Tuesday, December 31, 2013

2013 flashback

Assalamualaikum wbt. 

Ya Allah Ya Rahman. dah hujung tahun dah hari ni. besok bermulalah rutin baru, tahun yang baru, kehidupan yang baru. 

and be a fresh new human. 

hopefully. 

as for me, tidaklah se ecxited mana untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir tahun ini sebab banyak sebenarnya tak achieve. plus aku pun tak ada azam pun untuk di achieve awal tahun dulu. mungkin adalah, nak ada progress dalam phD. tapi woi lah general sangat.. 

tapi tak apalah, kat sini aku cuba senaraikan perkara-perkara best yang berlaku this year, kebanyakannya tak dirancang i can say, banyak jugak perkara best yang berlaku tahun ini. jom kita tengok. 

-pindah rumah baru

kami dah ada rumah sendiri, yey! Alhamdulillah, aku rasa ini lah perkara yang paling besar berlaku dalam hidup kami suami isteri. walaupun tak besar pun rumah, kami tetap bersyukur. rumah pun setakat ni okay. tak ada masalah yang besar, parking lot pon dah dibaiki saluran paipnya, dan dua hari lepas for the first time, pi try mandi kat swimming pool. hehe. Alhamdulillah..cerita home sweet home kat sini. 

-start a small business 

Ya Allah, ini pun salah satu perkara besar yang berlaku dalam hidup aku. terima kasih banyak-banyak pada kawan kawan yang sudi menyokong 'the basketiers' business plushies secara kecil-kecilan. Alhamdulillah sangat-sangat sebab kawan-kawan yang menyokong business aku. dan juga Projek mega luluzabi shawls tidak dilupakan! Ya Allah, alhamdulillah ini pun business yang aku join venture dengan dearest friend of mine DINA. terima kasih banyak-banyak Dina for making this dream come true. kalau Dina tak mintak aku jahit shawl ni, memang sampai ke sudah aku tak pandai jahit shawl. thanks again! cerita the basketiers kat sini, dan cerita luluzabi shawls kat sini. 

-conference and presentation

ahahaha.. ni masa bulan 8 hari tu. walaupun kalau boleh nak join banyak lagi conference, tapi yang sebijik ni, alhamdulillah dapat join walaupun result tak banyak. okaylah bagi aku. dapat makan kat hotel, boleh tengok research orang lain. and hopefully next year, i can join more conference and publish papers. cerita presentation kat sini. 

-vacation - perhentian island

and this year, aku juga dapat menjejakkan kaki ke Perhentian Island, and swimming with turtles, have fun di pantai yang putih bersih, food was great, view was gorgeous, and we stayed longer. selalunya satu malam je duduk, this time 3 hari 2 malam terus. memang super best! cerita perhentian kat sini.

-raya-raya rumah kawan -kawan

this year jugak dapat beraya rumah kawan-kawan seperjuangan masa sekolah dulu. kira ni first timelah aku ikut berkonvoi dengan azmilia, ina, yati and yah ke rumah kawan-kawan lama dulu. dan banyk jugaklah rumah terbuka kawan-kawan lama yang aku attend. macam small reunion gittew. cerita raya kat sini. 

-penang trip

this one pun the best in the world jugak! selama ni punyalah aku anti penang siap kata penang tak best, takde tempat nak jalan, jalan raya sesak. but this year, dengan segala perancangan yang dibuat, this trip is the best penang trip everrrrr...!!! terima kasih jugak pada azmilia and adam, yatie and ina untuk percutian yang superbest ini.. dahlah tak dirancang. mana boleh setahun dua kali jalan jalan besar ni! hohoho..cerita penang kat sini. 

