Thursday, December 19, 2013

berusaha bersungguh-sungguh dengan tempoh usaha satu tahun

assalamualaikum wbt.

perkara megupdate blog seminggu sekali adalah sangat rare sebenarnya. tapi percayalah, aku kini hanya update blog seminggu sekali dan sebabnya adalah, aku tak ada banyak idea nak rambling and aku sedikit busy. ingat post pasal hati patah? nak link pun malas gila sekarang ni sebab boleh update ringkas-ringkas sebab nak balik.

ye, sejak hati patah dari minggu lepas, aku sudah mula merajinkan diri untuk memajukan peribadi. memajukan peribadi kau karangan spm sangat. ye, itulah yang aku buat. aku bergelumang dengan paper, menghadap bioinformatic tools yang tak pernah aku fahami dan menjamu mata dengan data yang pening. aku rasa, dalam 2 tahun lebih aku kat sini, memang 2 minggu ini adalah dua minggu yang paling progress untuk aku, dan paling rajin untuk aku.

dan dua minggu ini jugaklah aku dah menangis macam orang putus cinta dalam kereta, on the way pulang sebab memikirkan apa akan jadi pada aku tahun hadapan sebab ia tahun terkahir aku. walau aku boleh extend, tapi hey, siapa mahu extend kan? kalau boleh biarlah habis cepat. journey ni tak susah, aku yang buat dia susah. tapi aku kena mempositifkan diri.

so hari isnin hari tu, aku tunjuk progress pada sv yang aku sakit hati sangat tu tapi tak sakit hati dah sebab sebenarnya dia concern. but i dont mind really, macam aku cakap sebelum ni, walau hati patah, aku kena terima juga sebab bila benda tu berlaku, aku baru jadi rajin dan progress pun okay. kalau tak, sampai sekarang aku masih melagha update blog dan melayari facebook. that's not a true journey of phd really. bak kata akak senior aku masa aku undergrad dulu (masa tu dia master) kalau tak nangis tak grad. so aku pegang kata-kata tu.

unddergrad, aku pernah menangis jugak walau hati keras macam batu.master, aku tak ingat sangat mungkin kerja sedikit mudah. phd, itu biase kot.

perjalanan yang aku hadapi ni memang susah, ada sedikit menyesal sebab aku ambil bidang molecular biology untuk further study. bioprocess engineering looks more convincing and quite promising untuk grad cepat. tapi tulah, i was just go for it. tapi nak sesal sekarang tak berguna juga. at least i learn something new. good thing lah kan, aku suka belajar benda baru.

so that's all for now, i need to fetch my husband. hujan lebat sekarang ni. bahaya untuk penunggang motor. hehe. bye, i'll see you around.

2 comments:

  1. Alhamdulillah... nice to hear that u r making progress... biasa la zura, bila tahap2 PHD ni memang kena motivasi diri sendiri. Smg kerja PHD u dipermudahkan,and lebih banyak progress for your research. InshaAllah, looking at your determintion, i yakin u boleh complete ur PHD next year :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sweet tooth. thanks sebab sudi tinggalkan komen and bagi kata kata semangat! thanks for the doa. insyaaAllah everything will be just fine. :)

      Delete