Tuesday, December 31, 2013

2013 flashback

Assalamualaikum wbt. 

Ya Allah Ya Rahman. dah hujung tahun dah hari ni. besok bermulalah rutin baru, tahun yang baru, kehidupan yang baru. 

and be a fresh new human. 

hopefully. 

as for me, tidaklah se ecxited mana untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir tahun ini sebab banyak sebenarnya tak achieve. plus aku pun tak ada azam pun untuk di achieve awal tahun dulu. mungkin adalah, nak ada progress dalam phD. tapi woi lah general sangat.. 

tapi tak apalah, kat sini aku cuba senaraikan perkara-perkara best yang berlaku this year, kebanyakannya tak dirancang i can say, banyak jugak perkara best yang berlaku tahun ini. jom kita tengok. 

-pindah rumah baru

kami dah ada rumah sendiri, yey! Alhamdulillah, aku rasa ini lah perkara yang paling besar berlaku dalam hidup kami suami isteri. walaupun tak besar pun rumah, kami tetap bersyukur. rumah pun setakat ni okay. tak ada masalah yang besar, parking lot pon dah dibaiki saluran paipnya, dan dua hari lepas for the first time, pi try mandi kat swimming pool. hehe. Alhamdulillah..cerita home sweet home kat sini. 

-start a small business 

Ya Allah, ini pun salah satu perkara besar yang berlaku dalam hidup aku. terima kasih banyak-banyak pada kawan kawan yang sudi menyokong 'the basketiers' business plushies secara kecil-kecilan. Alhamdulillah sangat-sangat sebab kawan-kawan yang menyokong business aku. dan juga Projek mega luluzabi shawls tidak dilupakan! Ya Allah, alhamdulillah ini pun business yang aku join venture dengan dearest friend of mine DINA. terima kasih banyak-banyak Dina for making this dream come true. kalau Dina tak mintak aku jahit shawl ni, memang sampai ke sudah aku tak pandai jahit shawl. thanks again! cerita the basketiers kat sini, dan cerita luluzabi shawls kat sini. 

-conference and presentation

ahahaha.. ni masa bulan 8 hari tu. walaupun kalau boleh nak join banyak lagi conference, tapi yang sebijik ni, alhamdulillah dapat join walaupun result tak banyak. okaylah bagi aku. dapat makan kat hotel, boleh tengok research orang lain. and hopefully next year, i can join more conference and publish papers. cerita presentation kat sini. 

-vacation - perhentian island

and this year, aku juga dapat menjejakkan kaki ke Perhentian Island, and swimming with turtles, have fun di pantai yang putih bersih, food was great, view was gorgeous, and we stayed longer. selalunya satu malam je duduk, this time 3 hari 2 malam terus. memang super best! cerita perhentian kat sini.

-raya-raya rumah kawan -kawan

this year jugak dapat beraya rumah kawan-kawan seperjuangan masa sekolah dulu. kira ni first timelah aku ikut berkonvoi dengan azmilia, ina, yati and yah ke rumah kawan-kawan lama dulu. dan banyk jugaklah rumah terbuka kawan-kawan lama yang aku attend. macam small reunion gittew. cerita raya kat sini. 

-penang trip

this one pun the best in the world jugak! selama ni punyalah aku anti penang siap kata penang tak best, takde tempat nak jalan, jalan raya sesak. but this year, dengan segala perancangan yang dibuat, this trip is the best penang trip everrrrr...!!! terima kasih jugak pada azmilia and adam, yatie and ina untuk percutian yang superbest ini.. dahlah tak dirancang. mana boleh setahun dua kali jalan jalan besar ni! hohoho..cerita penang kat sini. 

-goldcoast trip with le hubby

trip to goldcoast ni pulak adalah trip yang dirancang lama. tapi tidaklah lama sangat pun, pakai living social punya voucher. so, masa tu birthday aku, aku paksa azmi ambil cuti walaupun 3 hb tu azmi masih lagi pergi office. but the trip was nice, kami dapat menikmati percutian romantik together, walaupun satu hari. seronok sangat. kena buat lagi ni percutian macam ni. hehehe.. cerita goldcoast kat sini. 

so aku rasa aku memang kena bersyukur amat-amat sebab diberi peluang untuk menikmati tahun 2013 ini dengan gembira. memang ada suka duka yang melanda, banyak juga yang duka (agaknya) tapi entah, somehow i couldn't remember any of it (try to be positive here, buang yang keruh, ambil yang jernih). walaupun hati ada sedikit duka untuk menghadapi tahun yang baru but, i try to be positive. 

i truly believe that year 2014 will be a blast one, much better than 2013, dan dilimpahi rezeki yang tak dijangka-jangka. dan untuk korang yang rajin singgah sini, the same doa goes to you. hopefully this year will bring luck and prosperous to us! 

ameen!

4 comments:

  1. smoga 2014 menjanjikan kebahagiaan luar biasa pada setiap perkara!! yeahhhh!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah, fizah. lupa pulak nak tambah, dapat kenalan baru macam fizah ni ha.. terima kasih fizah menjadikan tahun ni tahun bermakna untuk saya. insyaa Allah tahun depan kita sama-sama dapat maju ke arah yang lebih baik. dan berprogress dalam pelajaran. mana tahu dapat grad sama-sama nanti. :)

      Delete
  2. Smg 2014 membawa lebih banyak kejayaan utk zura :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sweet tooth! you too! semoga kita sama-sama mencapai apa yang dihajati tahun 2014 ini.

      Delete