-goldcoast trip with le hubby

trip to goldcoast ni pulak adalah trip yang dirancang lama. tapi tidaklah lama sangat pun, pakai living social punya voucher. so, masa tu birthday aku, aku paksa azmi ambil cuti walaupun 3 hb tu azmi masih lagi pergi office. but the trip was nice, kami dapat menikmati percutian romantik together, walaupun satu hari. seronok sangat. kena buat lagi ni percutian macam ni. hehehe.. cerita goldcoast kat sini. 

so aku rasa aku memang kena bersyukur amat-amat sebab diberi peluang untuk menikmati tahun 2013 ini dengan gembira. memang ada suka duka yang melanda, banyak juga yang duka (agaknya) tapi entah, somehow i couldn't remember any of it (try to be positive here, buang yang keruh, ambil yang jernih). walaupun hati ada sedikit duka untuk menghadapi tahun yang baru but, i try to be positive. 

i truly believe that year 2014 will be a blast one, much better than 2013, dan dilimpahi rezeki yang tak dijangka-jangka. dan untuk korang yang rajin singgah sini, the same doa goes to you. hopefully this year will bring luck and prosperous to us! 

ameen!

Saturday, December 28, 2013

can't help it!

assalamualaikum wbt.

tak boleh tahanlah aku..

kena tulis jugak kasi lepas ni.

the thing is that.

aku baru lepas tengok sikit ada satu cerita melayu ni.

aku sebenarnya memang cubalah nak menyokong cerita melayu kan. selalunya akan tak kan tonton kat pawagam tapi cuba nak tengok kat tv astro citra tu. cetain cerita aku masih boleh terima. tapi cerita yang aku tengok ni kan...

alahai..

konon nak memperkenalkan satu pendekatan baru. cinta platonik kononnya.

dengan lelaki perempuan berpeluk-pelukan. dengan tak ada motif cerita. dengan lelakinya ada hubungan gay dengan lelaki lain.

not sure what's the rating. hopefully bukan umum. sebab the kids will ask, 'mak, lelaki tu kenapa?'

or 'mak, lelaki dengan perempuan tak kahwin boleh peluk, cubit-cubit pipi macam tu ke?'

or 'mak, boleh ke perempuan perangai macam tu?'

or 'mak, boleh ke pakai skirt pendek nampak peha macam tu?'

dalam cerita tu, pelakon semua Islam, keep on saying 'Ya Allah, Astaghfirullah' tapi berpelukan, hampir berciuman, pakai skirt yang super pendek, akhlak tak semenggah. tak malu ke?

aku boleh bertahan tak sampai setengah jam. aku tak faham jenis orang yang boleh tahan tengok di panggung selama sejam lebih tu.

aku juga bukan nak banding, tapi sebetulnya banyak cerita dari barat yang lebih berbaloi untuk ditonton. lebih sopan pelakonnya, lebih labuh skirtnya.

lebih berobjektif.

of course lebih bermutu.

macam, pembikin filem malaysia ni macam nak pergi ke zaman dulu-dulu yang suka tunjukkan seks perempuan dan lelaki sebagai subjek utama.

padahal negara kita negara Islam.

aku cakap ni pun bukan untk semua cerita melayu. ada juga cerita melayu yang ada kualiti. cuma tak banyak tapi memang aku sarankan sangat-sangat yang kita patut boikot cerita-cerita yang tajuknya pelik-pelik dan membawa maksud yang pelik-pelik, atau jalan cerita yang pelik-pelik.

kalau nak tahu cerita tu pelik atau tak, boleh je tengok 'the making of' tu.

kalau pelik, janganlah pergi tengok kat panggung. dan tutuplah tv kalau cerita tu ditayangkan kat tv. janganlah bagi anak-anak tengok cerita yang pelik macam tu.

okay?

now, lets watch how to train your dragon.

