Wednesday, December 4, 2013

poskan doa untuk semua umat manusia

assalamualaikum wbt.

seperti yang sedia maklum, sekarang ni musim hujan, dan di negeri di sebelah pantai timur dah mula dinaiki air. jadi aku kat sini nak menyeru pada semua yang baca blog ni, untuk sama-sama doakan supaya mereka tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran musim tengkujuh ni. aku tahu mereka kuat, mereka boleh menghadapinya dan kita yang jauh ni boleh kirimkan doa agar mereka terus kuat dan bersabar.

dan kita juga kena sentiasa bersyukur ke atas apa yang telah diberi dan dianugerahkan pada kita. kat sini, paling kuat pun kena hujan. kalau lebat, tak keluar office atau pakai payung. balik rumah naik kereta dan sampai rumah tengok tv. kalau astro tak ada sebab hujan pun boleh layan perasaan atau tidur dengan selesa.

jadi syukur dengan perkara yang Allah dah beri pada kita dan jangan lupa doakan untuk mereka yang tak dapat nak duduk rumah sendiri di tilam empuk.

dan minggu ni banyak juga berita yang kurang baik aku terima, kawan selamanya, azmilia warded dan anak kepada kawan aku ika juga warded sebab ada lung infection. alhamdulillah si kecik aimy tu dah keluar hospital but need full attention from the mum. and for my friend, aku harap kau cepat sembuh dan aku akan cuba kuasa minda aku untuk imagine kau sihat sepenuhnya dan boleh aktif dan jalan-jalan dengan gembira seperti sedia kala. bak kata adam, aku kan dewata. wish do come true. so aku hanya mintak je. heh. memang semua orang tahu kau seorang yang hebat, perhubungan kau dengan manusia sangat hebat, maka InsyaaAllah Allah pasti grant you the best place, jannah. itu doa aku untuk kau. All is well bak kata amer khan. (i know you reading this, and u know i'm not good in expressing spoken words jadi aku tulis sini. :))

aku doakan yang baik baik buat kalian, think positive, and happy always.


2 comments: