelum ni. aku sebenarnya agak skeptikal dengan produk produk kecantikan yang ada di pasaran. kalau kita baca ingredients kat belakang produk-produk tu, kita pun tak tahu apa yang ditulis sebab terlalu banyak bahan kimia. sesetengah produk claim yang ia semulajadi, but sesemulajadi mana pun produk tu, mereka mesti letak bahan kimia lain untuk jadikan produk tu tahan lama. and the amount of natural product tu not as much as we think. it might be only 0.1% je.

and sebab 0.1% of natural products tu ada dalam sesuatu bahan kosmetik tu, effect kepada muka (contoh untuk mencerah dan menghilangkan bintik hitam) akan lambat. jadi janganlah percaya kalau sesuatu produk tu boleh mencantikkan muka dalam masa seminggu, boleh memutih dalam masa 3 hari sebab itu mungkin kerana bahan kimia yang digunakan. natural product wont do that. people will said and claimed that kita terdedah dengan bahan kimia itu ini kat luar jadi perlukan produk kecantikan itu ini untuk buang bahan kimia tu. tapi apakah motif kalau kita buang bahan kimia tu dengan menggunakan bahan kimia lain untuk cuci bahan kimia tersebut di muka. tak ke ngeri tu?

so, jomlah kita ramai-ramai ke arah gaya hidup sihat dan semulajadi. insyaaAllah kita takkan terdedah dengan barang-barang kosmetik yang merbahaya di pasaran tu. tapi kalau korang nak beli jugak,boleh beli kat pharmacy sebab lebih meyakinkan. kalau nak according to testimonial tu, boleh juga tapi harus yakin dengan isi kandungan produk tersebut, dan kesesuaian terhadap kulit muka. sebab muka tu muka kita, kenalah jaga sampai tua. jangan nak cantik sekarang je, bila tua nanti menerima kesan buruk pula.

8 comments:

  1. Zura, i pon selalu skeptikal ngan produk yg too good to be true. Only after testimoni dari org yg i kenal, baru i try. But ur effort using natural remedies bagus la... yg yogurt tu, bagus jugak kan kalo tepek kt muka...i suka buat stock, pastu lupa makan...at least now tau dah bleh tepek kt muka... hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! kalau expired pon okay je kot kalau letak kat muka. kalau saya, nak bagi cepat habis memang tepek kat muka jela.. hehehe.

      Delete
  2. Zura, olive oil tu sila bagi brand ape ye... olive oil utk masak tu boleh kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. kalau virgin olive oil tu lagi baiklah. memang ada bau sikit tapi lama-lama bile dia dah kering, okay je tak de bau ape dah. hehe

      Delete
    2. ni kena bilas or camne eak?

      Delete
    3. lepas apply tu tak yah bilas. just biar je dia kering sebab dia agak cepat kering. bila nak mandi atau ambik air semayang tu boleh je basuh and kulit akan rasa lembut je.

      Delete
  3. salam kenal....
    Artikelnya bermanfaat untuk menjaga kecantikan..
    dan untuk toko yang menyediakan kaos kaki wanita untuk menunjang kecantikan dimana ya..

    ReplyDelete
  4. terima kasih.. saya ingat kat umah tu ada plain yogurt, tepekla tu sebab pencuci muka dah tertinggal kat kampung masa balik raya. Malas nak beli lain.... Harap-harap muka lebih elok daripada pakai produk-produk di pasaran.. Tq :)

    ReplyDelete