Wednesday, December 11, 2013

walau hati patah sikit, tapi kena tabahlah

assalamualaikum wbt

ingat malas nak bersosek-sosek dengan kesedihan. dan lepas hantar email untuk mintak quotation tadi, diri ini berharap sangat dapat apa yang dihajati. sebab hari isnin hari tu, isnin yang baru ni, sesuatu telah berlaku dan aku patah hati.

ewah. patah hati lah sangat kan..

the thing is that, aku kena bash dengan supervisor aku. itu saje. no big deal. tapi for the first time in this year, aku rasa diri ini telah terluka dan dilukai. tapi tak pe. aku perasan kuat. i see it in a good way walau sepanjang perjalanan balik dan sepanjang hari dari hari kejadian, aku menyibukkan diri dengan kerja kerja yang sepatutnya aku buat so that aku ni termotivatelah kononnya. aku juga sedang cari sumber untuk lepaskan kemarahan aku masa tu. tapi sekarang dah okay, yesterday memang disaster. nak gelak pon takde mood. haha. hebat tak penangan kena bash itu?

macam yang aku cakap tadi, mula-mula aku memang rasa marah. masa aku dibash tu, aku marah, kalau aku marah dan tahan marah, air mata rasa nak menitik sebab masa tu aku tak da kuasa nak marah balik, jadi tu jelah lubang untuk aku lepaskan kemarahan aku, air mata.

lama-lama jadi air mata sedih, tapi aku macho. mana boleh sedih-sedih kan. orang lain cabaran belajar diorang tinggi. yang bawak laki and anak, yang beranak masa belajar, yang mengharung salji dan ribut. memang hebat dugaan, tapi seronok ape duduk negara orang. at least ada motivasi.

macam aku yang tak ada motivasi ni entah nak pergi mana entah. padahal bukan ada anak pun. tak mencabar langsung kehidupan. duduk malaysia pulak tu. tak pernah merasa duduk negara orang. sorang-sorang kawan-kawan ke oversea untuk sambung belajar. aku je yang duduk sini sambil jeles menghadap facebook. tak de motivasi (aku yang tak ada motivasi).

jadi macam mana? sekuat mana pun pemikiran positif aku ni, yang konfiden gila akan habis buat semua lab pada march 2015, dan membayangkan diri pakai beret di hari graduasi pada tahun 2016 (paling lambat), still ada orang tak puas hati. takkan lah aku bodoh sangat nak memperjudikan hidup aku macam dia kata? takkan aku bodoh sangat taknak graduate setelah hampir 4 semester aku berfoya-foya sambil nervous bila bila aku boleh drop out?

tapi Allah itu maha kuasa. this is the process. sebab aku nak graduate on march 2015, Allah bagi aku jalan dengan memberi ilham pada sv aku untuk bash aku depan semua orang (gaya macam memendam perasaan sangat beliau tu). supaya aku tersedar. kalau tak, takdenye aku nak datang lab waktu cuti-cuti alam macam ni. dan supaya aku terus yakin dengan perjalanan aku yang sipi-sipi nak jatuh sipi-sipi nak terlangkup ni.

haa, kan aku dah kata aku berfikiran positif tu.

haih.

Stay away from Anger. It hurts ..Only You!
If you are right then there is no need to get angry..
And if you are wrong then you don't have any right to get angry.
Patience with family is love..
Patience with others is respect..
Patience with self is confidence and Patience with GOD is faith..
Never Think Hard about the PAST, It brings Tears...
Don't think more about the FUTURE, It brings Fear..
Live this Moment with a Smile, It brings Cheer..
Every test in our life makes us bitter or better,
Every problem comes to make us or break us,
The choice is ours whether we become victims or victorious.
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful..



6 comments:

  1. This is a beautiful entry zura, I'm so proud how u turn ur anger into something positive. Thank you. InshaAllah, x ada yg berlaku dengan sia-sia kan? Smg Zura terus tabah.... dan semoga Allah permudahkan usaha u :-)

    ReplyDelete
  2. thanks st. yup, you are absolutely right, tak ada perkara yang berlaku sia-sia. i can see the positive side here. jadi harapannya benda tu boleh motivate untuk terus maju ke depan. thanks for your doa. i really do appreciate it. :)

    ReplyDelete
  3. always think positive dear...Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih blogwalking sini.. :) insyaa Allah akan singgah..

      Delete
  4. zura,,target kita sama..nak habiskan study by 2014 atau at least awal 2015...takmo drag lama2..hehe...do'a sama2 jom, smuge dipermudahkan urusan kita...ameen :)

    ReplyDelete