Friday, December 27, 2013

the secret life of walter mitty

assalamualaikum wbt.

pernah tak kita rasa hidup kita ni sebenarnya membosankan; bangun pagi, pergi kerja, hadap jam, buat kerja, makan tengahari, buat kerja balik, balik kerja, hadap jam lagi, makan malam, tidur dan the cycle goes on. takut untuk mencuba sesuatu yang baru, takut nak ubah hidup, takut nak ambil risiko, takut nak bersosial, takut nak menghadapi dunia nyata.

kalau rasa nak ter'inspired' dalam hidup, dan suka tengok negara-negara cantik dengan ciptaan Allah Maha Agung, boleh tonton cerita 'The Secret Life of Walter Mitty'.

which i watched it yesterday. semangat tau, first day tayang dah pergi tengok.

so what is it all about?

cerita adalah mengenai Walter Mitty yang hidupnya sangat plain, dan selalu berangan sesuatu yang hebat berlaku pada dirinya yang mana semasa dia berangan tu dia lebih kurang 'zoned out' dan tak sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Mitty seorang manager 'negative assets' di LIFE magazine, menguruskan negatif-negatif gambar yang dikirim oleh jurugambar untuk majalah tersebut, salah satu jurugambar terhebat untuk majalah tersebut adalah Sean O'connel. Segulung negatif sampai ke tangan Mitty, dan secara spesifik Sean meminta untuk menggunakan gambar dari negatif nombor 25 untuk muka depan edisi terakhir majalah Life. malangnya, negatif nombor 25 tiada dalam gulungan tersebut, jadi bermulalah pegembaraan Mitty melangkau ketakutan dan kebiasaannya untuk mencari Sean dan negatif nombor 25 dibantu oleh semangat yang dihasilkan oleh angan-angannya sendiri terhadap wanita yang disukainya, Cheryl.

the rest punya cerita, boleh tonton sendiri ye.

jadi untuk aku, aku memang suka sangat cerita ni, ia menunjukkan ciri lain Ben stiller yang lebih serius, pada masa yang sama ada banyak sebenarnya unsur humor yang kalau ingat balik boleh gelak balik. dan seperti yang aku kata tadi, pemandangan cantik salji memutih dan gunung-ganang tinggi menghiasi cerita yang oleh buat aku ternganga melihat kejadian Allah yang mencipta bumi.. Dan buat kita terfikir sejenak betapa cantiknya perancangan Allah itu, walaupun ia hanya satu cerita; boleh juga menyampaikan mesej yang segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika mahu sesuatu just go for it, jika hati kata ya, maka ikut kata hati. who knows that we actually can live an extraordinary life, which is for sure will not be regretted.

it is really about LIFE.

kalau tak suka cerita about life, i'm not recommending this to you because this movie is a bit bland, but for me it is still okay. azmi did not sleep during the entire film, so i think its okay. but a couple beside us 'pergi tak kembali' after half of the film, so it depends really. like i said, this story is about life. kalau jiwa adalah jiwa action dan rempit, this not for you.

okay, itu saja movie review kali ini. siapa yang tengok, boleh lah share korang punya pandangan pula.

Tuesday, December 24, 2013

home binder untuk tahun 2014

assalamualaikum wbt.

mari sini dekat dekat mari mari lai lai lai!!!

blog susun atur sioca yang dikelolakan oleh fizah ada membuat jualan organizer yang menarik hati tau! first time tengok terus suka, warna-warni dan yang paling best, memudahkan kita para wanita jelita ini untuk lebih organize. konsepnya, setelah bayaran dibuat, fizah akan email template ini untuk kita print sendiri. okaylah kan, bukan senang nak buat design comei-comei cenggini kan.

so meh aku kongsi gambar sikit untuk organizer ini; fizah, mohon share ye..









yang paling best, ada ruang untuk perancangan 12 tahun akan datang! ha kau, 12 tahun siap..



so, apa tunggu lagi, jom  pergi beli sekarang! harga hanya rm10, kalau share and promo boleh dapat potongan harga 50% siap. oh untuk maklumat lebih lanjut, boleh terjah blog fizah susunatursioca ni.


tahun baru bakal menjelma, ape kes dengan azam tahun ni? dah tertunai ke?

