Friday, February 7, 2014

nota tambahan untuk bantu menguruskan badan

assalamualaikum wbt.

last week start dari entry aku yang terakhir di sini, wah lama tu dah seminggu lebih, unfortunately berat aku tidak turun-turun malah maikn naik *nanges.  harapan sangatlah kan bila balik kampung nak kurangkan makan apa semua. jangan harap.

aku menganggap hujung minggu time cuti hari tu adalah cheat days aku. sepatutnya cheat day satu hari je kan. yang aku pulak bantai cheat day sampai berhari-hari. mak mentua masak sedap, banyak kali ulang makan. segenggam nasi sehari jadi dua genggam nasi setiap hidangan. minum petang makan makanan bertepung putih. air pula air manis.

sangat tak boleh nak control diri sendiri.

jadi peringatan untuk diri sendiri; SILA KAWAL DIRI! SELF CONTROL! itu paling utama. lepas ni tobat dah tak mau lupa dri lagi. yang tragisnya, azmi lagi kurang makan dari aku. apa cerita?

okaylah, disebabkan oleh diri yang berdosa sebab tak boleh nak kawal nafsu, aku gain 1kg lebih.. wuwuwuwuuuu.. 2 minggu aku usahakan diri ke arah hidup sihat. dalam sekelip mata je balik ke asal. jadi usaha start form the beginning. start control portion and exercise.

so nak jot down sini sikit mengenai usaha lain selain excercise and count calories. tapi benda ni macam benda remeh je, dan sedikit menyumbang (rasanyalah).

1. air

air memang penting sangat kalau niat untuk hidup sihat dan menurunkan berat badan. semua benda hidup perlu air cukup. tak ada mana makhluk pon tak perlu air. bakteria perlu air, cell perlu air. badan kita memang perlu air jadi penting sangat untuk badan kita sentiasa terhydrate! mungkin badan kita dah terbiasa dengan kurang air. tapi untuk hidup sihat please consume water. and bukan air manis ye. air masak/air jarang/air suam or what ever air yang mempunyai 0 calorie. teh juga 0 calorie kalau tak letak gula. air+lemon juga 0 calorie kalau tak letak gula. and minum at least 2 litre sehari. mungkin ada yang cakap 2 litre is too much. dan nanti kerap pulak pergi toilet sebab minum banyak sangat air. untuk badan aku, masa awal-awal dulu memang mederita sebab selalu sangat pergi toilet. tapi lama-lama aku dah jarang pergi toilet. and guess what, urine mesti putih. means that i'm hydrated enough. and maknanya badan dah mula adapt dengan 2 litre air yang kita consume.

if you want extra umph, letak lah lemon slice sikit dalam air putih kita tu. it can fight hunger cravings. pernah aku tiru fynn jamal untuk citrus drink (follow her in instagram), yang letak buah citrus macam orange and lemon. seminggu aku try, aku batuk teruk! ok, cara tu tak sesuai untuk aku dan mungkin aku buat dengan cara salah. so aku stop kejap consume lemon water. ni baru ingat nak sambung balik. tapi seriously for me, bila aku consume lemon water, aku kurang lapar and stop snacking bad food. selalu petang-petang aku meragau cari makanan macam biskut, keropok, coconut shake, goreng pisang, keropok lekor. tapi with lemon water, insyaa Allah perut aku tahan sampai balik kerja.

2. apple cider

not sure if apple cider helps me. tapi rasanya ia membantu kot. aku selalu ambil setiap pagi waktu perut kosong. satu sudu apple cider, aku campur dengan air putih satu cawan. mula-mula rasa pening sikit dengan rasa and baunya. tapi lama-lama okay je. aku beli jenama braggs. yang keruh tu. its better compared to the clear ones. tak rugi pon kalau consume. banyak lagi faedah lain yang boleh kita dapat bila consume apple cider selain untuk kurus.

3. yogurt

ehem. this is the latest news i read about yogurt and weight loss. aku selalunya terima perkara yang logik. contohnya yogurt.

yogurt = probiotic = good flora in stomach = stomach happy = good digestion = lose weight.

so aku kadang-kadang consume yogurt in the morning. kadang-kadang sebagai sarapan. kadang-kadang suka-suka. just remember, satu cawan low fat yogurt perisa buah-buahan tu mempunyai calorie 100++ so watch you portion. bolehlah ambil 3 hidangan seminggu. as for me, kadang-kadang makan yogurt nestle tu, and i bought one plain yogurt which i blend with fruits. orange and plain yogurt blend together, rasa sebijik macam yogurt drink kat kedai tu tahu! and tak ada tambahan gula pun. 100% fruit. so, healthier. plus, you can do anything with plain yogurt besides consuming it. boleh buat mask rambut and face mask. extra benefit di situ! tengok sini untuk lebih teruja.

aku rasa tu je kot setakat ni. nanti kalau ada yang aku ingat aku akan update lagi. tapi makanan-makanan aku tak confirm boleh diterima pakai untuk semua lapisan masyarakat tau! badan manusia ni berbeza-beza. metabolisme juga berbeza. sometimes, certain foods tak sesuai dengan badan orang lain, tai badan orang yang lain tu sesuai. jadi boleh je nak try and error tengok kesesuain badan. dan untuk aku juga, aku kena ingat ni;

weight loss = 80% diet + 20% exercise.

penjagaan pemakanan tu penting sangat-sangat! aku kena ingat sebab dah terbabas minggu lepas. so kena bersemangat balik untuk start semula.

2 comments:

  1. zura, i pon kalo balik umah mak i or umah MIL mmg fail jaga portion makan...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. kan st kann..ni kira first time balik rumah mak mentua sejak try nak kurus ni. memang tergoda sesangat sampai tak boleh kontrol! lepas ni memang kena berazam sungguh sungguh.

    ReplyDelete