Wednesday, November 6, 2013

penang getaway -part 1

assalamualaikum wbt. 

seperti yang tertulis di post ini, aku nak cerita mengenai trip pulau pinang yang super awesome! kalau siapa masih tak tahu pulau pinang kat mana, ia terletak di sebelah utara malaysia, melalui lebuhraya plus, perjalanan dari kl ke sana lebih kurang 4-5 jam mengikut kelajuan kereta masing-masing. ha, kau penang pun tak tau kat mana memang bukan orang malaysia, eh. 

trip ni pun tak berapa nak dirancang sebenarnya. selalunya azmilia akan tiba-tiba suggest dan terus setuju according to siapa-siapa yang free. so this time, azmi ada kursus kat lumut, so aku dapat ikut trip mengejut ni. tempat tinggal memang tak ada masalah sebab alhamdulillah cousin azmilia tumpangkan rumah kat butterworth! dekat okay dengan jambatan pulau pinang. so kami dah jimat kat situ. :)

kami bertolak pukul 10 malam dan sampai lebih kurang pukul 3 pagi hari sabtu. tidur dan sabtu pagi-pagi kami mulakan perjalanan!

hari pertama:

first stop, lepas sarapan di tanah besar, bergeraklah kami ke destinasi pertama, bukit bendera! atau mat salleh panggil penang hill. kalau tengok gps, silalah jangan percaya sangat sebab kadang-kadang dia akan bawak jalan kereta dari taman botani. boleh refer pada signboard yang ditunjukkan untuk naik kereta kabel yang terkenal tu! tips untuk parking di sekitar pintu masuk utama adalah, kalau menuju ke arah pintu masuk tu, ada satu lorong berpintu gerbang sebuah tokong di sebelah kanan. kat situ memang ada parking banyak untuk para pelawat. dan kalau jalan kaki ke pintu masuk tu pun tak berapa jauh. dari situ boleh nampak kereta kabel turun naik, dan kawasan pun cantik. boleh bergambar di batu yang tertulis 'selamat datang ke bukit bendera'.

the four of us; yatie, azmilia, azrina and yours truly. 
tambang ke bukit bendera adalah rm8 sahaja. sediakan sekali kad pengenalan dan kalau ada student card, lagi baik boleh dapat harga student yang hanya rm4 sahaja (pelajar universiti pun kira student ye)! kalau bukan waktu puncak memang tak lama beratur nak tunggu turn naik kereta kabel tu. kereta kabel sekarang pun laju tak macam dulu dah. koc adalah selesa, ada aircond dan laju. 

muka masing-masing teruja!
beautiful view from the top!
sebenarnya, main point untuk naik ke bukit bendera adalah untuk rasa abc sedap dan pelbagai kat atas ni! sekarang pun dah ada astaka bukit bendera dan boleh beli souvenir yang lebih murah kat atas tu. ada jugak cliff cafe yang jual  macam macam makanan macam char kwey tiaw dan makan goreng-goreng yang lain. tapi macam aku bagitahu tadi main point kami adalah ABC ye!

ABC bukit bendera!
selain ABC, ada jugak entertainment lain untuk keluarga, macam tangkap gambar dengan ular dan burung, ada taman periuk kera atau monkey cup, and naik buggy car jalan-jalan sekitar bukit bendera. kalau naik buggy car, satu kereta hanya rm30 sahaja. tapi okaylah untuk tengok apa yang ada kat sekitar. oh ada juga owl museum kat situ, tapi kami tak pergi sebab tak ada owl sebenar, hanya replika sahaja. macam aku kata tadi, kami datang sini sebab ABC! 

selepas selamat turun; with ina and yatie!
next stop is georgetown penang!

satu lagi sebab utama untuk datang penang adalah mencari lukisan dinding dan hasil seni di Penang Street Art di sekitar bandar Georgetown Penang. bagi yang suka bangunan-bangunan lama, memang sangat berbaloi kalau jalan-jalan kat sini sebab architecture nya sangat old school and cantik!

riang sangat ni!

"little children on a bicycle"

"boy on a bike






sebenarnya nak cari tempat -tempat ni bukanlah senang. kami siap download peta dalam phone untuk menjejaki karya-karya best ni. tapi, kami takde lah sempat pergi semua untuk hari itu, sebab panas dan penat. kami juga sempat singgah masjid lama acheh yang terletak betul-betul kat tengah bangunan-bangunan antik georgetown tersebut. surprisingly, masjid itu lengkap dengan telekung dan sejadah untuk kegunaan jemaah. memang masjid ini dijaga dengan baik. dan terasa nostalgia nya apabila berjalan di sekitar masjid ini. untuk freshen up pun boleh.

next stop; pasemboq padang kota!