assalamualaikum wbt.

dah rancang azam tahun baru 2014?

dah tertunaikah azam tahun 2013?

hahaahaahaaaaaahaaaaaaaaa.......

aku tak gelakkan koranglah, jangan risau. aku gelakkan kat diri sendiri sebenarnya.

sebab aku sendiri pun tak ingat apa azam tahun 2013 ni, selain ada progress lab. tapi taulah.

nan hado.

tapi aku yakin, next year aku akan ada progress marvelous seperti yang aku tulis sebelum sebelum ni. (positive mode ON).

selalunya azam tahun baru yang biasa kita dengar adalah nak turunkan berat badanlah, nak solat awal waktu, nak jadi kaya, nak timang anak, dan macam macam lagilah.

macam aku kata tadi, aku lupa azam tahun 2013 aku. sebab selalunya, takkan tercapai sebab mungkin tak fokus sangat pon, walaupun dah berazam. huhuu.. kadang-kadang ada jugak azam nya, tapi selalu buat bukan time tahun baru. kadang kadang start bulan feb, atau bulan march, atau bulan-bulan lain, atau start masa hari jadi, atau tahun maal hijrah.

so aku ada jumpa link best untuk naikkan semangat buat azam tahun baru.

bak kata blog ni, instead of kata aku nak turunkan sepuluh kilo this year, better berazam something yang, aku nak makan sayur hijau hari hari. tu contoh lah.

be different sikitlah kan. so that boleh tercapai cita-cita aku nak menjadi seorang yang sihat luar dalam.

ye, aku berazam nak makan secara sihat. tapi dah start dari bulan lepas lagi.

dan aku berazam nak memperbanyakkan progress research aku.

grad; tu azam tahun 2015. hehe.

dan aku nak mempositifkan diri aku, first step aku dah start since last week; iaitu beri kata kata semangat kat kawan aku, laz, yang ada kat york, uk. so that, kami sama-sama semangat untuk teruskan perjuangan kami menghabiskan target kami untuk jadi research fellows di masa hadapan. chewah.

so kalau nak tahu tentang lebih lanjut and termotivate untuk buat azam tahun baru, terjah link bawah ni.

http://www.abeautifulmess.com/2013/10/four-simple-goals-before-2014.html

adioss!

Sunday, December 22, 2013

dare to fail. jadi kalau fail pmr pon, rilek brother, brother rilek...

assalamualaikum wbt. 

aku terserempak dengan artikel ni dekat facebook. aku rela je kongsi kat sini dari kongsi balik kat facebook sebab takut tak betul je kan fakta ni. tapi ape de hal kalau tak betul? buat buat betul je lah kan, sebab benda ni menaikkan semangat ape. 

cakap mengenai kegagalan, memang betul pon, kegagalan tu bukanlah satu pengakhiran. mana tau boleh jadi macam beethoven walaupun dikatakan sebagai bodoh sangat memang tak boleh belajar (translate: too stupid too learn). 

and result pmr pun baru keluar kan, dah banyak kali aku post kan mengenai kalau gagal jangan sedih. its not the end of the world. teruskan usaha, cari jalan lain, dan do what you love. :) lainlah kalau tak usaha kan. dah usaha jugak tapi cannot go. mungkin itu bukan jalan kita. ;)

so benda ni untuk aku jugak, sebagai pedoman hidup selain ayat al-Quran. hehe. sebab aku fail banyak kali. fail interview banyak kali, fail buat lab banyak kali, fail untuk dapatkan kerja baik banyak kali, government sector tak nak ambik aku kerja pun dah banyak kali. tapi untuk aku semua tu bukan failure, tapi semua tu cabaran untuk aku menikmati hidup aku. kalau hidup ikut templat je buat ape kan? bukan best pun. kena ada cabaran sikit. baru ada modal nak cerita kat orang, dan inspire orang lain, untuk terus usaha walau sesusah mana pun hidup kita. dan aku pun tak kata hidup aku susah, cuma tak ikut templat hidup sempurna orang lain, hidup yang dijangka oleh orang lain. 

okay dah, penat aku bebel panjang. marilah baca karangan di bawah bagi menjana kehidupan yang lebih berkualiti;

Failed too many times?

