Thursday, January 2, 2014

azam tahun baru

assalamualaikum wbt.

selamat tahun baru semua! alhamdulillah dah sampai pun kita ke tahun 2014. dah sampai masanya yours truly ini masuk ke angka 3 siries.. OMG! tak terasa 30 okay. but hey, age is just a number. aku tak kisah sangat lah achievement apa yang aku capai. asalkan aku happy. kalau nak ikutkan at 30, we need to achieve something dalam hidup kan? tapi bagi aku, mungkin masa belum sampai. insyaa Allah masa itu akan tiba. meanwhile, aku kena usaha lebih sikit untuk ke arah yang lebih baik.

so untuk tahun ni adalah tahun untuk aku berusaha berungguh-sungguh. dan a few azam yang perlu aku capai dan buat. selama aku tengok post-post tahun baru sebelum ni aku jarang tulis azam tahun baru yang proper. but this time, aku kena jugak tulis. so that boleh menjadi motivasi untuk aku jugak, dan objektif tu boleh tercapai.

so untuk tahun 2014 ini, aku nak

- traveling more.
tahun ini sebenarnya ada perancangan besar untuk aku dan azmi. hopefully percutian besar kami ni berjalan lancar. sambil-sambil tu akan mengekalkan konsep merayau-rayau sekitar malaysia macam tahun lepas. mungkin pergi penang lagi, langkawi, atau sabah sarawak. mungkin nak pergi ho chi minh dengan mak juga. semua dalam perancangan. harapan semoga target tercapai.

- shed that extra weight - 10 kgs at least
untuk shed that 10 kgs weight tu, sebenarnya target untuk satu tahun. kalau dapat lebih syukur alhamdulillah. sejak kahwin berat dah bertambah almost 15 kilos tau! sangat menggerunkan. so, last year memang happy je, asyik makan je, this year aku akan cuba untuk capai target kurangkan 10 kilos. perancangannya adalah untuk berjalan dan excercise setiap hari, mungkin ada cheat day satu hari dalam seminggu tu. boleh kot. hehe.

- eat healthily
kesinambungan dari shedding that extra weight tu, of courselah kena jaga makan juga kan. so this year, aku akan akan lebih banyak makan buah, sayur dan makanan sebenar. hold that intention to eat without thinking. selalunya, asal nak makan je teus terjah dapur dan masak apa yang aku nak masak. this year, i'll be stocking up fruits and healthy foods. dalam fridge biar ada buah je so that aku tak ada choice lain makan makanan lagha (eh ada ke istilah makanan lagha tu? lol!) so that's the target.

- go to 2 international conferences
untuk study aku, aku harap dapat pergi mana-mana international conference untuk present paper. tak kisahlah mana-mana. dan of course nak present paper, kena ada result best. jadi untuk tahun ni juga aku pasti akan dapat result yang marvelous dan berguna supaya aku dapat present paper and.....

- publish a paper
kesinambungan dari azam kat atas tu, aku takdelah berharapan tinggi sangat nak publish 2 paper tahun ni (2 papers are compulsory for me to graduate) but at least one paper sudah memadai. next paper mungkin next year. so aku berdoa dan berharap sangat the paper is there and can be published in high impact factor journal.

-go to UK
ini sebenarnya memang study related lah. biasalah janji-janji kan. but i will set my mind to go there this year to gain experience (and have more results).

-have kids.
this one aku tak boleh lah nak confident sangat. there's a lot of things on my plate now. so untuk ini, aku hanya berdoa sahajalah. mungkin akan sambung treatment yang dah tertangguh. hopefully with all the weight management and healthy eating, mana tau lekat pulak. haha. marilah kita doa ramai-ramai.

so that's all i think. mungkin ada a few jugaklah yang lain macam nak jadi orang yang lebih baik, lebih berfikiran positif, lebih berdaya maju, lebih solehah kan.

and hopefully segala apa yang aku azamkan ni tercapai. cuak jugak kan merancang je lebih ni tapi tak buat pun. kena berazam ni supaya azam kuat. haha.. same goes to you guys to, semoga azam korang tercapai jugak ye. nanti kita audit balik diri hujung tahun 2014 pulak.

till then, bye!

2 comments: