Wednesday, January 29, 2014

nak kurus?

assalamuaiakum wbt.

hello semua apa khabar? chewah macam rancangan tv pule. tiba-tiba hari ni ada mood sikit nak update pasal pengurusan berat badan yang aku cerita-ceriti sebelum ni. tak banyak yang boleh aku tulis sebab aku pun baru nak mula.

mana mana yang dan je lah ye.

so first, aku percaya pada excercise = turun berat badan = sihat sejahtera.

kalau boleh aku nak kurangkan pengambilan supplement yang membantu pnurunan berat badan, atau jus-jus dan sebagainya. sebab honestly, untuk aku memang tak berkesan. tak pernah berkesan pon... T_T so aku respek gila kalau orang yang cuba produk dan berkesan. maknanya badan korang memang still in good shape sebab boleh menerima produk-produk tersebut. bak kata kawan aku, mungkin banyak sangat toksin dalam badan kot aku ni.. maklumlah, zaman sekolah suka makan megi, zaman lepas sekolah suka makan mcd. wow, rhyme nye kata-kata i di situ.

tapi aku nak detox pon malas.. huaaaaaaa nak jadi orang ke nak jadi zombie ni semua pon malas! jadi nak taknak, aku ambil satu pilihan sahaja iaitu senaman. huhuhhuuu.. memang payah astaghfirullah. bila nak kurus, baru nak insaf.

jadi aku pun menjalankan sesi berjalan setiap hari (adalah kadang-kadang cheat day berhari-hari). sebab aku percaya bila kita berjalan, at least adalah kalori terbakar, dari tak jalan langsung. aku ni sangatlah lemah bila nak lari. joging pun tak boleh! paling kuat pun 2 minitlah aku boleh joging. lagipun kalau lari lari ni nanti lutut sakit, kaki sakit (alasan...alasan) jadi, aku pun teruskanlah usaha berjalan sajor.

bagi aku berjalan tu senaman paling relaxlah. sambil jalan kita boleh relax-relax, tengok burung, tengok bunga. tengok orang, boleh tengok boyfriend (eh). kalau ada treadmill pon boleh jalan sambil tengok tv atau baca buku. atau cuci mata layan cerita tom cruise, atau daniel craig. memang tak sedar lah masa berlalu. aku try power walk jugak macam batik pink ni buat, tapi aku tak larat! haha, badan ni tahap teruk betul ni. bila aku buat, aku akan sakit badan dan penat satu macam. besoknya aku akan bangun lewat sebab hari sebelum tu aku power walk, bangun lewat sebab badan macam tak boleh nak bangun pun! teruk kan aku? bila aku berjalan, badan aku macam tenang sikit, bila bangun tidur pon dah okay. manja sangat badan ni pun. so aku teruskan je lah berjalan biasa... (actually batik pink ni pon one of the blogs yang memotivatekan aku untuk terus bersemangat turunkan berat badan. thanks awak!)

second, aku percaya pada appropriate amount of carbs + appropriate amount of good fat = not hungry = turun berat badan = sihat sejahtera.

aku juga suka sangat kalau diet tanpa lapar ni. dan badan perlukan semua nutrient yang ada dalam makanan untuk sihat (atau kurus). aku takdelah target nak kurus cepat sangat, takut cepat naik. jadi aku makan banyak jugaklah untuk satu hari tu. yang penting, jangan lapar. sebab bila aku baca sana sini, cara diet paling bagus (aku rasa) adalah diet yang kita boleh makan semua in moderation. and kena rajin calculate calorie.

yes, calculate calorie.

kena study jugaklah macam mana nak kira BMR, DCR, mDCR sebab aku rasa ia penting sangat. rujukan utama aku adalah blog sususejat, dan kiraan semua benda tu boleh tengok sini untuk fahamkan konsep penurunan berat badan tu. dan aku juga follow insta kevin zahri yang selalu bagi tips-tips menarik dan kata-kata semangat. konsep mereka lebih kurang sama, dengan mengira kalori, BMR, DCR dan mDCR jugak tak salah aku. aku rasa mamat susu sejat ni pun ada kot beli e-book kevin zahri sebagai rujukan.