FAMOUS FAILURES

He didn’t speak until he turned 4, and didn’t read until he was 7. His teachers described him as slow, mentally handicapped, unsociable and adrift forever in foolish dream. He was expelled from school and was refused admittance to the Zurich Polytechnic School (Albert Einstein)

He gave up on having a medical career and was often chastised by his father forbeing lazy and too dreamy and he would amount to nothing and would be a disgrace to himself and his family (Charles Darwin)

His teachers told him he was "too stupid to learn anything." He was fired from his first two jobs for not being productive enough. He made 1,000 unsuccessful attempts at inventing the light bulb (Thomas Edison)

Completely deaf, he was incredibly awkward on the violin and was often so busy working on his own compositions that he neglected to practice. His teacher called him "hopeless as a composer" (Beethoven)

He went to war a captain and returned a private, his fiancé died, he failed in business, had nervous breakdown and was defeated in 8 elections (Abraham Lincoln)

Initially rejected by Hollywood studio executives because they felt his act was nonsense (Charlie Chaplin)

He was fired after his first performance and was told "You ain't going nowhere, son. You ought to go back to driving a truck." (Elvis Presley)

He was fired from a newspaper for "lacking imagination" and "having no original ideas". He started a number of businesses that didn't last too long and ended with bankruptcy and failure (Walt Disney)

His early businesses failed and left him broke five times (Henry Ford)

Was turned down by Toyota Motor Corporation for a job after interviewing for a job as an engineer, leaving him jobless for quite some time (Soichiro Honda)

He drove across the country in his van and slept in it while searching for a restaurant who would take his fried chicken recipe. He was rejected 1008 times before a restaurant took it in. (Colonel Sanders)

At 30 years old, he was left devastated after being unceremoniously removed from the company he started. (Steve Jobs)

Rejected by a recording company, who said "We don't like their sound. They have no future in show business" (The Beatles)

His band got booed off stage when opening for the Monkees and were then dropped from the tour (Jimi Hendrix)

Dropped out of high school. Came back to a learning disabled class where he lasted a month. Rejected from the University of Southern California School of Theater, Film and Television three times. (Steven Spielberg)

Was fired from her television reporting job as she was deemed “unfit for TV” (Oprah Winfrey)

His first book received 30 rejections, finally causing him to give up and throw it in the trash before his wife fished it out and encouraged him to resubmit it (Stephen King)

Broke, severely depressed, divorced, had to raise her child on her own and was on welfare.12 publishers rejected the manuscript. (J.K. Rowling)

A high school dropout, whose personal struggles with drugs & poverty culminated in an unsuccessful suicide attempt (Eminem)

After being cut from his high school team, he went home, locked himself in his room and cried (Michael Jordan)

At 11, he was cut from his team after being diagnosed with a growth hormone deficiency, making his size smaller (Lionel Messi)

IF YOU'VE NEVER FAILED, YOU'VE NEVER LIVED.

Thursday, December 19, 2013

berusaha bersungguh-sungguh dengan tempoh usaha satu tahun

assalamualaikum wbt.

perkara megupdate blog seminggu sekali adalah sangat rare sebenarnya. tapi percayalah, aku kini hanya update blog seminggu sekali dan sebabnya adalah, aku tak ada banyak idea nak rambling and aku sedikit busy. ingat post pasal hati patah? nak link pun malas gila sekarang ni sebab boleh update ringkas-ringkas sebab nak balik.