pasembor kat padang kota ni memang terkenal sesangat lah kat seluruh malaysia. pilihan yang banyak walaupun agak mahal. tapi kalau tak try, tak syiok aa.. padang kota ni tak adalah jauh sangat dengan penang street art tu. tapi kalau gigih bolehlah kot nak jalan kaki.

tu diaaaaaaa!!! cuba cari azmilia tersembunyi. hehe.

ada macam-macam makanan lagi yang terjual kat sini, char qwey tiaw ada, mi sotong ada, sotong bakaq, kerang bakaq. tapi bare in mind yang food kat sini agak pricey jugak ye. and kalau nak ambil pasemboq tu, toksah ambik banyak sangat, satgi penuh 2 pinggan. haaaa...


total damage aku pun tak ingat berapa. tapi 2 pinggan pasemboq banyak gila tu lebih kurang rm60++. tapi kami dengan bangganya, dapat habiskan semua dengan gembira okay. 

next stop; fort Cornwallis

Fort cornwallis ni pun tak adalah jauh sangat dengan padang kota ni. kalau rajin dan ada masa, boleh round-round sambil main layang-layang kat tepi pantai on the way ke fort ni. sebab saje je nak tengok ada apa kat dalam fort ni, kami pun pi terjah sekejap. bayaran tak mahal; rm2 seorang tak salah aku. bolehlah untuk first timer. kalau dah banyak kali datang penang, tak yah pergi pun tak apa. hehehe.

ina and me
next stop; batu feringgi!

last time aku pergi ke batu feringgi tahun 2008 tak salah aku. masa tu, aku rasa night market dia biasa-biasa je. but this time, aku rasa night market feringgi ni memang happening gila! banyak barang-barang best yang dijual contohnya macam baju, set hiasan dinding, lampu hiasan rumah, cd dan dvd, seluar gobos, cenderamata yang boleh beli sekali banyak untuk makcik makcik kat rumah tu, dan macam macam lagi. memang happening habis. 

salah satu benda yang dijual. 
lampu gantung kat atas ni aku pernah terjumpa kat instashop lebih kurang rm37 tak salah aku untuk sejurai tu. tak termasuk pos ye! tapi kat sini, aku dapat rm45 untuk 2 jurai! panjang lebih kurang satu meter. so okay lah bagi aku yang bercita-cita nak letak lampu cantik ni kat balkoni.

sebenarnya, sebelum pergi mencuci mata kat batu feringgi ni, kami pergi singgah makan seafood kat area sini jugak. kat batu feringgi ni banyak sebenarnya tempat makan seafood, jadi boleh pilih yang mana-mana. kami tak survey sangat tempat makan seafood best, cuma berdasarkan pengalaman azmilia, kami pun pergi kat tempat ni. 


leisure boat cafe! 

kami tak berkesempatan nak pergi teluk tempoyak, tempat makan seafood best dan terkenal kat pulau pinang, tapi kat sini bagi aku pon not that bad lah jugak. bagi aku yang suka makan ni, memang tempat ni best dan sedap, walaupun tak ada ikan sebab masa tu kami macam last guest kat situ. tak sesak, dan cepat. tapi aku tak adalah recommended gila-gila ye. mungkin boleh try makan kat tempat lain and bagitau aku ye! plus, kami tak cukup masa! hehe. 

so, malam tu, lepas berjemba sakan kat night market tu, kami pun balik. sampai rumah lebih kurang pukul 12.30 am. guess what, aku, ina and yati boleh pulak sambung tengok cerita insidious 1, hasil rembatan kat night market tadi! memang plan kami kami nak tengok insidious 1 ni sebab kami ada rancangan nak tengok insidious 2 pulak lepas ni. orang kata, kena tengok nombor 1 dulu baru boleh tengok no 2 baru faham cerita. 

jadi malam tu pukul 3 pagi baru kami tidur dengan sangat nyenyak. 

sambung part 2 pula.  

6 comments:

  1. kali terakhir jejak bukit bendera was in 1994...humang aiii....lamo gila x pi.... hahahahah :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun lama gila tak enjoy penang. usually pergi penang end up tak jumpa pun tempat tempat best and makan best. kampung dekat so pergi sekejap sekejap je. hehe. bukit bendera last sekali sy pergi 1999! lama jugak! hihi!

      Delete
  2. OMG bestnya..boleh jadi guide ni untuk I yang akan pergi penang this december..kena present paper kat sana...haha..i tak pernah pergi penang..tssk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnye present paper sane! leibhkan satu (atau dua) malam untuk makan seafood dan night market. jangan lupa seafood teluk tempoyak dan char kwey tiaw sungai dua and nasi kandaq jugee.. hehe..

      Delete
  3. .........................kami datang sini sebab ABC ^^

    ReplyDelete
  4. azmiliaa,,, memnag betol kot! hhahahaha! okay okay, sebab aku tak pernah naik bukit bendera since 1999...

    ReplyDelete