Friday, December 27, 2013

the secret life of walter mitty

assalamualaikum wbt.

pernah tak kita rasa hidup kita ni sebenarnya membosankan; bangun pagi, pergi kerja, hadap jam, buat kerja, makan tengahari, buat kerja balik, balik kerja, hadap jam lagi, makan malam, tidur dan the cycle goes on. takut untuk mencuba sesuatu yang baru, takut nak ubah hidup, takut nak ambil risiko, takut nak bersosial, takut nak menghadapi dunia nyata.

kalau rasa nak ter'inspired' dalam hidup, dan suka tengok negara-negara cantik dengan ciptaan Allah Maha Agung, boleh tonton cerita 'The Secret Life of Walter Mitty'.

which i watched it yesterday. semangat tau, first day tayang dah pergi tengok.

so what is it all about?

cerita adalah mengenai Walter Mitty yang hidupnya sangat plain, dan selalu berangan sesuatu yang hebat berlaku pada dirinya yang mana semasa dia berangan tu dia lebih kurang 'zoned out' dan tak sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Mitty seorang manager 'negative assets' di LIFE magazine, menguruskan negatif-negatif gambar yang dikirim oleh jurugambar untuk majalah tersebut, salah satu jurugambar terhebat untuk majalah tersebut adalah Sean O'connel. Segulung negatif sampai ke tangan Mitty, dan secara spesifik Sean meminta untuk menggunakan gambar dari negatif nombor 25 untuk muka depan edisi terakhir majalah Life. malangnya, negatif nombor 25 tiada dalam gulungan tersebut, jadi bermulalah pegembaraan Mitty melangkau ketakutan dan kebiasaannya untuk mencari Sean dan negatif nombor 25 dibantu oleh semangat yang dihasilkan oleh angan-angannya sendiri terhadap wanita yang disukainya, Cheryl.

the rest punya cerita, boleh tonton sendiri ye.

jadi untuk aku, aku memang suka sangat cerita ni, ia menunjukkan ciri lain Ben stiller yang lebih serius, pada masa yang sama ada banyak sebenarnya unsur humor yang kalau ingat balik boleh gelak balik. dan seperti yang aku kata tadi, pemandangan cantik salji memutih dan gunung-ganang tinggi menghiasi cerita yang oleh buat aku ternganga melihat kejadian Allah yang mencipta bumi.. Dan buat kita terfikir sejenak betapa cantiknya perancangan Allah itu, walaupun ia hanya satu cerita; boleh juga menyampaikan mesej yang segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika mahu sesuatu just go for it, jika hati kata ya, maka ikut kata hati. who knows that we actually can live an extraordinary life, which is for sure will not be regretted.

it is really about LIFE.

kalau tak suka cerita about life, i'm not recommending this to you because this movie is a bit bland, but for me it is still okay. azmi did not sleep during the entire film, so i think its okay. but a couple beside us 'pergi tak kembali' after half of the film, so it depends really. like i said, this story is about life. kalau jiwa adalah jiwa action dan rempit, this not for you.

okay, itu saja movie review kali ini. siapa yang tengok, boleh lah share korang punya pandangan pula.

2 comments:

  1. Wow, kalau about life, this is what I need most.
    Masa tengok trailer rasa macam tak best..baca sinopsis kat sini rasa macam kena batang hidung la pula..mesti tonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bnc. if you like ben stiller and want to be inspired, memang boleh tengok. konsep macam cerita the pursuit of happiness tapi of course the pursuit of happiness tu lagi best. but for me, worth watching ;)

      Delete