ye, sejak hati patah dari minggu lepas, aku sudah mula merajinkan diri untuk memajukan peribadi. memajukan peribadi kau karangan spm sangat. ye, itulah yang aku buat. aku bergelumang dengan paper, menghadap bioinformatic tools yang tak pernah aku fahami dan menjamu mata dengan data yang pening. aku rasa, dalam 2 tahun lebih aku kat sini, memang 2 minggu ini adalah dua minggu yang paling progress untuk aku, dan paling rajin untuk aku.

dan dua minggu ini jugaklah aku dah menangis macam orang putus cinta dalam kereta, on the way pulang sebab memikirkan apa akan jadi pada aku tahun hadapan sebab ia tahun terkahir aku. walau aku boleh extend, tapi hey, siapa mahu extend kan? kalau boleh biarlah habis cepat. journey ni tak susah, aku yang buat dia susah. tapi aku kena mempositifkan diri.

so hari isnin hari tu, aku tunjuk progress pada sv yang aku sakit hati sangat tu tapi tak sakit hati dah sebab sebenarnya dia concern. but i dont mind really, macam aku cakap sebelum ni, walau hati patah, aku kena terima juga sebab bila benda tu berlaku, aku baru jadi rajin dan progress pun okay. kalau tak, sampai sekarang aku masih melagha update blog dan melayari facebook. that's not a true journey of phd really. bak kata akak senior aku masa aku undergrad dulu (masa tu dia master) kalau tak nangis tak grad. so aku pegang kata-kata tu.

unddergrad, aku pernah menangis jugak walau hati keras macam batu.master, aku tak ingat sangat mungkin kerja sedikit mudah. phd, itu biase kot.

perjalanan yang aku hadapi ni memang susah, ada sedikit menyesal sebab aku ambil bidang molecular biology untuk further study. bioprocess engineering looks more convincing and quite promising untuk grad cepat. tapi tulah, i was just go for it. tapi nak sesal sekarang tak berguna juga. at least i learn something new. good thing lah kan, aku suka belajar benda baru.

so that's all for now, i need to fetch my husband. hujan lebat sekarang ni. bahaya untuk penunggang motor. hehe. bye, i'll see you around.

Wednesday, December 11, 2013

walau hati patah sikit, tapi kena tabahlah

assalamualaikum wbt

ingat malas nak bersosek-sosek dengan kesedihan. dan lepas hantar email untuk mintak quotation tadi, diri ini berharap sangat dapat apa yang dihajati. sebab hari isnin hari tu, isnin yang baru ni, sesuatu telah berlaku dan aku patah hati.

ewah. patah hati lah sangat kan..

the thing is that, aku kena bash dengan supervisor aku. itu saje. no big deal. tapi for the first time in this year, aku rasa diri ini telah terluka dan dilukai. tapi tak pe. aku perasan kuat. i see it in a good way walau sepanjang perjalanan balik dan sepanjang hari dari hari kejadian, aku menyibukkan diri dengan kerja kerja yang sepatutnya aku buat so that aku ni termotivatelah kononnya. aku juga sedang cari sumber untuk lepaskan kemarahan aku masa tu. tapi sekarang dah okay, yesterday memang disaster. nak gelak pon takde mood. haha. hebat tak penangan kena bash itu?

macam yang aku cakap tadi, mula-mula aku memang rasa marah. masa aku dibash tu, aku marah, kalau aku marah dan tahan marah, air mata rasa nak menitik sebab masa tu aku tak da kuasa nak marah balik, jadi tu jelah lubang untuk aku lepaskan kemarahan aku, air mata.

lama-lama jadi air mata sedih, tapi aku macho. mana boleh sedih-sedih kan. orang lain cabaran belajar diorang tinggi. yang bawak laki and anak, yang beranak masa belajar, yang mengharung salji dan ribut. memang hebat dugaan, tapi seronok ape duduk negara orang. at least ada motivasi.