tak adalah susah sangat nak calculate calorie tu, as long as kita dalam range calori yang kita ambil tu, insyaAllah berat akan turun. kalau tak excercise mungkin lambat sikit turun, kalau excercise, cepat sikit turun. aku selalu pakai satu apps best ni, Myfitnesspal. sebab ada je food malaysia yang dia dah count calori siap-siap. ada yang aku agak-agak je kalau tak ada dalam senarai. so apps tu membantu aku untuk kira calorie intake aku dan aku boleh pantau apa yang aku makan setiap hari. yes, namanya adalah food diary sebenanrya. sebelum ni aku key in manually je. sekarang dah ada apps tu, memang mudah kerja aku. dia siap ada tolak calorie intake kita tu kalau kita exercise. so kalau exercise tu ada semangat sikitlah sebab ada penolakan! seronok gila! hehe.

untuk kawal calorie tu pulak, aku cuba makan banyak buah dan sayur. memang tahun ni tahun tersihat akulah sebab aku tak pernah makan sayur dan buah sebanyak itu! sebab aku bukan pemakan sayur dan buah yang tegar. tapi alhadulillah, buah kena pilih yang best-best, sayur pon yang best-best, jadi tak ada alasan untuk tak makan sebab aku ni memang picky vege and fruit eater. aku banyak stock up fruits dalam fridge, dalam masa yang sama, laki aku pon makan sekali walau dalam kuantiti yang banyak. aku tak kisahlah asalkan dia pun terjebak sekali makan makanan sihat ni.

dan aku pun follow nasihat kevin zahri, makan satu genggam nasi setiap hari. selalunya tengahari lah. kalau makan nasi berlauk, aku akan letak segenggam nasi, letak sayur dulu sampai penuh  dan lauk-lauk lain. so tak adalah nak kempunan ke, tak boleh hidup ke kan. hehe.

yang lain-lain tu, aku selalu tngok blog makanan kesihatan, before and after transformation weight loss untuk kasi semangat sikit. tapi as i said, penurunan aku memang lambat. aku start exercise dari bulan 12, aku start calorie count baru 2 minggu lepas,  untuk aktiviti aku semua ni alhamdlillah mereducekan berat aku sebanyak 5 kg. berat asal adalah 73, sekarang dah turun ke 68. sekarang dia tengah main-main kat area 67-68 so harapannya aku boleh pergi ke angka 67 hujung minggu ni. risau jugak sebenarnya sebab this weekend nak balik kampung. which means tak ada aktiviti exercise, dan kena makan nasi, nasi dan nasi. doakan aku supaya aku boleh istiqamah dan menolak segala godaan makanan yang super hebat itu.

so, itu sahajalah tips untuk kali ini. cewah. memang tak banyak pon infos, tapi seriously korang boleh terjah blog sususejat atau blog blog weight loss yang lain. aku pun baru belajar ni. so jom kita belajar sama-sama.

4 comments:

  1. babe 5kgs tu banyak ok..aku lagi susah turun..sigh

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak memang banyak tapi nangis jugak nak cba bersenam setiap hari. tapi kena sentiasa positif.. hehe

      Delete
  2. Sama-sama awak! Hehehe....
    Namaku diseru rupanya...chaiyok Zura!
    Sebulan lebih untuk penurunan 5kg, sangat impressive tau!
    Exercise + calorie counting = inshaAllah boleh turun.
    Bila ade yg dok cynically tanya makan Herbalife ni, boleh makan nasi ke...hurm. Rasa kesian pun ada...of course la boleh. tapi dengan portion yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, bp - memang awak lah idola saya! cewah. tapi tiba-tiba sekarang stop pulak penurunan tu, ni yang nak nangis ni.

      memang betul pon. nasi tak berdosa, jadi boleh makan. semua makanan pon kalau portion tak betul, memang tak boleh turun berat. thaks again bp!

      Delete