macam aku yang tak ada motivasi ni entah nak pergi mana entah. padahal bukan ada anak pun. tak mencabar langsung kehidupan. duduk malaysia pulak tu. tak pernah merasa duduk negara orang. sorang-sorang kawan-kawan ke oversea untuk sambung belajar. aku je yang duduk sini sambil jeles menghadap facebook. tak de motivasi (aku yang tak ada motivasi).

jadi macam mana? sekuat mana pun pemikiran positif aku ni, yang konfiden gila akan habis buat semua lab pada march 2015, dan membayangkan diri pakai beret di hari graduasi pada tahun 2016 (paling lambat), still ada orang tak puas hati. takkan lah aku bodoh sangat nak memperjudikan hidup aku macam dia kata? takkan aku bodoh sangat taknak graduate setelah hampir 4 semester aku berfoya-foya sambil nervous bila bila aku boleh drop out?

tapi Allah itu maha kuasa. this is the process. sebab aku nak graduate on march 2015, Allah bagi aku jalan dengan memberi ilham pada sv aku untuk bash aku depan semua orang (gaya macam memendam perasaan sangat beliau tu). supaya aku tersedar. kalau tak, takdenye aku nak datang lab waktu cuti-cuti alam macam ni. dan supaya aku terus yakin dengan perjalanan aku yang sipi-sipi nak jatuh sipi-sipi nak terlangkup ni.

haa, kan aku dah kata aku berfikiran positif tu.

haih.

Stay away from Anger. It hurts ..Only You!
If you are right then there is no need to get angry..
And if you are wrong then you don't have any right to get angry.
Patience with family is love..
Patience with others is respect..
Patience with self is confidence and Patience with GOD is faith..
Never Think Hard about the PAST, It brings Tears...
Don't think more about the FUTURE, It brings Fear..
Live this Moment with a Smile, It brings Cheer..
Every test in our life makes us bitter or better,
Every problem comes to make us or break us,
The choice is ours whether we become victims or victorious.
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful..



Wednesday, December 4, 2013

poskan doa untuk semua umat manusia

assalamualaikum wbt.

seperti yang sedia maklum, sekarang ni musim hujan, dan di negeri di sebelah pantai timur dah mula dinaiki air. jadi aku kat sini nak menyeru pada semua yang baca blog ni, untuk sama-sama doakan supaya mereka tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran musim tengkujuh ni. aku tahu mereka kuat, mereka boleh menghadapinya dan kita yang jauh ni boleh kirimkan doa agar mereka terus kuat dan bersabar.

dan kita juga kena sentiasa bersyukur ke atas apa yang telah diberi dan dianugerahkan pada kita. kat sini, paling kuat pun kena hujan. kalau lebat, tak keluar office atau pakai payung. balik rumah naik kereta dan sampai rumah tengok tv. kalau astro tak ada sebab hujan pun boleh layan perasaan atau tidur dengan selesa.

jadi syukur dengan perkara yang Allah dah beri pada kita dan jangan lupa doakan untuk mereka yang tak dapat nak duduk rumah sendiri di tilam empuk.

dan minggu ni banyak juga berita yang kurang baik aku terima, kawan selamanya, azmilia warded dan anak kepada kawan aku ika juga warded sebab ada lung infection. alhamdulillah si kecik aimy tu dah keluar hospital but need full attention from the mum. and for my friend, aku harap kau cepat sembuh dan aku akan cuba kuasa minda aku untuk imagine kau sihat sepenuhnya dan boleh aktif dan jalan-jalan dengan gembira seperti sedia kala. bak kata adam, aku kan dewata. wish do come true. so aku hanya mintak je. heh. memang semua orang tahu kau seorang yang hebat, perhubungan kau dengan manusia sangat hebat, maka InsyaaAllah Allah pasti grant you the best place, jannah. itu doa aku untuk kau. All is well bak kata amer khan. (i know you reading this, and u know i'm not good in expressing spoken words jadi aku tulis sini. :))

aku doakan yang baik baik buat kalian, think positive, and happy always.